fresh Beauty Kitchen yang pertama akan berlangsung dari 21 – 30 Jun 2019, di Suria KLCC center court Kuala Lumpur.
FRESH BEAUTY KITCHEN
Bahan-bahan semula jadi sentiasa menjadi bahan utama fresh. Sejak dilancarkan pada tahun 1991, jenama itu telah mempelopori penggunaan bahan seperti soya, gula dan sake dalam produk kecantikannya – menggabungkannya dengan ritual silam dan sains moden untuk menawarkan pengalaman sensori yang tiada bandingan.
Apabila mencari bahan-bahan mereka, pengasas fresh Lev Glazman dan Alina Roytberg sering merujuk kepada masa lampau untuk inspirasi. Koleksi Rose fresh berasal daripada obsesi Cleopatra dengan bunga; dia akan mandi dalam inti sari mawar dan mewangikan layarnya dengan kelopak mawar. Daripada pengalaman peribadi pula, nenek Lev dan Alina menggunakan gula mentah untuk menyembuhkan luka dan calarnya, lalu memberi inspirasi terhadap penggunaan gula dalam produk fresh untuk kulit, bibir dan badan.
fresh
Beauty Kitchen meraikan bahan-bahan semula jadi yang poten ini dalam suasana interaktif seperti bistro yang direka untuk memberikan pengalaman sensori yang unik. Tetamu dijemput untuk memulakan perjalanan yang membawa mereka melalui pelbagai bahagian Beauty Kitchen, dari Parti Rose Garden dan Sensorial Bar ke Kitchen Table and Kombucha Café. Untuk mengekalkan nilai teras jenama, setiap stesen ini menonjolkan produk penjagaan kulit ikonik fresh dan bahan-bahan yang memberi inspirasi kepadanya. Seluruh Beauty Kitchen ini dicat dengan biru fresh yang ikonik, memberi penghormatan kepada moto jenama, “Sky’s the limit.”“ fresh berbangga menjadi perintis kedai konsep kecantikan yang pertama, dan dapat memulakan pengalaman membeli belah yang unik ini di Malaysia,” kata Pengurus Besar Jenama Wilayah Winnie Tay. “Kami sangat teruja untuk membawa pengalaman baharu kepada tetamu kami dengan cara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.”