Laman, adalah satu terapi yang mungkin ramai tidak tahu. Tidak kisah keluasan laman itu sebenarnya, jika tumbuhan hijau yang tersusun rapi dapat menyerlahkan dengan landskap kejur pasti sejuk mata yang memandang. Tahukah anda laman ini sangat la penting. Landskap ini di sebut sebagai lanskap kejur atau hardscape. Jika anda bijak mengenakannya landskap kejur ini, pastinya laman anda akan nampak lebih berseri dan mudah untuk penjagaan.
Konsep sebegini adalah untuk yang agak kurang rajin untuk maintain laman, tetapi inginkan laman yang cantik. Bolehlah lakukan di rumah anda jika anda jatuh hati dengan konsep sebegini.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Macam Ni Rupanya Nak Proses Kulit Telur Jadi Baja, Baru Akar Mudah Serap
Umum tahu, kulit telur kaya dengan kalsium. Kalsium antara elemen atau nutrient penting untuk pastikan tumbesaran sihat tanaman. Tapi ramai tak tahu cara betul proses kulit telur untuk dijadikan baja. Sebab itu, kulit telur yang digunakan pada baja menjadi punca untuk mengundang penyakit pada tanaman jika tak di proses dengan betul.
Ibrisam Wossali berkongsi cara beliau proses kulit telur untuk dijadikan sebagai baja untuk tanaman.
Nak beli biji benih sayuran berkualiti, menjadi tapi murah, boleh beli online dekat sini https://invol.co/cl13dtb
Baca juga: Rahsia Pokok Kantan Tak Putus Berbunga, Kulit Telur Dan Baja Biru
Saya ada buat satu posting berkenaan pokok kantan. Nak suruh pokok rajin berbunga kena selalu beri serbuk kulit telur dan baja bunga. Oleh itu ramai yang bertanya macam mana nak buat serbuk kulit telur tu…. Oklah di sini saya kongsikan cara saya memproses kulit telur menjadi serbuk.
Caranya mudah sahaja :
1. Kulit telur sebaiknya dibasuh terlebih dahulu selepas ambil isinya. Kemudian simpan dalam satu bekas kumpul sehingga banyak.
2. Sehari sebelum memprosesnya, jemur kulit telur sampai kering dan garing. (Tak jemur pun tak apa, boleh terus tumbuk jer 🤣🤣🤣)
3. Saya suka guna bekas besar senang nak tumbuk kulit telur dengasn sekali jalan jer…. (sebab saya malas nk buat keje berulang kali 🤣🤣🤣)
4, Agak-agak dah hancur boleh tapis guna penapis sayur. Tujuannya nak dapatkan serbuk yang halus sikit. Kalau malas, tak perlu tapis dah boleh simpan atau terus guna serbuk tu….
5. Jika tapis, ada baki yang tertinggal tu tumbuk lgi. Ulang sampai habis….
Nota:
* Kulit telur yang tidak di basuh selepas di ambil isinya akan menghasilkan serbuk telur berbau hanyir sedikit dan busuk.
* Kulit telur yang di jemur terlebih dahulu akan lebih senang hancur di tumbuk/blender berbanding yang tak di jemur.
*Serbuk kulit telur yang paling halus/menjadi serbuk lebih cepat kalsiumnya di serap oleh akar pokok.
*Serbuk telur ini amat sesuai untuk semua pokok bunga dan pokok sayur. Tak ada sukatan/masa yang khusus penggunaannya.
* Kulit telur yang tak di hancurkan sekadar di pecah2kan pun boleh terus di letakkan kat pokok. Tapi mengambil masa sedikit utk hancur dan serap ke dlm tanah.
*Selain sbg baja, kulit telur ni juga dpt mengawal kehadiran siput2 perosak tanaman sayur dan pokok bunga…
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Sebalik Pokok Selasih Dandi, Apa Khasiatnya
Nama tempatan adalah pokok selasih dandi, pokok ekor ular, pokok jolok cacing, blue snake weed dan juga blue porter weed. Manakala nama saintifik pula ialah Stachytarpheta jamaicensis. Pokok ini di dalam kelopok famili Verbenaceae
Pokok yang dikatakan berasal dari Amerika Latin, ini banyak dijumpai hidup liar di kawasan semak dan kawasan yang terbiar di negara kita. Karakter pokok yang menarik dan berbunga biru yang terserlah di tangkai bunga muda yang berukuran 4-5 inci itu, sedikit sebanyak memberikan gambaran seperti ‘ekor ular’.
Namun, disebalik morfologinya yang menarik dan nama tempatan yang sangat unik, pokok ni mempunyai dalam khasiat perubatan yang sangat bagus antaranya mampu merawat cirit-birit, luka-luka kecil, bengkak, sakit gigi, merawat dari gigitan haiwan berbisa, bisul juga bertindak sebagai antioksidan yang baik.
Mengikut hasil kajian yang dilakukan secara saintifik dan klinikal, pokok ini juga merupakan salah satu bahan yang digunakan dalam menghasilkan ubat bius.
Pokok yang paling mudah dibiakan melalui biji benih ini, ianya merupakan tanaman saka yang edibel (boleh dimakan) tetapi hendaklah diproses dahulu sebelum digunakan untuk dimakan ataupun dimasak. Ada yang menggunakan daunnya di potong hancur dan kemudian digunakan dalam masakan.
Apapun, kita perlulah mendapakant nasihat dari mereka yang berpengalaman dalam mengendalikan pokok ini dan juga pakar perubatan, sebelum menggunakannya dalam perubatan.
Pokok yang banyak khasiat ini, kita boleh tanam dalam bekas tanaman seperti pasu dan ianya boleh menjadi salah satu elemen hiasan yang menarik untuk laman kita. Selain daripada itu, pokok ini juga sesuai untuk dijadikan pokok pagaran di laman kita.
Dengan keunikan dari segi nilai estetikanya yang ada pada pokok ini dan juga mempunyai fungsi yang menarik, pokok yang dahulunya tumbuh meliar di sekeliling kita, boleh menjadi salah satu pokok hiasan yang cantik di laman kita dan boleh dijadikan sebagai koleksi tanaman yang mesti ada dalam membina taman bertema seperti Taman Herba dan juga Taman Rempah -ratus.
Ini secara tidak langsung dapat memastikan agar tanaman ini tidak pupus pada masa akan datang dan boleh menjadi rujukan kepada generasi muda. Bersama kita menghayati keindahan tanaman yang ada di sekeliling kita.
Rencana Oleh : Muhamad Adli Salihin bin Samsudin @ Abg Edd
Jabatan Pertanian Malaysia
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Pokok Diserang Bena Musim Hujan, Rawat Dengan Air Rebusan Cengkih
Rawat bena dengan rebusan cengkih. Memang banyak bahan dapur yang bermanfaat pada tanaman di kebun. Bagi yang mengamalkan konsep tanaman organik, cara ini yang paling tidak boleh diabaikan.
Menjelang musim hujan, tanaman mudah terancam kepada serangan perosak yang ramai geruni iaitu bena. Hal ini turut dihadapi dan dikongsikan cara penyelesaian mudah oleh Khairulazani Bin Hassan Sabery
Hari tu dah macam putus asa dah dengan pokok cili padi ni kena serangan bena dan parasit yang jenis sedut bendalir pokok tu.
Terima kasih yang bagi petua air semburan rebusan bunga cengkih. Memang menjadi. Sekarang dah berbunga dan berbuah dah
Saya share cara saya buat
Saya ambil segenggam bunga cengkih. Kemudian rebus dengan 1liter air. Rebus dalam tempoh 15 minit ke 20 minit Lagi lama, lagi bagus. Biarkan air rebusan sejuk semalaman. Lepastu esok sembur. saya buat air rebusan ni waktu malam
Sembur lak permulaan 2 kali sehari pagi petang selepas siram pokok. Saya amalkan 2-3 hari berturut-turut je..
selepas itu saya buat seminggu sekali jer dalam 2minggu …ni dah sebulan tak buat dah…alhamdulillah ok…ingat next week nak buat lagi…
P/S sembur secara rata tau…atas bawah depan belakangyg ada bena tu sembur kan
Atasi cabage warm dengan semburan rebusan cengkih
Sebelum ni IMPIANA pernah kongsikan khasiat bayam brazil atau juga dikenali dengan nama bayam sissol. Antaranya awet muda, menguatkan tulang dan pelbagai lagi. Sayuran jenis salad ni, memang sangat mudah untuk ditanam dan cepat membiak. Tapi ada satu masalah yang memang boleh buat semua orang patah hati iaitu ancaman perosak.
Artikel berkaitan: 13 Khasiat Bayam Brazil, Mengekalkan Awet Muda Dan Bagus Untuk Ibu Mengandung
Seperti sayuran berdaun lain, antara serangga yang kerap ancam bayam brazil ni adalah cabbage worm. Kehadirannya memang sukar dikesan kerana ia kecil, warna sama seperti daun dan tak tahu bila waktu serangga ni aktif. Kehadirannya mudah dikesan apabila kelihatan butiran kecil berwarna hitam pada permukaan daun.
Kalau dibiarkan, boleh jadi botak pokok bayam brazil kita. Tapi, Siti Samsiah ada resepi racun organik untuk masalah ulat yang suka makan bayam brazil ni.
BAHAN-BAHAN:
1 sudu kecil bunga cengkih
1 liter air
CARA-CARA:
Rebus semua bahan dengan api sedarhana sampai mendidih. Saringkan air rebusan setelah disejukkan.
Masuk kan air rebusan tadi ke dalam botol semburan. tak perlu tambah air dan semburkan pada keseluruhan tanaman terutamanya pada bahagian bawah daun sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu. Untuk lebih berkesan, boleh buat semburan setiap hari.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI