Melihat pada mata kasar sahaja pasti anda sudah mampu menterjemahkan ciri utama yang harus ada untuk penataan ala Hollywood Style ini. Semestinya ia menjelmakan suasana glamor dan mewah. Tidak terhad kepada fabrik dan kayu sahaja, material daripada elemen lain turut digunakan seperti kristal,tembaga dan labuci. Kebanyakkan perabot seperti meja sisi dan ottoman menggunakan kayu seperti mahogani, mapel dan bic yang kebanyakannya berasal dari Amerika Syarikat.
Manakala untuk pemilihan warna pula, palet warna cerah dan berkilau seperti warna metalik, emas dan permata sesuai dipadankan pada perabot dan kemasan lembut. Gandingkan bersama warna neutral seperti putih dan hitam untuk warna seting ruang dan mencetuskan kontras, seperti warna dinding dan juga warna kusyen. Terdapat beberapa aksesori yang sesuai untuk digayakan, seperti arca, lampu vintaj, lukisan dan foto hitam putih. Bagi menambahkan seri, lampu candelier kristal vintaj digunakan bagi mewujudkan pencahayaan aksen yang elegan. Di meja sisi pula, lampu meja terendak moden boleh dipadankan bersama.
Ads
Ads
Info tambahan!
1.Gunakan kemasan lantai warna hitam untuk kesan yang lebih dramatik
2.Fabrik bertekstur gebu boleh digunakan untuk pada kusyen dan langsir untuk tampil menawan
3.Konsep mix and match boleh dipadankan dengan warna metalik agar kelihatan lebih mewah dan sofistikated.
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ramai di kalangan pemilik kediaman masa kini kurang arif tentang material keluli. Kebiasaannya mereka menyerahkan bulat-bulat kepada kontraktor dalam menentukan material untuk binaan bumbung rumah, siling dan panel dinding. Sesekali sebagai pemilik dan orang yang akan mendiami kediaman tersebut dalam tempoh lama, ini perkara yang wajib anda ambil tahu. Andai tersalah memilih material, tanpa sedar wang anda habis dengan membaikinya dalam tempoh panjang. Keluli NS Bluescope Sdn Bhd, pengeluar keluli bersalut ( coated steel) terunggul di Malaysia tawar produk berkualiti yang diperbuat berasaskan teknologi Australia yang mampu membuatkan kediaman anda tampil moden dan menarik.
1. Keluli secara umumnya tidak memerlukan penyelengaraan. Jadi untuk perancangan jangka masa panjang, anda sebenarnya mampu menjimatkan wang kerana tidak perlu kerap menggantinya.
2. Teknologi terkini mampu menawarkan jaminan daya anti karat (corrosion resistance) unggul dengan lapisan salutan aloi Aluminum dan Zinc yang lebih tahan lama. Maka ia memastikan perlindungan yang tahan lama dan mantap, tanpa kelihatan tompok tompok karat dalam jangka masa pendek.
3.Dari segi kekuatan bumbung ia jauh lebih ringan dari genting biasa dan didatangkan dengan saiz yang besar. Ini bukan sahaja mengurangkan berat pada struktur bumbung malah sekali lagi menjimatkan wang anda dengan membeli material yang tidak terlalu banyak.
4. Bersama bumbung keluli, ia mana mampu menyokong jarak yang jauh bermakna kita menggunakan kurang tiang sebagai penyokong struktur. Jadi anda akan dapat ruang yang lebih luas tanpa susunan tiang yang rapat. Bahan keluli bersalut cat yang kuat dan fleksible mudah dilentur dan dibentukkan memberi inspirasi kepada pereka dalam mempelbagaikan rekaan.
5. Anda juga ditawarkan dalam pelbagai permukaan, warna dan kilauan. Daripada high gloss ke matte ke permukaan bertextur, bersesuaian dengan projek atau reka bentuk kediaman anda. Material keluli bercat yang digunakan boleh didapati dalam pelbagai warna yang sesuai dengan konsep reka bentuk kediaman anda. Jadi anda tidak perlu pening kepala untuk mengecatnya semula berdasarkan rona pilihan
6. Bahan keluli juga sesuai untuk kediaman masa kini menggantikan siling plaster yang dilihat sudah terlalu biasa. Material ini mampu membuatkan kediaman tampak moden dan bergaya.
7.Di samping tahan lasak dan dicat dengan pelbagai jenis karakter permukaan, ia juga tahan hakisan dan cuaca seperti Malaysia
8.Sifat keluli kebiasaannya cukup kukuh. Maka elemen keselamatan juga ditekankan seperti mengelakkan pecah masuk.
NS BLUESCOPE MALAYSIA merupakan pengeluar keluli bersalut terunggul dan menggunakan teknologi Australia. Menawarkan kepelbagaian warna, tekstur dan kemasan. Untuk keterangan lanjut sila hubungi NS BLUESCOPE Malaysia di enquiries@bluescope.com.my atau 1300 88 6288.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Mengecat rumah sebenarnya mudah jika anda ketahui langkah yang betul. Malah jika anda ikuti cara yang tepat pasti hasilnya akan cantik dan memuaskan. Jom ikuti langkah mengecat yang betul ni. Sebab ramai yang tidak tahu untuk memulakan proses mengecat dengan betul.
1. SILING
Mulakan dari siling kerana ia dikuatiri akan menitis ke lantai. Jadi biarlah bahagian paling tinggi dicat dan disapukan cat dari kelebaran siling yang paling pendek. jadi tidaklah anda lekas penat dan kerja mengecat juga dirasakan lebih pantas.
2. DINDING
Bermula daripada sempadan siling dan dinding. Gunakan berus jika perlu untuk mengelakkan cat terpalit pada siling anda. Kemudian barulah penggelek dihalakan kebawah. Bahagikan kawasan mana yang perlu anda cat dahulu. Jika bekerja di dalam kumpulan, bahagikan bahagian dinding agar kerja mengecat lebih sistematik dan lekas siap.
3. JENDELA DAN PINTU
Berhati-hati apabila mengecat di bahagian kecil. Engsel dan tombol serta selak juga eloklah ditutup agar tidak terkena cat. Bagi bingkai, cat pada bahagian dalaman dahulu kerana pada bahagian luar mungkin anda ada pilihan warna lain yang sesuai dengan dinding luar.
4. LANTAI
Jika anda mahu mengecat lantai, rancang dahulu di mana patut anda bermula. Seelok-eloknya pilihlah kawasan yang paling jauh dengan pintu keluar dan kemudiannya sedikit demi sedikit terus ke pintu keluar. Awas jangan sampai anda terperangkap.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Buah-buahan dan sayuran mengandungi bahan nutrien yang sangat tinggi dan menjadi salah satu makanan asasi manusia. Oleh sebab mengandungi 1001 nutrien yang baik untuk kesihatan, ia adalah antara bahan semula jadi yang mudah rosak. Jadi bagi mengekalkan kondisi ini adalah melalui kaedah pengawetan menggunakan bahan kimia. Bahan ini terutamanya diletakkan pada buah-buahan dan sayuran segar import bagi mengekalkan rupa dan kesegarannya.
Selain daripada itu, bahan kimia dipercayai digunakan pada tanaman sayuran dan buah-buahan untuk mempercepatkan proses ia matang dan menggalakkan penambahan saiz supaya kualiti kekal selama ia dijual. Biarpun bahan ini dimasukkan dalam kuantiti kecil, penggunaan yang kerap barangkali boleh menyebabkan masalah kepada kesihatan untuk jangka masa panjang.
Racun serangga pula boleh meninggalkan kesan buruk kepada sistem saraf. Sesetengah racun serangga boleh menyebabkan penyakit kanser, jangkitan buah pinggang dan hati. Sebagai pengguna, kita tidak dapat mengawal penggunaan bahan ini namun boleh mengurangkannya melalui beberapa kaedah.
Untuk mengelakkan daripada mendapat penyakit yang disebutkan, selain daripada menanam sendiri anda juga boleh mengamalkan langkah-langkah ini semasa pengambilan sayuran dan buah-buahan:
Pilih sayuran & buah-buahan yang tidak mempunyai bintik, celaan atau rupa yang tidak normal seperti daun kerinting, lebam dan sebagainya.
Cuci buah-buahan dan sayuran menggunakan air mengalir sebelum masak dan makan.
Beli makanan semula jadi ini daripada pembekal yang telah dikenali.
Kupas buah-buahan sebelum makan dan sayuran sebelum masak dapat mengurangkan pendedahan kepada racun serangga.
Elakkan membeli sayuran dan buah-buahan siap dipotong yang dijual di pasar terbuka
Buangkan sayur dan buah-buahan yang telah ditumbuhi kulat
Untuk mengurangkan bahaya racun serangga, buang bahagian luar sayuran terutamanya salad dan kubis.
Jangan basuh makanan ini menggunakan sabun keran ia akan meresap masuk ke dalam melalui liang-liang seni.
Basuh tangan anda menggunakan sabun dan air yang mengalir, peralatan dapur bersih serta pisau tahan karat.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.