Bagi pencinta ikan laga mahupun ikan gapi boleh buat macam ni dekat rumah. Jika anda tidak mempunyai ruang yang luas untuk membela lebih dari satu akuarium. Boleh tiru cara Azhar Nordin .
Miliki rumah yang mungkin keluasannya agak tehad tidak menjadi penghalang bagi Azhar Nordin. Minatnya dalam membela ikan laga dan ikan gapi yang mempunyai pelbagai warna ini memberi satu kepuasan padanya.
Jika melihat sentuhan dekorasi rumah pemilik ini yang mengenakan warna biru ini memberi satu rasa yang menenangkan dalam gaya tersendiri. Membina rak untuk menyusun balang kaca tempat ikan laga ini cukup kemas dan teratur. Penggunaan bekas kaca yang sama membuatkan ruang pameran ikan ini nampak lebih kemas dan teratur.
Menariknya satu lagi konsep tempat penyimpanan ikan gapi beliau pula diletakkan dengan baik di dalam bekas yang putih yang boleh didapati di IKEA. Binaan bertingkat dapat meletakkan beberapa bekas dan boleh menyimpan lebih dari 20 ke 30 ekor ikan gapi yang cukup comel dan cantik.
Binaan bench untuk ruang tempat duduk tambahan yang dibina pada ruang tamunya juga dijadikan tempat untuk menyimpan ikan peliharaannya. Menarik bukan, kalau sekali pandang nampak macam tempat menyimpan barang. Tapi bila tarik sahaja rupanya si comel sedang berenang-renang di dalam bekas yang cukup selesa ini.
Azhar Nordin tidak hanya membiarkan bekas berisi air sahaja malah ia meletak hiasan seperti berada di alam fauna sebenar. Ini membuatkan habitat ini lebih selesa dan tenang dalam bekas ini.
Elemen hijau dalam rumah dengan pokok duit-duit ini memberi rasa tenang dan nyaman. Sebaiknya tumbuhan ini memang mudah hidup dalam apa jua keadaan, dan ia akan memberikan satu aura yang cukup nyaman dan tenang.
Kredit: Azhar Nordin