Sebelum membeli rumah dan turunkan tandatangan untuk segala dokumen SNP, kami di IMPIANA sarankan anda untuk ikuti senarai checklist ini dahulu. Ini adalah kerana untuk mengelak keluhan kita sebagai pemilik kediaman di kemudian hari disebabkan tabiat kita yang tidak mengambil kisah tentang keadaan rumah yang bakal kita beli.
Anda kena ingat, beli rumah bukan macam beli baju. Kalau berkahwin, ada proses merisik atau berkenalan antara dua keluarga dan pasangan pengantin, begitu juga dengan rumah. Artikel ini menerangkan tentang merisik rumah yang bakal anda beli. Ikuti senarai pendek ini untuk kemudahan anda semua.
Senarai ini telah dikongsikan oleh Pensyarah Senibina Uitm serta penulis buku Tips Kewangan Orang Muda & Mudahnya Membeli Rumah, Dr. Azizul Azli Ahmad melalui perkongsiannya di laman sosial media facebook miliknya.
Lawatan lebih dari sekali
Semakin banyak lawatan kita semakin banyak maklumat kita dapat. Datang dan beramah mesra dengan jiran sekitarnya.
Lawatan waktu berbeza
Perhatikan kawasan kediaman tersebut waktu malam, berapa banyak lampu yang terpasang. Parking penuh kenderaan dapat dilihat pada waktu malam.
Lawatan waktu hujan
Kebocoran hanya ada waktu hujan, begitu juga banjir melanda kawasan.
Ads
Tanya jiran, tanya gerai makan
Ini sumber maklumat kawasan, gosip persekitaran mereka pegang dan lebih arif
Pengawal Keselamatan sumber maklumat
Mereka tahu jenayah banyak atau sikit.
Matahari petang jatuh dimana
Untuk memudahkan kita tahu unit kita bakal panas atau jadi sejuk nanti.
Ads
Jangan datang seorang
Rakan kita akan komen benda yang tak kena dari kaca matanya, kita mungkin dah suka gila dan tak nampak kelemahan yang ada.
Tekanan air tinggi
Ada kawasan tekanan air rendah waktu pagi terutama rumah yang tinggi.
Pekerjaan jiran tetangga
Kerja dan pemikiran saling bergantungan, jika kawasan kediaman banyak jururawat. peluang kita kena ngorat itu ada.
Ads
Projek akan datang
Apakah projek akan datang sekitar kediaman itu, jika ada AEON, MRT atau pasaraya boleh jadi ia makin berharga.
Jangan Kagum Rumah Contoh
Lihat juga unit yang kosong juga, kos cantikkan rumah contoh telan banyak biaya sebab itu lawa gila.
Selamat berusaha anak muda, setiap kali datangnya susah. Ada banyak peluang senang terhidang.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Musim cuti sekolah kembali lagi. Kini anak-anak mempunyai lebih banyak masa di rumah, jadi kemungkinan rumah akan semakin sukar untuk dikemaskan. Sebagai mak ayah adakalanya buntu idea dengan aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak-anak ketika cuti sekolah ini. Lagipun, cuti sekolah inilah masa yang paling sesuai untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan setelah masing-masing sibuk dengan aktiviti rutin harian. Jadi anda harus mengisi masa cuti ini dengan mengajar anak anda tentang dekorasi kediaman supaya kekal bersih dan cantik untuk sekeluarga.
Berikut antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama mereka di rumah. Anak-anak pasti lebih seronok dan teruja malah rumah anda akan menjadi lebih cantik.
CAT BILIK TIDUR
Anda boleh melakukan aktiviti mengecat bilik tidur. Musim cuti sekolah pada hujung tahun memberi erti bahawa anak-anak semakin membesar dan meningkat usia. Oleh itu, mungkin kita sebagai ibu bapa boleh mencorak dan mengubah cita rasa mereka dengan cara mengubah keadaan bilik mereka. Mulakan dengan mengecat dinding bilik. Terdapat pelbagai konsep yang sesuai buat bilik tidur anak-anak lelaki ataupun perempuan.
KUMPUL BARANG LAMA
Lakukan aktiviti mengemas dan mengumpulkan barangan lama yang tidak lagi digunakan. Jual barangan lama tersebut di laman sosial anda, mungkin ada yang berminat untuk membeli. Selain dan mengurangkan jumlah barangan yang tidak diperlukan dirumah anda, ia juga boleh dijadikan duit poket untuk anak anda di musim cuti sekolah.
BERKEBUN
Ketika di rumah,boleh juga lakukanlah aktiviti berkebun atau bercucuk tanam bersama anak-anak.Inilah masa untuk mencantikkan halaman dengan pokok bunga-bungaan dan sayur-sayuran.Tanamkanlah rasa cinta anak-anak kepada alam sekitar. Besar manfaatnya andai berbudi kepada tanah!
BANTU KERJA RUMAH
Pada waktu cuti inilah, waktu yang sesuai untuk ajak dan ajar anak-anak melakukan kerja-kerja rumah bersama-sama, seperti menyapu lantai, mengemas rumas, membasuh baju dan sebagainya. Ia juga merupakan latihan kendiri dan latihan kemahiran hidup buat mereka.Tidak lah kekok apabila sudah besar nanti.
DIY
Lakukan aktiviti yang menguji kreativiti anda dan anak-anak dengan menghasilkan kraf atau perabot dengan cara ‘DIY’. Sekarang terdapat banyak video tutorial yang boleh anda rujuk dan ketahui langkah yang betul bagi menghasilkan sesuatu produk. Aktiviti ini pasti menyeronokkan dan memberi kepuasan buat anak anda apabila dapat menghasilkan sesuatu yang cantik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Saluran outlet singki tersumbat, kebiasaanya orang akan cakap guna bahan kimia, garam, air panas dan pelbagai lagi. Tahu kah anda kaedah ini akan menyebabkan keadaan tersebut lebih teruk. Kerana, bahan yang menghalang aliran masih terperangkap di dalam saliran.
Kalau nak panggil plumber atau tukang paip, siap-siapkan sahajalah duitnya. Kalau plumber berlesan, harga boleh cecah RM 200-350. Sebenarnya, tak perlu peralatan rumit dan modal pun nak selesaikan masalah ini. Abang plumber dari youtube chenal Surihati Mr Plumber berkongsi trik mudah atasi masalah saliran singki yang tersumbat paling mudah dengan “0” kos. Jom tonton video yang disediakan
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kenapa kita digalakkan membawa atau menghantar jambangan bunga kepada ahli keluarga atau sahabat handai yang sedang sakit dan dalam kesedihan? Ia lebih dari satu pemberian dan kejutan buat si penerima.
Menurut kajian American Society for Horticulture Science, pemberian jambangan bunga segar memberi kesan terapeutik terhadap kesihatan pesakit yang baru menjalani pembedahan. Dari 90 orang pesakit yang baru menjalani pembedahan appandix di bahagikan di dalam beberapa bilik. Sebahagian di dalam bilik yang di hiasi dengan bunga dan tanaman segar dan yang sebahagiannya tidak.
Hasilnya, pesakit di bilik yang dihiasi dengan tanaman memberi eksan yang sangat positif bukan sahaja lebih cepat sembuh malah dari segi emosi. Kajian tersebut menunjukkan pesakit mempunyai tekanan darah normal seperti orang sihat, jantung yang tabil, rendah skala kadar kesakitan, kurang rasa bimbang dan tidak keletihan serta emosi yang positif.
Penemuan ini menunjukkan, tanaman adalah padanan yang sangat sesai sebagai ” Complementary medicine”. Di samping itu juga, jamabangan bunga yang menjadi sebahagian hisan di dalam kediaman berupaya menagurang kadar tekanan emosi bagi penghuni. Oleh itu, IMPIANA nak galakkan anda jadikan jambangan bunga sebagai salah satu elemen WAJIB di dalam dekorasi dan posisikan ia di ruangan yang mudah dilihat
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.