Setelah penat mengemas dan menghias kediaman untuk hari lebaran yang semakin hampir, kadang-kadang tak menang tangan nak menyediakan juadah berbuka untuk keluarga. Jika nak ke bazar, tak larat pula nak menempuh ‘jem’. Di sini, IMPIANA berkongsi jalan penyelesaian untuk masalah anda.
LAUK merupakan platform penghantaran makanan yang menawarkan servis di sekitar Lembah Klang. Menurut Puan Fatin, perniagaan LAUK bermula dengan servis katering pada tahun 2016. Kemudian, Lauk meluaskan servis kepada penghantaran makanan. Sejak itu, Lauk sudah bertapak sebagai platform penghantaran makanan untuk tiga tahun.
LAUK bukan sahaja menyediakan servis penghantaran makanan dari restoran lain, LAUK juga menyediakan makanan yang dimasak sendiri. Selain dari itu, LAUK juga bekerjasama dengan MARDI melalui program MYSAVEFOOD. MYSAVEFOOD merupakan inisiatif untuk mengurangkan pembaziran sisa makanan di Negara kita. Mereka megambil makanan yang tidak terjual di bazar Ramadan dan menghantar makanan-makanan ini kepada golongan yang memerlukan. Tak lama lagi, LAUK akan menyediakan servis penghantaran groceries yang dijangka akan bermula selepas raya Aidilfitri.
Makanan dari lauk memang sedap! Macam mana IMPIANA tahu? Untuk pengetahuan anda, LAUK pernah menaja makanan untuk video Dekoraya IMPIANA bersama dengan golongan asnaf.
Untuk menggunakan servis LAUK, anda boleh download apps LAUK di Google Play Store. Anda hanya perlu pilih restoran atau makanan pilihan anda, buat pembayaran, dan LAUK akan menghantar makanan ke rumah anda. Anda juga boleh lawati laman sesawang [LAUK].
Nak tahu lebih lanjut mengenai menu yang ada bolehlah muatturun aplikasi [LAUK] sekarang!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI