Nak beli gerudi dinding atau drill boleh jadi keliru. Bukan sahaja macam-macam jenama yang ada di pasaran, pelbagai fungsi, kod dan jenis pun boleh buat anda pening kepala. Lebih-lebih lagi, bila anda sebenarnya bukan lah nak menukang beria-ia macam pro. Cukup sekadar nak tebuk dinding untuk gantung bingkai dan kegunaan asas.

En Azmi Moh berkongsi jenis drill yang sesuai dengan kegunaan asas di dalam group Tukang Apa Hari Ini.

IKLAN
IKLAN
IKLAN

Kalau kita tak biasa, memang pening nak beli DRILL ni, macam-macam jenis, macam-macam jenama, macam-macam kod, macam-macam fungsi.

Cadangan saya, kalau kita bukan tukang, hanya nak drill biasa-biasa untuk kegunaan rumah, pilih Hammer Drill, 700w keatas. Tak kisah jenama apa. Yang penting watt dia. Ia menunjukkan kekuatan Drill itu mampu bekerja. Walaupun jenama BOSCH, jika 600w, bercintalah nak boleh tebuk dinding simen. Dalam gambar ‘B’ 710w. Sedang molek lah.
Kalau tukang, kena adalah lah semua DRILL A,B&C. Fungsi dia berbez-beza. Daril Drill ‘A’ Rotary Hammer, Drill C, untuk kerja-kerja ringan, untuk pasang screw. Kerja-kerja kayu dan elektrik, sesuai lah. Sebab ia ringan dan tanpa wayar. Semoga bermanfaat.Pening Kepala Nak Beli “Drill” Yang Sesuai, Setiap Jenis Kegunaan Berbeza

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI