Nama pun mesin basuh, mesti lah kita nak pastikan baju yang di basuh bersih. Tapi sebenarnya, kita lupa. Mesin pun perlu dibasuh. Sebelum ni IMPIANA ada kongsi cara mencuci mesin basuh secara keseluruhan yang perlu dilakukan sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Sebenarnya, cara Amni Khassim lebih mudah dan cepat. Namun, teknik ini perlu dilakukan setiap dua minggu. Baru lah mesin basih anda bersih total dan lebih tahan lama.
Nampak kan hasil yang keluar tu macam mana? Itu saya memang buat auto tub clean selama 2 jam setiap 2 minggu. Bayangkan kalau tak pernah buat langsung.
Semasa mesin masih basah, ambil kain atau span, dan lap kesan kulat air tu. Jirus bagi hilang semua. Lepas tu saya buat auto tub clean lagi tadi dengan 1 bungkus saja cleaner. Dan saya titik essential oil peppermint nak bagi wangi mesin basuh saya.
Untuk deep clean, memang kena soak bagi lama. 5 jam. Keluar kulat air tu macam sea weeds. Tebal.
Lepas tu make sure filter yang dalam mesin tu kita cuci setiap kali lepas basuh baju. Filter tu tak dak la tapis semua benda dalm mesin, hanya tapis habuk dan benang yang terkeluar dari kain yang kita basuh. Filter kena berus tau. Situ pun tempat kulat air membiak dengan jayanya. Saya guna berus gigi lama untuk tonyoh.
Last sekali, pesanan buat semua, lepas basuh baju, tudung mesin tak payah tutup. Supaya udara boleh circulate. Kalau tutup, dalam keadaan lembap macam tu, akan menyebabkan bau dalam mesin dan menggalakkan kulat air tu tumbuh dengan gembira dalam mesin kitat
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Cuci Kotoran Degil Pada Sofa Menggunakan Syampu Rambut
Sofa dengan kemasan fabrik kapas atau kain memberi keselesaan optimum jika dibandingkan dengan jenis PU atau kulit. Namun, yang menjadi masalah adalah ia mudah menyerap kotoran. Hal ini menjadikan mak-mak fobia terutamanya jika isi rumah jenis aktif terutamanya si cilik yang sibuk meneroka sesuatu yang baru. Bukan sahaja ada tumpahan makanan yang meninggalkan kesan. Silap hari bulan, sofa empuk boleh jadi tempat lakaran seni si cilik,
Hal ini tak menjadi masalah, terdapat syarikat yang menawarkan perkhidmatan mencuci sofa. Sediakan sahaja duitnya. Tapi, ada cara yang diberi nama “kaedah poket tak bocor” yang mudah dan boleh dilakukan sendiri. Hanya, menuntut masa dan sedikit masa untuk anda lakukan.
APA YANG PERLU ANDA SEDIAKAN?
Vakum
Baking soda
syampu rambut
Air
Tuala microfiber
CARA-CARA:
1. Bersihkan dulu keseluruhan sofa dengan menggunakan vakum
2. Tabur rata baking soda pada permukaan sofa dan biarkan 15-30 minit
4. Vakum semula sofa dan pastikan tidak tertinggal sisa baking soda yang ditabur tadi
5. Campurkan syampu bersama air
6. Basahkan Tuala microfiber tadi dan perah. Gosok pada permukaan sofa. Ulang langkah ini beberapa kali sehingga kotoran hilang.
7. Keringkan sofa di bawah teduhan atau letakkan di bawah kipas agar ia kering secara perlahan-lahan dan tidak merosakkan fabrik
Untuk lebih detail, boleh lihat video yang disediakan
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tak Mudah Hasilkan Dapur Konsep Industri, Ini Trik Dan Tip Anda Perlu Tahu
Bagi pasangan Encik Sofian dan Puan Azura, memiliki kediaman yang berkonsepkan industri memang menjadi idaman. Namun apakan daya, tinggal dikediaman pusaka yang ditinggalkan oleh arwah ayah sambil merawat bonda mempunyai sedikit keterbatasan.
Namun, apabila si ibu sepakat memberi privacy kepada anak membina keluarganya sendiri, ruang hadapan rumah induk yang dulunya menjadi serambi diserahkan kepada si anak. ” Dulunya ruang ini menjadi ruang berkumpul terutamanya jika ada kenduri. Dari ruang serambi yang luas, kami bahagikan ia menjadi tiga buah bilik bersama ruang tamu,” jelas pemilik memulakan bicara.
INFO DAPUR
Nama Pemilik: Encik Sofian & Puan Azura
Jenis Kediaman: Rumah kampung
Konsep Dapur: Industrial
Lokasi: Port Disckson
Tidak lengkap sebuah kediaman itu tanpa jantungnya iaitu ruang dapur. Memandangkan ruang serambi telah dipenuhi dengan bilik tidur dan ruang tamu, pemilik mengambil keputusan untuk membina struktur baru yang dijadikan sebagai dapur, bilik air, dan ruang simpanan.
“Memandangkan saya suka mengumpul barangan antik dan isteri pula gemar akan konsep industri, kedua-duanya sangat sepadan. Jadi, saya mengambil keputusan untuk membina struktur dapur ini dari batu bata dan kemasan cement render,” terang pemilik.
Struktur kayu asal dari serambi masih dikekalkan bagi menjadikan ia sebagai salah satu titik tumpu yang unik di ruang dapur ini. Lebih berseri dan memberi impak yang menyeluruh, lakaran air tangan si isteri yang berkonsepkan tropika di lakar indah pada fasad kayu serambi.
Lantai ruang makan ini tidak di beri kemasan cement render kerana ia sukar dijaga tambahan kurang selesa untuk dipijiak. Oleh itu, pemilik lebih yakin dengan pemilihan jubin yang mempunyai corak cement render. Ia mengurangkan beban si isteri untuk melakukan penyelengaraan. Mudah dilap dan disapu
“Berbeza dengan breakfast counter, saya lebih selesa memilih kemasan jubin untuk ruang yang digunakan secara lasak. Ini disebabkan permukaan cement render ini agak sensitif dan sukar untuk dijaga. Jika digunakan secara lasak dan kerap, mudah retak. Apabila berlaku retakkan walaupun kecil, kotoran mudah melekat dan sukar untuk di cuci,” perinci pemilik memahami risiko penggunaan kemasan cement render sebagai counter top.
Selain penggunaan kaunter sarapan sebagai pemisah penggunaan ruang, pemilik turut memadankan jubin bercorak geomatrik pada lantai. Ia bukan sahaja menjadi pemisah secara visual malah memberi percikan rona menceriakan dapur yang ratanya didominasi rona kelabu.
Keseluruhan struktur kabinet dapur menggunkan kayu keras dan diberi kemasan laminate fomica. Tidak mahu terlalu padat, hanya satu ruang dinding sahaja di sediakan kabinet dapur bahagian atas. Ia dibina penuh hingga ke siling bagi mengelak menjadi perangkap habuk. Tampil lebih kemas, pintu kabinet menggunkan sistem concealed finger pull untuk dibuka.
Menyerlahkan lagi konsep industri yang di bawa, Pemilik memilih padanan kaki lampu dan kipas rona hitam. Tidak cukup itu sahaja, pendawaian yang dibuat turut menggunakan paip PVC yang di cat dengan rona hitam mate bagi mengurangkan kos untuk membeli paip besi.
” Tidak mudah untuk menghasilkan rekaan industri ini. Jika tidak kena dengan orang yang mahir, hasilnya akan mengecewakan. Bukan sahaja untuk membentuk permukaan cement render yang cantik malah batu bata yang diikat perlukan kepakaran yang tinggi. Nasihat saya, sebelum melakukan sebarang pembinaan dekorasi berkonsepkan industri ini, pastikan kontraktor yang dilantik mempunyai kepakaran dan teliti dalam menghasilkan sesuatu hasil kerja,” pesan pemilik kepada pembaca Impiana.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Langkah Bijak Jimatkan Penggunaan Tenaga Elektrik Dan Kurangkan Bil Bulanan Anda
Rata-rata pemilik rumah pasti pernah merasa terbeban dengan perbelanjaan bulanan. Nak beli barangan dapur, bayar kereta, sewa rumah serta bil-bil termasuklah bil elektrik yang juga merupakan asas kehidupan seharian yang memang kita tidak dapat elakkan. Tetapi jika kita tahu bagaimana caranya nak jimat elektrik, pasti ia dapat mengurangkan bil yang perlu ditanggung setiap bulan. Jadi jom ikuti tips yang IMPIANA sediakan ini, selamat mencuba!
MESIN BASUH
- Salah satu cara jimatkan elektrik semasa menggunakan mesin basuh adalah dengan mengurangkan kekerapan membasuh. Kumpul dahulu pakaian sehingga muatan penuh dan basuh sekaligus.
- Kurangkan penggunaan fungsi basuhan air panas kerana lebih banyak tenaga elektrik diperlukan untuk memanaskan air cucian tersebut. Lebih baik gunakan fungsi basuhan air biasa sahaja.
- Digalakkan untuk mengasingkan pakaian yang ingin dibasuh mengikut berat. Contohnya, basuh t-shirt, kemeja dan pakaian dalam satu basuhan, manakala pakaian seperti denim, jaket dan linen dibasuh berasingan. Ini akan memudahkan proses basuhan dan mengurangkan beban kerja mesin basuh.
- Kurangkan penggunaan mesin pengering pakaian. Lebih baik untuk jemur pakaian yang dibasuh berbanding menggunakan mesin pengering pakaian. Gunakan mesin pengering pakaian jika terdesak sahaja seperti ketika musim hujan.
SETERIKA
- Penggunaan seterikan wap dilihat makin popular dikalangan pengguna domestik. Tahukah anda bahawa seterika jenis ini menggunakan lebih banyak tenaga kerana sistemnya perlu memanaskan air terlebih dahulu untuk menghasilkan wap air. Jadi, adalah lebih baik sekiranya anda hanya menggunakan seterika biasa atau seterika arang.
- Lakukan aktiviti menyeterika pakaian dalam satu trip. Dengan cara ini, seterika tidak perlu dipanaskan berulang kali sekaligus mengurangkan penggunaan tenaga elektrik.
LAMPU
Menurut kajian, sebanyak 20% penggunaan tenaga elektrik dalam sesebuah kediaman adalah daripada penggunaan lampu.
- Tutup kesemua lampu di ruang yang tidak digunakan.
- Manfaatkan penggunaan cahaya semulajadi. Buka tingkap dan selak langsir supaya cahaya matahari dapat menerangi kediaman anda tanpa bantuan lampu.
- Kurangkan bilangan lampu dalam kediaman anda. Sebuah bilik kecil hanya perlukan sebuah lampu sahaja untuk capai tahap kecerahan optimum, tidak perlu membazir pasang lampu yang tidak sesuai pada tempatnya.
- Gunakan mentol lampu LED kerana lebih tahan lama, jimat tenaga dan mesra alam. Mentol lampu jenis LED juga boleh dibuka-tutup dengan kerap tanpa memberi kesan ke atas jangka hayatnya.
PETI SEJUK
Boleh dikatakan hampir semua kediaman pasti akan mempunyai sekurang-kurangnya sebuah peti sejuk yang digunakan dan ianya akan dipasang 24 jam sehari secara berterusan.
- Kedudukan peti sejuk perlu strategik dan jauh daripada cahaya matahari ataupun peralatan sumber haba seperti cerek, periuk nasi dan dapur memasak. Pastikan juga peti sejuk diberikan ruang pengudaraan yang mencukupi; sebaik-baiknya jarakkan peti sejuk (10-30 cm) daripada dinding di bahagian belakang, tepi dan atas.
- Beli peti sejuk yang mempunyai label penggunaan elektrik cekap star-rating yang baik, dan lebih baik lagi jika ada teknologi inverter. Inverter berfungsi untuk mengawal penggunaan motor peti sejuk secara automatik dan seterusnya akan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik untuk peti sejuk tersebut.
- Kurangkan kekerapan buka-tutup pintu peti sejuk. Peti sejuk yang terlalu kerap dibuka akan menyebabkan udara sejuk kerap keluar dan meningkatkan suhu peti sejuk. Ini juga meningkatkan beban kerja peti sejuk tersebut.
- Tetapkan suhu peti sejuk pada suhu yang optimum; suhu yang sesuai bagi ruang biasa adalah sekitar 2-8 ºC, manakala suhu ruang sejuk beku adalah sekitar -18 ºC
- Jangan terlalu penuhkan peti. Pastikan ada ruang untuk aliran udara didalamnya. Tetapi, pada masa yang sama, jangan biarkan peti sejuk terlalu kosong pula. Jika tiada barang untuk disimpan dalam peti sejuk, letakkan sahaja beberapa bekas kosong. Ini akan mengurangkan aliran keluar udara sejuk.
PENYAMAN UDARA
- Jauhi aircond anda daripada sumber haba seperti cahaya matahari.
- Tetapkan suhu pada 24-26 ºC sahaja. Tahukah anda bahawa setiap penurunan 1 ºC yang ditetapkan pada pendingin hawa bersamaan peningkatan penggunaan elektrik sebanyak 10%. Maksudnya, semakin rendah suhu ditetapkan, semakin tinggi penggunaan elektrik.
- Tutup pintu dan tingkap apabila penyaman udara dipasang. Ini untuk mengelakkan udara sejuk keluar daripada ruang tersebut.
- Tetapkan minimum sekali dalam setiap bulan untuk mencuci penapis penyaman udara. Cuci juga kipas compressor di luar rumah.
- Hadkan tempoh penggunaan penyaman udara. Gunakan sahaja kipas sebagai pengganti.
- Jangan lupa untuk tutup dahulu penyaman udara sebelum keluar bagi mengelakkan pembaziran yang tidak wajar.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI