Raya ni mesti ramai merancang nak tukar langsir. Tapi, pening kepala nak pilih langsir yang sesaui dengan dekorasi kediaman. Sebenarnya, memilih langsir yang sepadan lebih daripada melihat coraknya sahaja. Nak mudah, cuba ikut 8 tip yang Impiana kongsikan ni
1. PASTIKAN UKURAN LANGSIR DIAMBIL DENGAN BETUL.
Apabila ingin membeli langsir , pastikan ukuran diambil dengan cara yang betul. Masih ramai yang tidak tahu ukuran yang paling tepat agar langsir yang digantung terletak cantik dan kemas. Langsir yang dipilih tidak sepatutnya terlalu senteng sehingga mewujudkan ‘gap’ yang sangat ketara antara lantai dengan kaki langsir.
Rekaan terbaik adalah labuhnya cukup-cukup di atas permukaan lantai serta tidak terlalu labuh sampai menyapu lantai.
Pemilihan warna langsir dipengaruhi oleh tona dinding serta keluasan kediaman. Bagi ruang tamu, pilihlah warna pastel yang selamat untuk digayakan dengan apa jua jenis hiasan, perabot dan perincian lain di kediaman anda. Warna pastel juga boleh menaikkan seri agar nampak lebih harmoni, eksklusif serta elegan.
Elakkan penggunaan warna gelap seperti coklat dan hitam sekiranya menghuni rumah yang sederhana atau kecil. Hal ini akan menjadikan ruangan kediaman anda tampak lebih sempit dan serabut. Sebaliknya, warna langsir yang gelap sangat sesuai untuk rumah yang besar.
Namun begitu penggunaan warna yang terang boleh memberi daya tarikan yang berbeza sekiranya anda bijak dalam memilih warna yang bersesuaian dengan hiasan dalaman serta perabot.
Ads
3. KETEBALAN LANGSIR SESUAI DENGAN SUASANA RUMAH.
Setiap ketebalan langsir yang terdapat di pasaran direka mengikut kesesuaian kediaman. Jenis ketebalan fabrik langsir bukan hanya direka bergantung pada keketapan konsep hiasan dalaman rumah malah anda harus mengenal pasti adakah ruang kediaman menerima cahaya matahari yang cukup atau tidak. Jika kedudukan rumah anda tidak dapat menerima cahaya matahari yang mencukupi, maka pemilihan langsir yang nipis seperti langsir sheer atau langsir berwarna terang.
Warna gelap atau langsir jenis blackout pula sesuai bagi rumah yang lebih luas dan menerima cahaya luar yang banyak.
4. PEMILIHAN LANGSIR BERCORAK ATAU POLOS?
Langsir yang bercorak pada masa kini mempunyai pelbagai rekaan yang menarik bermula dari cetakan bunga yang paling klasik hingga cetakan bergaya yang dilihamkan oleh bentuk geometri, jalur atau polka dot. Pemilihan langsir yang bercorak tentunya lebih menonjol namun dapat memberi pandangan yang mempersona sekiranya anda bijak dalam memilih hiasan yang sederhana. Elakkan penggunaan kertas dinding yang bercorak atau hiasan yang terlalu sarat agar keadaan ruang tersebut lebih tenang dan seimbang.
Sekiranya sofa atau kertas dinding sudah mempunyai corak yang sarat, langsirnya biarlah polos atau corak yang samar-samar sahaja.
Ads
5. KENALI ROD LANGSIR
Penggantung atau rod langsir diperlukan untuk menggantung langsir. Pemilihan rod langsir yang sesuai dengan rekaan langsir sangat penting bagi memastikan langsir terletak cantik. Terdapat pelbagai pilihan material rod langsir di pasaran. Pemilihan bahan yang disukai ramai adalah jenis aluminium alloy untuk kelihatan lebih moden, dan jenis kayu bagi menambah sedikit banyak rasa keaslian ke ruangan rumah. Untuk warna rod langsir pula, warna-warna yang rekomen adalah warna hitam, emas, putih dan warna kayu di mana warna-warna tersebut amat mudah memadan dengan kebanyakan warna langsir dan perabot-perabot di rumah agar dapat mewujudkan suasana yang lebih harmoni. Oleh itu, penggunaan rod langsir yang bersesuaian dengan langsir dapat memberi impak kepada ruangan anda.
Setiap rumah mempunyai ukuran yang tersendiri. Ada rumah yang mempunyai jendela yang besar namun ada juga yang mempunyai jendela bersaiz sederhana. Kediaman seperti unit apartmen atau kondominium selalunya mempunyai sepasang jendela di tengah dinding sekitar lebar 8’. Oleh itu, anda boleh memenuhi dinding yang kecil itu dengan langsir polos dan bahagian jendela dihias lapisan sheer curtain atau bidai jika mahukan kelainan. Jadi teknik simple sebegini mampu mewujudkan ruang yang biasa tampak lebih grand dan elegan. Simple but nice 🙂
7. PASTIKAN REKAAN BERPADANAN
Pastikan langsir yang dipilih bersesuaian dengan jendela kediaman anda. Terdapat pelbagai rekaan langsir yang berada di pasaran. Rekaan yang sarat dan dramatik selalunya sesuai untuk jendela besar dan tinggi sekitar 8 – 10 kaki. Pastinya tampak elegan andai rumahnya besar, luas serta mempunyai perabot dan juga hiasan dalaman yang mewah.
Ads
Tetapi jika rumah anda bersaiz sederhana atau kecil, penggunaan langsir yang sarat boleh membantutkan pemandangan dan kelihatan ‘semak’. Sebaliknya, pilihlah langsir yang simple dan sesuai dengan situasi kediaman anda.
8. LANGSIR YANG DIPILIH HARUSLAH BERSESUAIAN DENGAN REKAAN DAN HIASAN DALAMAN RUMAH.
Penampilan keseluruhan bilik bergantung pada kesesuaian langsir. Ketinggian langsir juga mempengaruhi pandangan.
Linen pendek, dihadkan oleh tepi bawah tingkap membolehkan anda melihat pemandangan langit dengan jelas dan memberikan ketenangan sepanjang berada di bilik. Langsir seperti ini sesuai untuk apartmen. Condominium atau bilik yang kecil.
Bagi kediaman yang mempunyai hiasan dalaman yang standard, langsir yang digantung mestilah tidak menyentuh lantai. Hal ini boleh membuatkan tingkap tampak lebih ekspresif terhadap latar belakang dinding.
Bagi kediaman reka bentuk moden pula, labuh langsir boleh ditambah sebanyak 10-15cm. Rekaan ini boleh mewujudkan suasana yang selesa di dalam bilik.
Tak susah untuk pastikan Bilik Tidur Bebas Debu. Debu, antara benda yang mudah dibersihkan tapi cepat juga menumpuk semula. Baru sahaja siap sempurna bersihkan bilik tidur, dah mula nampak debu semula.
Dah guna air purifier, robot vakum pun masalah debu dalam bilik tidur masih tidak selesai. Untuk atasi maslah ini, anda perlukan 6 trik super hebat
1. CUCI SARUNG BANTAL DAN CADAR SETIAP MINGGU
Sebaiknya, ganti dan cuci sarung batal serta cadar yang menghampari katil anda seminggu sekali. Ia bukan sahaja dapat meamstikan tempat tidur anda sentiasa dalam keadaan bersih. Secara tidak langsung juga, ia dapat mengatasi masalah kehadiran tungau.
2. KURANGKAN AKSESORI TIDAK PERLU DI DALAM BILIK TIDUR
Semakin kurang permukaan perabot atau aksesori dalam bilik, risiko debu terperangkap dalam bilik pun berkurangan. Perlu ingat, aksesori kecil-kecil yang tak penting tu lah perangkap terbaik debu yang berterbangan dalam udara. Sekali dah singgah, jika tak dibersihakan permukaan aksesori tu boleh jadi tepu
Bukan sahaja lantai bersih dari debu, malah ape pun barang seperti tompokkan baju. Selain itu juga, anda harus rajin membersihkan lantai. Tak kira lah vakum, mop atau menyapu lebih-lebih lagi jika lantai bilik tidur anda ada hamparan permaidani
4. BERSIHKAN HABUK DENGAN KAIN MIKROFIBER
Membersihkan permukaan perabot dan aksesori di dalam bilik tidur dengan kain mikrofiber kering adalah kaedah pembersihan yang baik. Namun jika anda ingin membersihkan debu secara total, basahkan kain mikrofiber tersebut atau gunakan wet sheet
5. SIMPAN BARANG MENGGUNAKAN BEG KHAS
Beg, tudung atau apa sahaja aksesori pakaian yang disimpan secara terbuka, ia juga antara ruang berpotensi menjadi tempat perangkap habuk. Sebaiknya simpan di dalam beg khas. Secara tidak langsung, ia bukan sahaja dapat memastikan barang atau pakaian anda terhindar dari debu, malah dapat mengelak ia kelihatan kusam akibat debu yang betrampok lama
6. ELAK SIMPAN KASUT DALAM BILIK TIDUR
Elak simpan kasut yang telah dipakai di dalam bilik tidur. Ia bukan ashaja mengundang debu malah kotoran lain yang tidak kesat dimata.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Dapur merupakan tempat untuk menyediakan serta menyimpan berbagai bahan makanan. Oleh itu, akan terdapat berbagai aroma di dapur, bermula dari aroma sedap hasil masakan atau bau yang kurang menyenangkan dari beberapa bahan atau sisa masakan. Antara bahan makanan yang sering menimbulkan bau adalah ikan, bawang, tapai, durian dan masih banyak lagi.
Memakai pewangi ruang jenis semburan boleh menimbulkan rasa takut kerana bahan kimia yang terkandung di dalam pewangi boleh mencemari bahan makanan yang banyak terdapat di dapur. Jika pewangi jenis gel pula tidak tahan lama. Oleh itu, IMPIANA ingin berikan anda tips menghilangkan bau kurang menyenangkan di dapur menggunakan bahan alami sekaligus menjimatkan duit poket anda.
KOPI HILANGKAN BAU AMIS
Bagi anda yang gemar membancuh kopi di rumah pasti ruang dapur anda tidak ada masalah dengan bau. Kajian telah dibuat oleh para saintis, aroma yang dikeluarkan dari kopi mampu meneutralkan bau sekelilingnya. Jadi apa yang harus anda lakukan adalah, bancuh kopi di saat bau yang kurang menyenangkan hadir di dapur anda.
BAKING SODA HILANGKAN BAU SINKI
Sinki seringkali mengeluarkan bau yang tak sedap. Ada cara mudah untuk menghilangkan bau itu. Bersihkan sinki anda dengan sabun pencuci pinggan, kemudian bilas. Tuang setengah sudu baking soda ke dalam sinki dan lubang sinki, biarkan selama satu jam. Setelah itu, bilas sinki anda dengan air panas.
ARANG HILANGKAN BAU TEMPAT SAMPAH
Jika anda meletakkan tempat sampah di dapur, pasti akan ada bau yang kurang sedap akan muncul. Untuk mengatasinya, letakkan beberapa potong arang pada tempat sampah tersebut. Tapi anda haurs diingatkan, jangan lupa untuk membuang sampah secara teratur. Lakukan pada malam hari setelah aktiviti dapur selesai.
KULIT LIMAU & LEMON BUAT DAPUR WANGI
Ingin dapur beraroma wangi dengan bahan alami? Mudah saja, rebus kulit limau atau lemon dengan 1/2 gelas air. Aroma segar alami yang dikeluarkan jeruk dan lemon tersebut akan membuat dapur anda menjadi segar. Atau, anda juga boleh meletakkan kulit limau atau lemon di dalam microwave selama kurang lebih lima minit.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Baru-baru ini, ada seorang individu yang mengunakan nama profil Koleksi Shaz Nazreyz di laman media sosial Facebook telah berkongsi beberapa keping foto memaparkan sebuah rumah kayu yang kelihatan usang dan sudah lama terbiar.
Rumah kayu lama itu yang dahulunya kelihatan sangat usang kini telah berubah sekelip mata tampak seperti sebuah rumah yang mewah dan sangat selesa untuk di diami.
Individu tersebut turut berkongsi foto setelah rumah kayu yang usang itu diubahsuai dan diberi nafas baru. Menerusi hantaran yang sama, pemilik akaun media sosial berkenaan juga ada berkongsi foto sewaktu rumah kayu lama itu masih dalam proses renovasi dan pengubahsuaian.
Lihat sahaja rumah kayu yang dahulunya tampak kelihatan usang dan terbiar kini sudah kembali menjadi sebuah rumah yang sempurna untuk di diami. Hebat bukan?
Jika dapat dilihat, pemilik rumah tersebut masih mengekalkan kemasan kayu untuk di tingkat atas manakala kemasan konkrit simen di tingkat bawah.
Untuk rekaan dalaman pula, pemilik telah memilih dan mengunakan kemasan kayu di bahagian lantai, dinding serta siling rumah. Senang kata, hampir kesemua bahagian dalaman rumah menggunakan kemasan kayu.
Di samping itu, penggunaan tingkap kaca pada setiap dinding sebagai sumber pencahayaan semula jadi untuk ruang dalaman rumah adalah sangat tepat dan bersesuaian.
Hasilnya, kita dapat lihat kedua-dua kombinasi ini boleh membuatkan ruang dalaman rumah tampak lebih mewah dan eksklusif!
Nyata, transformasi yang telah dilakukan pada rumah kayu yang lama ini boleh dijadikan sebagai salah satu sumber inspirasi kepada kita semua untuk memiliki rumah idaman meski ianya hanya daripada sebuah lama yang diubahsuai.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.