Bagi pencinta ikan laga mahupun ikan gapi boleh buat macam ni dekat rumah. Jika anda tidak mempunyai ruang yang luas untuk membela lebih dari satu akuarium. Boleh tiru cara Azhar Nordin .
Miliki rumah yang mungkin keluasannya agak tehad tidak menjadi penghalang bagi Azhar Nordin. Minatnya dalam membela ikan laga dan ikan gapi yang mempunyai pelbagai warna ini memberi satu kepuasan padanya.
Sebelum
Jika melihat sentuhan dekorasi rumah pemilik ini yang mengenakan warna biru ini memberi satu rasa yang menenangkan dalam gaya tersendiri. Membina rak untuk menyusun balang kaca tempat ikan laga ini cukup kemas dan teratur. Penggunaan bekas kaca yang sama membuatkan ruang pameran ikan ini nampak lebih kemas dan teratur.
Ads
Menariknya satu lagi konsep tempat penyimpanan ikan gapi beliau pula diletakkan dengan baik di dalam bekas yang putih yang boleh didapati di IKEA. Binaan bertingkat dapat meletakkan beberapa bekas dan boleh menyimpan lebih dari 20 ke 30 ekor ikan gapi yang cukup comel dan cantik.
Binaan bench untuk ruang tempat duduk tambahan yang dibina pada ruang tamunya juga dijadikan tempat untuk menyimpan ikan peliharaannya. Menarik bukan, kalau sekali pandang nampak macam tempat menyimpan barang. Tapi bila tarik sahaja rupanya si comel sedang berenang-renang di dalam bekas yang cukup selesa ini.
Ads
Azhar Nordin tidak hanya membiarkan bekas berisi air sahaja malah ia meletak hiasan seperti berada di alam fauna sebenar. Ini membuatkan habitat ini lebih selesa dan tenang dalam bekas ini.
Ads
Elemen hijau dalam rumah dengan pokok duit-duit ini memberi rasa tenang dan nyaman. Sebaiknya tumbuhan ini memang mudah hidup dalam apa jua keadaan, dan ia akan memberikan satu aura yang cukup nyaman dan tenang.
Join Geng Borak IMPIANA/ LAMAN dalam channel telegram IMPIANA untuk dapat artikel terkini dan boleh berkongsi tip menarik bersama https://t.me/GENGLAMANIMPIANA
Artikel lalu, IMPIANA pernah kongsikan cara baiki sendiri peti sejuk yang tiba-tiba bahagian beku tak sejuk berpunca dari defrost thermostat. Kali ni, IMPIANA kongsikan cara baikpulih peti sejuk yang langsung taknak sejuk walaupun bila di hidupkan lampu dalam peti menyala macam biasa.
Kalau tak dengar compressor berfungsi, ia mungkin disebabkan oleh socket di dalam litar peti sejuk. Jom tengok cara Fahi Argo baiki peti sejuk lamanya.
Tips freezer tak sejuk, compressor tak hidup, jangan terus hantar kedai repair, Cuba DIY sendiri.
Bukak soket tepi compressor dalam gambar tu, cabut socket “Overload” yang warna putih hitam dan cabut “Relay” warna hitam tu. Pergi kedai komponen elektronik dan tunjukka bahagian socket tu. Harga dalam RM 10.60 atau beli online di sini https://invol.co/cloqny. Kemudian pasang semula.
Insyallah, sejuk beku semula.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Cara Menata Barang Antik dalam Dekorasi Moden Anda. Dalam dunia dekorasi, barang antik menawarkan daya tarik dan keunikan yang sukar ditandingi. Walaupun zaman moden menekankan reka bentuk bersih dan fungsional, menggabungkan barang antik ke dalam dekorasi moden dapat mencipta kontra yang menarik dan menambah kedalaman serta karakter pada ruang anda.
Artikel ini akan membincangkan bagaimana anda boleh memanfaatkan pesona barang antik dan menggabungkannya dengan elemen moden untuk mencipta ruang yang elegan dan unik:
1. Memilih Barang Antik yang Sesuai
Langkah pertama dalam penataan barang antik adalah memilih item yang sesuai dengan gaya dan tema ruang anda. Pertimbangkan jenis barang antik yang sesuai dengan ruang moden anda, seperti:
Perabot: Pilih perabot antik yang mempunyai reka bentuk yang menarik tetapi tidak terlalu berat atau berlebihan. Contohnya, meja kopi bergaya Victorian atau kerusi antik dengan ukiran halus boleh menjadi aksen menarik dalam ruang tamu moden.
Hiasan Dinding: Lukisan, cermin berbingkai antik, atau bingkai gambar lama boleh menjadi elemen yang memikat perhatian pada dinding kosong dan menambah rasa sejarah.
Aksesori Kecil: Jam meja antik, lampu minyak, atau patung kecil boleh digunakan untuk menambah sentuhan antik tanpa mengubah keseluruhan reka bentuk ruang.
Pilih barang antik yang mempunyai sejarah atau cerita unik, kerana ini boleh menjadi titik perbualan yang menarik bagi tetamu anda.
2. Menggabungkan Barang Antik dengan Reka Bentuk Moden
Mengintegrasikan barang antik dalam ruang moden memerlukan keseimbangan dan perancangan yang baik. Berikut adalah beberapa cara untuk mencampurkan elemen antik dengan reka bentuk moden:
Kontras dan Keseimbangan: Gabungkan barang antik dengan perabot moden untuk mencipta kontras yang menarik. Sebagai contoh, letakkan kerusi antik di sebelah meja makan moden atau gunakan cermin antik sebagai titik fokus di dinding dengan latar belakang warna neutral.
Perhiasan Minimalis: Untuk mengelakkan ruang anda daripada kelihatan terlalu berlebihan, pilih beberapa barang antik sahaja dan letakkan di kawasan yang strategik. Ini akan membolehkan barang antik tersebut menjadi fokus tanpa mengganggu keseluruhan reka bentuk.
Campuran Material: Gabungkan bahan moden seperti kaca dan logam dengan perabot antik yang diperbuat daripada kayu atau kulit. Gabungan material yang berbeza ini mencipta tekstur dan kedalaman visual yang menarik.
Penggunaan Warna: Pilih palet warna moden yang neutral atau lembut untuk latar belakang, dan gunakan barang antik untuk menambah warna dan tekstur. Sebagai contoh, jika anda mempunyai dinding putih, sebuah sofa antik dengan corak berwarna-warni akan menonjol dengan baik.
3. Menyelaras Barang Antik dengan Aksesori Moden
Aksesori adalah cara yang berkesan untuk mengintegrasikan barang antik dalam ruang moden tanpa perlu melakukan perubahan besar. Beberapa idea termasuk:
Lampu dan Lilin: Gunakan lampu atau lilin antik dalam bingkai moden atau tempat lilin. Ini memberikan keseimbangan antara elemen lama dan baru dan menambah suasana yang nyaman.
Tekstil dan Kain: Pilih tekstil moden untuk langsir, bantal, atau karpet dan campurkan dengan aksesori antik. Kain seperti linen atau kapas dengan reka bentuk yang bersih boleh melengkapkan perabot antik dengan baik.
Perhiasan Kecil: Barang seperti bingkai gambar antik atau jam meja boleh diletakkan di atas meja sisi moden atau rak buku untuk menambah sentuhan klasik tanpa mengubah keseluruhan tema.
4. Menjaga dan Memelihara Barang Antik
Barang antik memerlukan penjagaan dan pemeliharaan yang sesuai untuk memastikan ia kekal dalam keadaan baik. Beberapa tip untuk menjaga barang antik termasuk:
Bersihkan dengan Teliti: Gunakan pembersih yang sesuai untuk bahan antik dan elakkan menggunakan bahan kimia yang keras. Sentiasa bersihkan dengan lembut dan ikut arahan penjagaan yang disyorkan.
Jaga Kelembapan dan Suhu: Pastikan barang antik tidak terdedah kepada kelembapan tinggi atau suhu yang melampau. Simpan barang dalam keadaan yang stabil untuk mengelakkan kerosakan.
Penstabilan Struktur: Untuk perabot antik, pastikan ia stabil dan tidak goyang. Sekiranya perlu, bawa kepada pakar untuk pembaikan atau pengukuhan.
5. Menggunakan Barang Antik sebagai Focal Point
Barang antik boleh berfungsi sebagai titik fokus dalam ruang moden anda. Beberapa cara untuk melakukannya termasuk:
Gantung Lukisan Antik: Gantungkan lukisan antik di dinding utama ruang tamu atau bilik tidur. Pastikan ia diletakkan pada ketinggian yang sesuai untuk menarik perhatian.
Gunakan Cermin Antik: Letakkan cermin antik di lokasi strategik seperti atas mantel perapian atau di dinding kosong. Cermin ini bukan sahaja menambah kecantikan tetapi juga membantu memperluaskan ruang visual.
Pamerkan Koleksi: Jika anda mempunyai koleksi barang antik, pamerkannya dalam kabinet kaca atau rak buku. Ini membolehkan anda menonjolkan barang-barang tersebut dengan cara yang menarik dan teratur.
Semoga bermanfaat!
IMPIANA: Keseimbangan antara gaya klasik dan moden bukan sahaja menjadikan ruang anda lebih menarik tetapi juga memberikan sentuhan peribadi yang membezakan rumah anda daripada yang lain.
Tahu tak, anda boleh menukar warna bunga hydrangea? Hydrangea atau nama tempatannya lebih dikenali dengan nama Bunga Siti Zubaidah mempunyai jambangan bunga pelbagai warna dan saiz. Namun, Jenis yang sesuai untuk ditanam pada iklim tropika Malaysia adalah dari Hydrangea macrophylla
Pernah taka nda tertanya-tanya, kenapa bunga yang dihasilkan tidak sekata? ada yang biru, pink dan unggu walupun dari induk yang sama. Warna bunga hydrangea ditentukan oleh pH tanah dan paling menarik, anda boleh kawal rona bunga yang dihasilkan.
Bunga yang berwarna biru mudah di ubah ke warna pink. Namun sedikit sukar untuk bunga yang berwarna pink menjadi biru. Warna bunga boleh dikawal apabila pokok telah mencapai tempoh matang 2 tahun.
Antara langkah-langkah yang perlu anda lakukan adalah:
1. Periksa pH tanah anda
2. Untuk mendapatkan bunga berwarna biru, kadar pH perlu direndahkan dengan menambah sulfur atau tanah gambut pada permukaan tanah.
3. Untuk mendapatkan bunga yang berwarna pink, letakkan kapur pertanian pada permukaan tanah.
Tip: AWAS! pH di atas 7.5 akan mengakibatkan pertumbuhan tidak sesuai kepada tanaman dan boleh membunuh pokok hydrangea
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.