Mungkin ada yang tidak pernah mendengar jenama ini, Waterco Malaysia yang telah lama menerajui dalam perkhidmatan penapis air yang banyak membantu rakyat Malaysia mendapat sumber air terbaik dan berkualiti tinggi.
Kini, Waterco Malaysia menerima pensijilan halal untuk produk penapis air yang dikeluarkan.
Peneraju penyedia penyelesaian sehenti untuk persekitaran air yang selamat dan sihat, Waterco (Far East) Sdn Bhd (Waterco Malaysia) bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat Malaysia setelah penerimaan rasmi Pensijilan HALAL daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk produk penapis air keluaran mereka baru-baru ini, berikutan proses pengauditan yang menyeluruh pada produk dan sistem pengurusan pembuatan syarikat tersebut.
Langkah strategik ini adalah selaras dengan matlamat Waterco untuk bukan sahaja memastikan kepelbagaian produk dan ketersediaan perkhidmatan yang lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia, tetapi juga untuk memastikan kualiti yang dihasilkan oleh kedua-dua segmen ini sentiasa melebihi jangkaan supaya para pengguna dapat menikmati produk berprestasi tinggi yang sentiasa selamat untuk digunakan. Di samping itu, Waterco Malaysia juga mahu melaksanakan tanggungjawab sosial mereka dengan menyediakan produk yang selamat dan mesra alam.
“Kami sentiasa menekankan kepentingan prestasi dan keselamatan produk kerana ia adalah keutamaan dalam usaha kami untuk menyediakan persekitaran air yang selamat dan sihat untuk rakyat Malaysia. Selain itu, penerimaan pensijilan Halal ini membuktikan komitmen jitu Waterco untuk terus menambah baik perkhidmatan kami dan bertindak balas dengan cekap terhadap keperluan pasaran,” jelas Encik Koo Zao Cheong, Pengurus Pembangunan Perniagaan Serantau Waterco Malaysia.
Ads
Syarikat penyedia penyelesaian air terkemuka ini memulakan proses untuk mendapatkan pensijilan Halal pada awal Disember 2020. Waterco telah menubuhkan jawatankuasa Halal dalaman untuk memenuhi keperluan dan menubuhkan sistem jaminan halal dalaman (HAS), yang bertindak sebagai tulang belakang operasi mereka. Panduan ini memastikan semua keperluan Halal telah digabungkan sebagai sebahagian daripada operasi mereka yang kemudiannya diaudit oleh badan Pensijilan Halal, Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) dan JAKIM. Kedua-dua JAIS dan JAKIM menjalankan pemeriksaan dan audit menyeluruh untuk mengesahkan asal-usul bahan mentah, saluran sumber dan kehadiran MSDS/CSDS, HACCP dan GMP.
Ads
Menurut Encik Koo, di sebalik halangan yang dihadapi dan SOP yang dilaksanakan semasa pandemik yang menyebabkan pemanjangan garis masa, perjalanan ini adalah satu keperluan bagi Waterco mengukuhkan kedudukan produk mereka dan meluaskan jangkauan mereka dalam penyediaan penapis air Point-Of-Entry (POE) untuk kegunaan kediaman, industri pemprosesan yang Halal, industri F&B dan banyak lagi. Ini juga akan memanfaatkan tempat yang memerlukan pemasangan produk yang disahkan Halal seperti tempat ibadat iaitu surau dan masjid, dan tempat makan Halal.
“Selepas penyelidikan dan kajian pasaran yang teliti, kami yakin bahawa pensijilan ini akan memberi manfaat kepada pertumbuhan perniagaan dan lebih penting lagi untuk pengguna semasa dan bakal pelanggan kami. Ia akan mendekatkan kami kepada matlamat kami untuk menyediakan persekitaran air yang sihat untuk keperluan harian sama ada untuk kegunaan komersial atau peribadi di seluruh negara,” kata Encik Koo.
Ads
Untuk maklumat lanjut tentang Waterco Malaysia, Pensijilan Halal dan inisiatifnya, sila layari: https://www.waterco.com.my/
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
fresh Beauty Kitchen yang pertama akan berlangsung dari 21 – 30 Jun 2019, di Suria KLCC center court Kuala Lumpur.
FRESH BEAUTY KITCHEN
Bahan-bahan semula jadi sentiasa menjadi bahan utama fresh. Sejak dilancarkan pada tahun 1991, jenama itu telah mempelopori penggunaan bahan seperti soya, gula dan sake dalam produk kecantikannya – menggabungkannya dengan ritual silam dan sains moden untuk menawarkan pengalaman sensori yang tiada bandingan.
Apabila mencari bahan-bahan mereka, pengasas fresh Lev Glazman dan Alina Roytberg sering merujuk kepada masa lampau untuk inspirasi. Koleksi Rose fresh berasal daripada obsesi Cleopatra dengan bunga; dia akan mandi dalam inti sari mawar dan mewangikan layarnya dengan kelopak mawar. Daripada pengalaman peribadi pula, nenek Lev dan Alina menggunakan gula mentah untuk menyembuhkan luka dan calarnya, lalu memberi inspirasi terhadap penggunaan gula dalam produk fresh untuk kulit, bibir dan badan.
fresh Beauty Kitchen meraikan bahan-bahan semula jadi yang poten ini dalam suasana interaktif seperti bistro yang direka untuk memberikan pengalaman sensori yang unik. Tetamu dijemput untuk memulakan perjalanan yang membawa mereka melalui pelbagai bahagian Beauty Kitchen, dari Parti Rose Garden dan Sensorial Bar ke Kitchen Table and Kombucha Café. Untuk mengekalkan nilai teras jenama, setiap stesen ini menonjolkan produk penjagaan kulit ikonik fresh dan bahan-bahan yang memberi inspirasi kepadanya. Seluruh Beauty Kitchen ini dicat dengan biru fresh yang ikonik, memberi penghormatan kepada moto jenama, “Sky’s the limit.”
“ fresh berbangga menjadi perintis kedai konsep kecantikan yang pertama, dan dapat memulakan pengalaman membeli belah yang unik ini di Malaysia,” kata Pengurus Besar Jenama Wilayah Winnie Tay. “Kami sangat teruja untuk membawa pengalaman baharu kepada tetamu kami dengan cara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.”
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setelah penat mengemas dan menghias kediaman untuk hari lebaran yang semakin hampir, kadang-kadang tak menang tangan nak menyediakan juadah berbuka untuk keluarga. Jika nak ke bazar, tak larat pula nak menempuh ‘jem’. Di sini, IMPIANA berkongsi jalan penyelesaian untuk masalah anda.
LAUK merupakan platform penghantaran makanan yang menawarkan servis di sekitar Lembah Klang. Menurut Puan Fatin, perniagaan LAUK bermula dengan servis katering pada tahun 2016. Kemudian, Lauk meluaskan servis kepada penghantaran makanan. Sejak itu, Lauk sudah bertapak sebagai platform penghantaran makanan untuk tiga tahun.
LAUK bukan sahaja menyediakan servis penghantaran makanan dari restoran lain, LAUK juga menyediakan makanan yang dimasak sendiri. Selain dari itu, LAUK juga bekerjasama dengan MARDI melalui program MYSAVEFOOD. MYSAVEFOOD merupakan inisiatif untuk mengurangkan pembaziran sisa makanan di Negara kita. Mereka megambil makanan yang tidak terjual di bazar Ramadan dan menghantar makanan-makanan ini kepada golongan yang memerlukan. Tak lama lagi, LAUK akan menyediakan servis penghantaran groceries yang dijangka akan bermula selepas raya Aidilfitri.
Makanan dari lauk memang sedap! Macam mana IMPIANA tahu? Untuk pengetahuan anda, LAUK pernah menaja makanan untuk video Dekoraya IMPIANA bersama dengan golongan asnaf.
Untuk menggunakan servis LAUK, anda boleh download apps LAUK di Google Play Store. Anda hanya perlu pilih restoran atau makanan pilihan anda, buat pembayaran, dan LAUK akan menghantar makanan ke rumah anda. Anda juga boleh lawati laman sesawang [LAUK]. Nak tahu lebih lanjut mengenai menu yang ada bolehlah muatturun aplikasi [LAUK] sekarang!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Angka jangkitan harian Covid-19 di Malaysia masih mencecah ribuan kes. Hal ini menyebabkan keupayaan pusat-pusat rawatan berada dalam keadaan yang agak kritikal. Berdasarkan kondisi tersebut, KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) memperkenalkan rawatan dan pengasingan pesakit covid-19 di rumah. Namun, ia mempunyai beberapa syarat sebelum pasakit Covid-19 diberikan rawatan dan pengasingan di rumah. Berikut, syarat ringkas yang dihuraikan oleh Public Health Malaysia.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.