Pernah atau tidak anda melihat dekorasi ruang dalaman rumah yang bertemakan daripada pelbagai makanan manisan seperti ais krim, donut, gula-gula getah dan sebagainya? Jarang-jarang kan kita dapat melihat dekorasi seperti ini ada di kediaman kenalan keluarga atau pun rakan-rakan di sekeliling kita, betul tak?
Jangan ada yang tidak tahu, sebenarnya ada terdapat sebuah tempat penginapan atau Airbnb dengan dekorasi ruang dalaman yang berkonsepkan daripada pelbagai makanan manisan.
Mesti ramai yang sudah tidak sabar ingin melihat dekorasi ruang dalaman tersebut. Jadi oleh itu, MPIANA mahu kongsikan beberapa keping foto yang memaparkan dekorasi di setiap ruang sudut yang ada bersama anda.
Jika kita dapat lihat, terdapat pelbagai elemen makanan manisan telah dijadikan sebagai pilihan dekorasi ruang dalaman tempat penginapan ini. Antaranya Donut, Ais Krim, Gula-Gula Kapas, Lolipop dan macam-macam lagi.
Bukan sahaja tampak menarik, dekorasi yang telah dihasilkan nyata sememangnya tampak unik dan lain daripada yang lain!
Ads
Untuk maklumat anda, tempat penginapan atau Airbnb ini telah diberi nama dan dikenali sebagai ‘Sweet Party’ ini terletak D’ Pristine Medini By OOOU, Lebuh Medini Utara, Bandar Medini Iskandar Puteri, Johor.
Jadi tunggu apa lagi, jika anda ingin merasai sendiri pengalaman menginap di Airbnb ini boleh membuat tempahan dengan kadar segera!
Sempena hari wanita hari ini, IMPIANA ingin memperkenalkan barisan wanita yang dikagumi dunia ini. Bagi pencinta hiasan dalaman pasti akan mengenali mereka, kerana sentuhan magis mereka dan juga inspirasi mereka cukup mencuri perhatian pemilik.
Hari ini, IMPIANA memberi tumpuan kepada 10 pereka dalaman teratas sepanjang masa. Mereka ini tidak terlepas dari menghasilkan 1001 idea untuk menyempurkan kehendak ramai. Mereka semua adalah wanita hebat dan berkembang maju dalam dunia reka bentuk dan hiasan dalaman. Mari kita mengenali mereka dengan lebih rapat.
Kelly Wearstler
Mungkin salah satu pereka dalaman yang paling didambakan dan terkenal pada zaman kita, Kelly Wearstler merancang bahagian dalaman yang diinginkan oleh semua orang. Signature konsep eklektiknya dipenuhi dengan warna-warna cerah, tekstur dan garisan yang kaya dengan sentuhan magis.
“My aesthetic is about mixology; always something old and something new, raw and refined, masculine and feminine.”
Sussanne Khan
Sussanne Khan adalah salah seorang pereka dalaman paling terkenal di India. Sudah tentu wanita terkenal dalam sejarah reka bentuk dalaman, yang mengagumkan kita semua dengan projek reka bentuk dalamannya yang menakjubkan serta projek peribadinya sendiri, firma reka bentuk The Charcoal Project.
“That’s what an original trendsetter is too — one who is able to absorb from the external factors and make it their own.“
Patricia Urquiola
Dilahirkan di Sepanyol, Patricia Urquiola kini berpusat di Milan. Salah satu pereka dalaman yang paling terkenal pada zaman moden ini, Urquiola kebanyakan terkenal dengan reka bentuk perabot dan projek reka bentuk dalaman komersialnya, yang menggabungkan reka bentuk puitis dan suka bermain dengan elemen pragmatik dan praktikal.
“I always think that the project I’m working on will be the best.”
Jennifer Post
Pereka Reka bentuk Jennifer Post terkenal sebagai representasi dalaman putih, neutral, dan klasik yang tulus. Pereka Amerika ini telah bekerjasama dengan Simon Cowell dan Jennifer Lopez pada masa lalu, mencipta penyelesaian dalaman yang cantik untuk mereka. Bagi projek yang lebih baru, Jennifer Post sedikit melanggar batasannya, dengan menampilkan reka bentuk yang lebih berwarna.
“When a client hires you, they hire you for a reason. They want your look.”
Emily Summers
Emily Summers terkenal dengan hiasan dalamannya yang kontemporari, dengan sentuhan semangat yang hangat, sebagai Architectural Digest dengan baik. Pereka dalaman selalu menggunakan perabot berlapis mewah dengan sentuhan moden untuknya. Di bahagian dalam Emily Summers selalu ada perhatian terhadap perincian dan beberapa sentuhan sentuhan yang melengkapkan ruangan.
“I went to Vienna for my thesis and saw the work of Adolf Loos and Josef Hoffmann, and I became fascinated with architecture and the decorative arts.”
Victoria Hagan
Sekiranya anda mengenali pereka dalaman Victoria Hagan, anda pasti tahu bahawa dia adalah mengenai hiasan dalaman yang elegan. Latar belakang natural dipadankan dengan corak dan tekstur yang kuat yang menambahkan kedalaman reka bentuknya, membuat ruangan yang dicemburui yang kita semua inginkan dapat kita miliki. Hagan juga luar biasa ketika bermain dengan perkadaran, selalu memperhatikan bagaimana mereka akan bermain di penampilan akhir ruangan.
“So much of my work is a mix, and the possibilities are endless. I enjoy the search for the right pieces and the accompanying complications.”
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Mempunyai sebuah laman yang cantik dan indah memberi terapautik. Tapi, bagaimana pula jika tanaman yang dibiakkan diserang serangga perosak? Sebaiknya, sudah pasti kita nak elak menggunakan pencegah serangga yang mengandungi bahan kimia. Pelbagai resepi pencegah serangga perosak yang pernah dikongsikan oleh Impiana. Kalai ni, Impiana nak kongsikan resepi pencegah serangga perosak paling mudah dan wangi yang dikongsikan Kebun Pertanian
Racun organik…100% berkesan. Try la…kulit limau yang masam tu jangan buang,saya guna limau jenis keci-kecil tu yang masam…kumpul dan letak dalam botol..masuk sikit air..pastikan air masak ye..jangan ada klorin…sebab saya pernah guna air ada klorin macam kurang berkesan ..peram lama2, bila dah keluar pati tu masuk sikit je dlm bekas dan campur air..nisbah dia 1 tudung botol pati bersamaan dengan 1000ml air..spray la pokok-pokok ..bena,kulat,karat daun,serangga perosak dll boleh hilang…100% organik..dan bagus utk bg nutrient pada pokok..
Kulit limau adalah bahan yang murah dan mesra alam. Limau manis mengandungi dua bahan utama yang berfungsi menyingkirkan serangga perosak. Ia termasuklah kandungan Limonene yang kebiasaanya terdapat dalam pencegah serangga komersial.
Perangkap siput dari kulit limau
Siput, perosak tanaman diwaktu malam yang aktif. Jika di waktu pagi kelihatan tanaman anda berlubang atau bagi anak benih hilang terus daunnya, ini bermakna tanaamn anda diserang siput. Kebiasaanya tanaman jenis daun lembut seperti sawi, bayam dan salad menjadi habuan perosak ini.
Nak di tangkap atau musnahkan siput perosak ni di siang hari memang sukar, kerana ia akan bersembunyi di dalam tempat yang lembap dan sejuk terutamanya di bawah daunan kering dan tanah. Cara mudah adalah dengan menggunakan kulit limau
sedaiakan satu longgok kulit limau berhampiran tanaman dan biarkan semalaman. Periksa kulit limau tadi keesokkan paginya. Anda akan dapati banyak siput perosak akan berlindung dibawah longgokkan kulit limau tadi dan musnahkan segera. Lakukan kaedah ini beberapa kali untuk melindungi tanaman anda dari seranggan siput secara bio
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bagi pasangan Encik Sofian dan Puan Azura, memiliki kediaman yang berkonsepkan industri memang menjadi idaman. Namun apakan daya, tinggal dikediaman pusaka yang ditinggalkan oleh arwah ayah sambil merawat bonda mempunyai sedikit keterbatasan.
Namun, apabila si ibu sepakat memberi privacy kepada anak membina keluarganya sendiri, ruang hadapan rumah induk yang dulunya menjadi serambi diserahkan kepada si anak. ” Dulunya ruang ini menjadi ruang berkumpul terutamanya jika ada kenduri. Dari ruang serambi yang luas, kami bahagikan ia menjadi tiga buah bilik bersama ruang tamu,” jelas pemilik memulakan bicara.
INFO DAPUR Nama Pemilik: Encik Sofian & Puan Azura Jenis Kediaman: Rumah kampung Konsep Dapur: Industrial Lokasi: Port Disckson
Tidak lengkap sebuah kediaman itu tanpa jantungnya iaitu ruang dapur. Memandangkan ruang serambi telah dipenuhi dengan bilik tidur dan ruang tamu, pemilik mengambil keputusan untuk membina struktur baru yang dijadikan sebagai dapur, bilik air, dan ruang simpanan.
“Memandangkan saya suka mengumpul barangan antik dan isteri pula gemar akan konsep industri, kedua-duanya sangat sepadan. Jadi, saya mengambil keputusan untuk membina struktur dapur ini dari batu bata dan kemasan cement render,” terang pemilik.
Struktur kayu asal dari serambi masih dikekalkan bagi menjadikan ia sebagai salah satu titik tumpu yang unik di ruang dapur ini. Lebih berseri dan memberi impak yang menyeluruh, lakaran air tangan si isteri yang berkonsepkan tropika di lakar indah pada fasad kayu serambi.
Lantai ruang makan ini tidak di beri kemasan cementrender kerana ia sukar dijaga tambahan kurang selesa untuk dipijiak. Oleh itu, pemilik lebih yakin dengan pemilihan jubin yang mempunyai corak cement render. Ia mengurangkan beban si isteri untuk melakukan penyelengaraan. Mudah dilap dan disapu
“Berbeza dengan breakfast counter, saya lebih selesa memilih kemasan jubin untuk ruang yang digunakan secara lasak. Ini disebabkan permukaan cement render ini agak sensitif dan sukar untuk dijaga. Jika digunakan secara lasak dan kerap, mudah retak. Apabila berlaku retakkan walaupun kecil, kotoran mudah melekat dan sukar untuk di cuci,” perinci pemilik memahami risiko penggunaan kemasan cement render sebagai counter top.
Selain penggunaan kaunter sarapan sebagai pemisah penggunaan ruang, pemilik turut memadankan jubin bercorak geomatrik pada lantai. Ia bukan sahaja menjadi pemisah secara visual malah memberi percikan rona menceriakan dapur yang ratanya didominasi rona kelabu.
Keseluruhan struktur kabinet dapur menggunkan kayu keras dan diberi kemasan laminate fomica. Tidak mahu terlalu padat, hanya satu ruang dinding sahaja di sediakan kabinet dapur bahagian atas. Ia dibina penuh hingga ke siling bagi mengelak menjadi perangkap habuk. Tampil lebih kemas, pintu kabinet menggunkan sistem concealed finger pull untuk dibuka.
Menyerlahkan lagi konsep industri yang di bawa, Pemilik memilih padanan kaki lampu dan kipas rona hitam. Tidak cukup itu sahaja, pendawaian yang dibuat turut menggunakan paip PVC yang di cat dengan rona hitam mate bagi mengurangkan kos untuk membeli paip besi.
” Tidak mudah untuk menghasilkan rekaan industri ini. Jika tidak kena dengan orang yang mahir, hasilnya akan mengecewakan. Bukan sahaja untuk membentuk permukaan cement render yang cantik malah batu bata yang diikat perlukan kepakaran yang tinggi. Nasihat saya, sebelum melakukan sebarang pembinaan dekorasi berkonsepkan industri ini, pastikan kontraktor yang dilantik mempunyai kepakaran dan teliti dalam menghasilkan sesuatu hasil kerja,” pesan pemilik kepada pembaca Impiana.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.