Teruja tengok buah limau kasturinya. Lebat sungguh buahnya. Kata Azuan Abdullah, itulah hasil selepas pokoknya disembur dengan MOL Pisang yang dibuat sendiri.

Kebaikannya ianya bagus digunakan pada tanaman yang baru nak berbunga atau berbuah. Jadi dapat merangsang pengeluaran bunga yang lebih banyak. Dalam masa yang sama dapat meningkatkan kualiti buah.

Antara syarat kemenjadian MOL Pisang ini, ia perlu buat menggunakan pisang yang dah masak. Lagi ranum lagi bagus. Macam mana nak buat, kenalah baca satu persatu panduan yang dikongsikan ini.

Cara Buat MOL Pisang Sendiri

Untuk buat MOL pisang, kita perlukan pisang yang dah masak. Lagi masak ranum, lagi baik. Nak guna kulit pisang sahaja pun boleh. Lepas ni, boleh la pi minta dengan Cik Kiah yang jual pisang goreng tu ya.

MOL pisang ni antara MOL buah yang paling tinggi kandungan Potassium Oxide (K2O) iaitu 1.2%.

Bahan dan cara membuat MOL buah pisang ini pun cukup mudah.

Pisang masak / kulit pisang : 1 bahagian
Gula merah / molases : 1 bahagian
Bekas plastik : 1 unit (pastikan bekas yang sesuai. Bila semua bahan dimasukkan kedalam bekas tersebut, ruang kosong dibahagian atas sekurang-kurangnya 1/3 daripada tinggi bekas tersebut).
Kain bersih / kertas tanpa karbon
Tali / getah

Langkah Demi Langkah

  1. Pilih buah pisang yang dah masak dan timbang beratnya. Beratnya adalah 630 gram.

Penangan MOL Pisang Buat Sendiri, Pokok Limau Kasturi Berbuah Lebat

2. Timbang gula merah. Beratnya mesti sama dengan berat pisang (630 gram). Jika lebih sedikit tu, tak ada masalah.

Penangan MOL Pisang Buat Sendiri, Pokok Limau Kasturi Berbuah Lebat

3. Potong kecil-kecil pisang tadi. Tak perlu buang kulit ya. Potong je terus lebih kurang 2-3 cm.

Penangan MOL Pisang Buat Sendiri, Pokok Limau Kasturi Berbuah Lebat

4. Masukkan gula merah ke dalam bekas hingga dasar bekas tersebut ditutupi dengan gula merah.

Penangan MOL Pisang Buat Sendiri, Pokok Limau Kasturi Berbuah Lebat

5. Letakkan pisang yang dah dipotong tadi di atas lapisan gula merah. Tinggi lapisan pisang ini adalah antara 3-5 cm.

Penangan MOL Pisang Buat Sendiri, Pokok Limau Kasturi Berbuah Lebat

6. Letakkan gula merah hingga menutupi semua pisang tadi.

Penangan MOL Pisang Buat Sendiri, Pokok Limau Kasturi Berbuah Lebat

7.Masukkan lagi potongan pisang ke atas lapisan gula merah. Proses ini berulang hingga pisang kita habis.

Penangan MOL Pisang Buat Sendiri, Pokok Limau Kasturi Berbuah Lebat

8. Last sekali, letakkan semua baki gula merah dibahagian atas.

Penangan MOL Pisang Buat Sendiri, Pokok Limau Kasturi Berbuah Lebat

9. Ini keadaan susunan pisang dan gula merah. Perlu diingat, lapisan paling bawah dan lapisan paling atas adalah gula merah. Pastikan ruang kosong dibahagian atas bekas sekurang-kurangnya 1/3 daripada tingginya. Ini penting supaya proses fermentasi berlaku dengan sempurna. Jika ruang kosong kurang 1/3, perlu tukar kepada bekas yang sesuai.

Penangan MOL Pisang Buat Sendiri, Pokok Limau Kasturi Berbuah Lebat

10. Tutup dengan kain bersih. Nak guna kain tudung macam saya pun boleh, dengan syarat mesti dapat kelulusan daripada orang rumah ya. Lepas tu ikat bagi ketat.

Penangan MOL Pisang Buat Sendiri, Pokok Limau Kasturi Berbuah Lebat

11. Simpan ditempat redup dan bebas daripada cahaya matahari selama 7-10 hari.

Penangan MOL Pisang Buat Sendiri, Pokok Limau Kasturi Berbuah Lebat

12. Ini keadaan selepas 10 hari diperam.

Penangan MOL Pisang Buat Sendiri, Pokok Limau Kasturi Berbuah Lebat

13. Asingkan cecair mol dengan sisa pisang guna penapis.

Penangan MOL Pisang Buat Sendiri, Pokok Limau Kasturi Berbuah Lebat

14. Masukkan mol pisang yang dah siap ditapis ke dalam botol. Untuk simpanan bagi tempoh yang lama, pastikan lubang dibuat pada penutup botol dan ada ruang kosong 1/3 daripada tinggi botol tersebut. Simpan ditempat yang gelap.

Penangan MOL Pisang Buat Sendiri, Pokok Limau Kasturi Berbuah Lebat

Nutrien Yang Ada Dalam MOL Pisang

Penangan MOL Pisang Buat Sendiri, Pokok Limau Kasturi Berbuah Lebat

Terdapat 10 jenis nutrien yang ada dalam MOL pisang.

Penangan MOL Pisang Buat Sendiri, Pokok Limau Kasturi Berbuah Lebat

Nak siram pun boleh, nak sembur pun boleh. Saya buat 2-2 sebab cara ia bertindak berbeza.

Penangan MOL pisang bersama MOL lain pada pokok limau kasturi.

Penangan MOL Pisang Buat Sendiri, Pokok Limau Kasturi Berbuah Lebat

P/S : Step ini boleh digunakan untuk buat MOL buah yang lain juga.

Semoga Bermanfaat!

Mesti Baca: Cara Mudah Biak Pokok Jenis Citrus Dengan Kaedah Keratan Batang
Baca Lagi Di Sini: DIY Mol Kulit Nenas, Penggalak Pokok Berbunga Lebat Berbuah Banyak!
Artikel Menarik:KOMPILASI TIP Buat Sendiri BAJA ORGANIK Mudah Guna Bahan Dapur

IMPIANA: Boleh cuba buat sendiri MOL pisang ini di rumah, banyak khasiatnya dah boleh menggalakkan pokok berbunga dan berbuah lebat.

Sumber/Foto : Azuan Abdullah     

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI