Bagi anda yang masih belum mengenali dengan jenama perabot Ella Furniture ini, ia sebenarnya merupakan satu jenama perabot keluaran tempatan yang telah diasaskan oleh usahawan wanita hebat Puan Nur Laila Alway.
Pada ketika ramai yang bergelut untuk mencari sumber pendapatan sewaktu perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan Malaysia akibat penularan wabak Covid-19 di seluruh negara, namun berbeza pula nasib yang dialami oleh Puan Nur Laila Alway atau lebih dikenali Puan Ella.
Ini kerana, rezekinya dalam bidang dunia perniagaan semakin mencurah-curah sewaktu kali pertama kerajaan Malaysia mengumunkan PKP pada Mac tahun 2020.
Walaupun telah banyak perniagaan terjejas disebabkan oleh PKP pada ketika itu, jenama Ella Furniture pula berjaya mencatatkan keuntungan yang sangat memberangsangkan sehingga melebihi satu juta ringgit.
Untuk pengetahuan anda, Ella Furniture telah mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan perabot tempatan semenjak tahun 2019 dan merupakan pengeluar perabot ‘Chesterfield Premium’ buatan tangan nombor 1 di Malaysia.
Maka oleh itu, perabot keluaran jenama Ella Furniture ini telah dikenali sebagai salah satu jenama yang berkualiti tinggi dan dipercayai ramai.
Ads
Umum mengetahui, bidang perniagaan perabot tempatan sebelum ini kebiasaanya dipelopori oleh kaum Adam dan bukan Bumiputera tetapi dengan keberadaan Puan Ella dalam bidang perniagaan ini membuktikan bahawa kaum Hawa juga mampu setanding dan berjaya dalam industri ini.
Meskipun Puan Ella merupakan graduan lulusan ijazah sarjana bidang kejuruteraan, tetapi dengan semangat dan usaha yang komited tidak menjadikan penghalang buat wanita kelahiran dari negeri Kelantan ini berjaya dalam bidang perniagaan perabot tempatan.
Ads
Setelah 3 tahun menceburi bidang perniagaan perabot tempatan, Puan Ella sebagai pengasas jenama Ella Furniture telah mengorak langkah untuk memperluaskan lagi jenamanya di pasaran tempatan sebagai penaja utama rancangan rekaan hiasan dalaman rumah Impiana Makeover Ruang Selebriti.
Impiana Makeover Ruang Selebriti telah mula bersiaran episod pertama di saluran Astro Ria pada tanggal 6 Januari dan berakhir 10 Mac lalu.
Jadi, terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menonton dan adakah kita akan berjumpa lagi di musim akan datang? Sama-sama kita nantikan…
Ads
Anda terlepas untuk melihat bagaimana hasil dekorasi makeover yang telah dilakukan di kediaman selebriti pilihan? Jangan bimbang, anda boleh menonton kembali kesemua episod rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti di On Demand.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Sudah bermacam-macam cara dan teknik untuk masak daging sampai empuk dilakukan tetapi setelah selesai memasak, hasilnya daging masih lagi kenyal dan liat. Kadang-kala sampai berjam-jam ambil masa untuk masak daging. Kalau anda peminat daging goreng memang bercinta lah nak makan kalau tak beli daging batang pinang.
Tak akan lah asyik nak beli daging batang pinang sahaja kan. Jom IMPIANA kongsikan tip mudah nak masak lauk daging kegemaran anda supaya daging cepat empuk dan masak dengan sempurna.
Tambahan pula, tidak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadan yang bakal menjelang tiba, jadi sudah pasti ramai yang mahu cara mudah untuk memasak daging supaya empuk untuk dijadikan sebagai menu juadah berbuka puasa. Maklumlah, kalau boleh sepanjang bulan Ramadan kita berpuasa sentiasa mahu lakukan perkara yang lebih mudah serta menjimatkan masa.
Ada pula yang kata nanti pakai ‘pressure cooker’ kan senang. Ye! benar tapi tak semua mampu milikinya. Tidak mengapa, sesiapa yang memiliki barangan elektronik ini di rumah, kira beruntung lah anda! Tetapi yang masih belum memiliki periuk ini, IMPIANA kongsikan cara mudah yang ‘confirm’ daging lembut.
Tip masak daging lembut tanpa ‘pressure cooker’, sewaktu memasak daging anda disarankan untuk meletakkan sudu besi di dalam kuali tersebut. Tidak perlu lah guna sudu besar, sudu yang kecil pun dah memadai.
Jadikan ia seolah-olah anda masak daging tersebut bersama sudu sekali. Kalau anda tidak percaya, anda boleh mencuba cara ni di rumah. Nanti kongsikan pengalaman anda masak daging bersama IMPIANA ye.
Foto: Sumber Carian Pinterest
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Setiap ruang yang terdapat dalam sesebuah kediaman biasanya dirancang berbeza memandangkan setiap satunya mempunyai fungsi yang berlainan. Bagi memenuhi keperluan aktiviti dalam sesatu ruangan itu, beberapa perkara yang perlu diberi perhatian termasuklah susun atur ruang, jenis perabot dan material yang digunakan. Selain itu, satu faktor penting yang perlu dititikberatkan ialah penataan cahaya. Selain untuk menerangi ruang sesuai dengan aktiviti, penataan cahaya juga penting bagi mewujudkan suasana yang nyaman dan bertepatan dalam ruang tersebut.
Ruang Tamu
Ruang tamu merupakan salah satu ruang terpenting dalam sesebuah kediaman. Fungsi utama ruang ini merupakan tempat berkumpulnya tetamu dan ahli keluarga selain digunakan juga sebagai tempat bersantai dihujung minggu atau berehat selepas hari yang panjang. Jadi lampu-lampu yang melengkapi ruangan ini mestilah yang dapat memenuhi kehendak dan aktiviti pengguna.
Ruang Makan
Fokus utama penataan cahaya pada ruang makan sudah tentunya pada meja makan. Sebaiknya, letakkan lampu gantung atau pendant light untuk menerangi ruang makan kediaman anda kerana selain bertindak sebagai punca cahaya, lampu gantung juga boleh menjadi titik focal untuk ruang itu.
Dapur
Sebuah dapur dengan rekabentuk yang baik biasanya akan mempunyai banyak tingkap untuk memudahkan cahaya semulajadi. Jadi anda boleh pelbagaikan sumber pencahayaan bagi mewujudkan keseimbangan di dapur dengan cara mengurangkan silau dan bayang. Gunakan lampu esen, lampu kerja dan lampu ambient bagi menerangi dapur anda.
Bilik Tidur
Bilik tidur juga merupakan ruang privasi buat pemilik beristirehat selain membaca atau membuat kerja sambil berehat. Beberapa jenis lampu harus diletakkan didalam kamar, sesuai dengan kegunaan dan aktiviti yang ingin dikalukan. Downlight dan lampu meja atau floor light sesuai untuk diletakkan didalam bilik tidur anda.
Bilik Air
Pencahayaan yang menyeluruh dan terang diperlukan untuk bilik air kerana kebanyakkannya hanya dilengkapi dengan tingkap kecil bagi tujuan pengudaraan ; menjadikannya agak sukar untuk mendapat cahaya semulajadi. Oleh itu anda disarankan untuk memasang lampu yang dapat menerangi keseluruhan ruang dengan baik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bagi kediaman berkeluasan bawah 700 kaki persegi seperti apartmen, studio house dan sebagainya memang mempunyai ruang yang sangat terha. Tapi, ruang makan adalah antara perkara yang paling penting perlu disediakan selain bilik tidur dan dapur. Namun, hal ini antara hal yang kerap diabaikan. Penyediaan ruang makan walaupun di dalam ruang yang terhad pelbagai kelebihan. Ia berupaya menjadi ruang pelbagai guna kelak. Impaan nak sarankan supaya anda wajibkan penyediaan ruang makan di dalam rumah bersaiz kompak walaupun untuk dua orang.
Berikut, inspirasi ruang makan sempit sesuai untuk kediaman bersaiz terhad:
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.