Hanya bermodalkan Rm100 termasuk cat , pemuda ini menghasilkan feature wall yang memang jadi titk tumpu ruang rumah. Namun begitu, kesabaran yang tinggi memang diperlukan kerana bukan senang bila bermain dengan cat ni. Kalau rosak dinding, boleh hilang mood.
Selamat mencuba dan semoga yang dikongsi bermanfaat untuk semua.
Kredit FB : Fakrul Radzi Ibn Mokhtasar
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
6 Panduan Keselamatan Elak Ular Dari Masuk Rumah
Sejak kebelakangan ini, sudah banyak kita dengar berita tentang ular masuk ke rumah. Lebih-lebih lagi dengan cuaca yang panas sekarang, haiwan berdarah sejuk ini sudah tentu akan mencari tempat berlindung yang bersuhu lebih sejuk dan lembap. Tambahan pula habitat mereka mungkin ada yang terbakar ketika musim panas ini. Biasanya, kawasan di kediaman seperti tandas, longkang, kebun atau taman serta dalam kereta menjadi pilihan ular berikutan suhu yang lebih rendah dan keadaan yang lembap.
Di sisi, IMPIANA ada beberapa tips atau langkah keselamatan buat membantu anda mengurangkan risiko ular memasuki kawasan kediaman.
- Bersihkan dan kemas halaman atau kebun sekeliling rumah dengan kerap. Persekitaran yang penuh semak-samun yang tidak terurus bakal mengundang haiwan ini untuk menyelinap masuk tanpa disedari.
- Elakkan menanam pokok yang terlalu lebat dan tinggi kerana ia boleh menjadi tempat persembunyian yang selesa buat sang ular.
- Periksa semua lubang di sekitar kediaman, jangan dibiarkan terbuka atau terdedah dan mempunyai air bertakung. Apabila cuaca panas, ular akan mencari kawasan berair dan lembap bagi menyejukkan badannya.
- Pastikan kediaman sentiasa dalam keadaan yang kemas dan bersih. Elakkan kawasan bawah katil dan almari tidak dipenuhi dengan barang-barang kerana ditempat tersorok dan gelap beginilah ular suka duduk.
- Tikus merupakan salah satu sumber makanan ular. Jadi, hapuskan kehadiran tikus di kediaman dengan memastikan keadaan dan persekitarannya sentiasa bersih. Buang semua sisa makanan yang dapat mengundang tikus.
- Sediakan perangkap ular di kawasan kediaman dan anda boleh gunakan tikus sebagai umpan.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
TV LCD Anda Pun Perlu Dicuci. Ini Sebabnya
Nak tanya, bila kali terakhir anda bersihkan TV LCD dan bagaimana? Mesti ada yang tak pernah langsungkan? kalau ada pun hanya lap guna kain. Tahukah anda, TV LCD merupakan antara perkakas elektrik yang sensitif dan memerlukan penjagaan khas. Silap gosok, bukan sekadar skrinnya mudah tercalar malah boleh merosakkan pixels (Bintik halus yang menghasilkan gambar pada setiap skrin tv)
Peringkat asa, pastikan TV LCD tidak dilekattan diruang yang menjadi tempat permainan anak-anak. Lebih mudah nak cakap, jangan mudah dicapai atau disentuh oleh kanak-kanak. Walaupun dengan sentuhan jari, permukaan skrin LCD anda mudah rosak. Selain dari itu, pastikan setiap minggu lakukan pembersihan habuk pada keseluruhan terutamanya permukaan skrin TV dengan menggunkan kain lembut atau Mikrofiber. Lakukan secara perlahan-lahan tanpa sebarang tekanan atau gosokkan.
GARISPANDUAN MENCUCI SKRIN TV LCD
1. Pastikan suis telah ditutup sebelum melakukan pembersihan. Ia bagi mengelak terkena renjatan ketika anda mencuci
2. Semak pada buku panduan yang dibekalkan ketika membeli TV cara untuk mencuci. Ada sesetengah pengilang menyarankan anda untuk menggunkan pencuci khas untuk komputer atau barang elektronik. Jika tidak mengikut manual yang telah diberikan, warenti kedai akan terbatal
3. Gunakan kain mikrofiber yang lembut dan berkualiti tinggi. Bersihkan habuk pada keseluruhan TV dengan menggunakan kain mikrofiber kering terlebih dahulu. Kebiasaanya, teknik ini sudah memadai untuk menyingkirkan semua habuk yang melekat pada TV.
4. Namun, jika masih ada kotoran, basahkan kain mikrofiber tadi dengan air tanpa klorin. Lap bahagian kotoran degil tadi dari bahagian atas skrin hingga ke bawah secara menegak dan berterusan. Pastikan tekanan yang diberikan perlahan dan keringkan air yang tersisa sepenuhnya.
5. Jika Masih ada kesan kotoran yang melekat, sediakan solusi 1 bahagian air bersama 1 bahagian cuka. Basahkan sedikit kain mikrofiber dan lapkan dari bahagian atas skrin tv ke bawah secara menegak dan berterusan. Lakukan beberapa kali
PERKARA YANG TIDAK BOLEH DILAKUKAN
1. Jangan guna bahan pencuci yang mengandungi alkohol dan amonia. Bahan ini akan menyingkir atau mengikis lapisan perlindungan permukaan skrin dan menyebabkan paparan gambar berwarna pudar
2. Jangan semburkan sebarang cecair pada tv. Air yang disembur akan meleleh dan memasuki bingkai skrin. Ia akan menyebabkan kerosakkan kekal
3. Jangan sesekali guna tuala tisu, span, atau kain keras kerana ia boleh mencalarkan permukaan skrin
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
4 Material Terbaik Untuk ‘Backsplash’ Anda
Backsplash atau kemasan dinding pada bahagian belakang sinki adalah satu perkara yang selalu kita pandang remeh ketika dalam proses renovasi rumah khususnya di dapur. Fungsi utama backsplash adalah bagi menghalang dan mengelak dinding dari terkena air seterusnya mengotorkan bahagian tersebut. Ia tidak perlu terlalu dominan dan menyakitkan mata, namun jika ia terlalu hambar, anda pasti akan tertanya-tanya mengapa ruang dapur anda kelihatan kusam…
Kaca
Material kaca sesuai digunakan untuk dapur yang berkonsepkan minimalis dan moden. Material kaca mudah dibersihkan selain buat dapur anda nampak lebih clean dan elegant . Sifat reflektif kaca juga dapat memberikan efek luas pada dapur yang kecil. Penggunaan material kaca harus sering dibersihkan agar kaca backsplash tetap terjaga rapi dan tidak dikotori kesan minyak atau makanan.
Batu Marmar
Marmar adalah antara material pilihan popular untuk backsplash. Selain mudah dibersihkan material ini juga menciptakan aura elegan dan mewah. Marmar juga sangat keras dan tidak mudah pecah menjadikannya antara bahan yang bagus untuk jangka masa panjang. Selain untuk dinding anda juga boleh gunakan marmar untuk material counter top anda.
Stainless Steel
Material anti-karat yang mudah dibersihkan. Kotoran hanya perlu dilap dengan kain lembap tanpa perlu bersusah payah. Material stainless steel sesuai untuk dapur yang bertema industrial dan moden. Stainless steel sebagai backsplash juga sering digunakan di dapur-dapur profesional seperti hotel atau restoran.
Jubin Seramik atau Porselin
Material paling common yang kita lihat untuk backsplash ini menjadi pilihan ramai kerana ia amat versatile dan mudah disesuaikan dengan konsep mengikut kehendak pemilik. Dan dari aspek kos pula, harganya berubah ubah bergantung pada saiz, ketebalan dan bentuk yang anda pilih. Tetapi jangan risau, terdapat ribuan pilihan jubin yang sesuai dijadikan lapisan pada dinding, anda hanya perlu pilih yang kena denga bajet dan gaya sahaja.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI