Se (32)

Nama pun mesin basuh, mesti lah kita nak pastikan baju yang di basuh bersih. Tapi sebenarnya, kita lupa. Mesin pun perlu dibasuh. Sebelum ni IMPIANA ada kongsi cara mencuci mesin basuh secara keseluruhan yang perlu dilakukan sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Sebenarnya, cara Amni Khassim lebih mudah dan cepat. Namun, teknik ini perlu dilakukan setiap dua minggu. Baru lah mesin basih anda bersih total dan lebih tahan lama.

Nampak kan hasil yang keluar tu macam mana? Itu saya memang buat auto tub clean selama 2 jam setiap 2 minggu. Bayangkan kalau tak pernah buat langsung.
Semasa mesin masih basah, ambil kain atau span, dan lap kesan kulat air tu. Jirus bagi hilang semua. Lepas tu saya buat auto tub clean lagi tadi dengan 1 bungkus saja cleaner. Dan saya titik essential oil peppermint nak bagi wangi mesin basuh saya.

Penjagaan Mudah Mesin Basuh Dijamin Bersih Dan Tahan Lebih Lama

Penjagaan Mudah Mesin Basuh Dijamin Bersih Dan Tahan Lebih Lama

IKLAN

Penjagaan Mudah Mesin Basuh Dijamin Bersih Dan Tahan Lebih Lama

IKLAN

Untuk deep clean, memang kena soak bagi lama. 5 jam. Keluar kulat air tu macam sea weeds. Tebal.
Lepas tu make sure filter yang dalam mesin tu kita cuci setiap kali lepas basuh baju. Filter tu tak dak la tapis semua benda dalm mesin, hanya tapis habuk dan benang yang terkeluar dari kain yang kita basuh. Filter kena berus tau. Situ pun tempat kulat air membiak dengan jayanya. Saya guna berus gigi lama untuk tonyoh.

IKLAN

Last sekali, pesanan buat semua, lepas basuh baju, tudung mesin tak payah tutup. Supaya udara boleh circulate. Kalau tutup, dalam keadaan lembap macam tu, akan menyebabkan bau dalam mesin dan menggalakkan kulat air tu tumbuh dengan gembira dalam mesin kitat

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI