Penutup Botol Jadi Table Mat Comel Untuk Anak-anak

Share

Menyahut cabaran 3R (reuse, reduce, recycle) seorang ibu kreatif berkongsi aktiviti cuti sekolah bersama anak nya untuk membuat table mat 

daripada penutup botol. Segalanya bermula apabila, setiap kali menyapu si ibu berjaya mengumpulkan penutup botol yang ditinggalkan oleh anak-anak. 

Sapu belakang sofa jumpa tutup botol, sapu bawah kabinet tv jumpa lagi, selak langsir pun jumpa lagi tutup botol. Asal balik sekolah bawak botol air asal bawak botol air dia orang sekolah.. Cehh. Mehlah kumpul bebanyak tutup botol plastik ni. Dah cukup memberangsangkan kita pi cantum depa jadi pengalas (guna gam kuat naa). Projek kitar semula cuti sekolah ni.

Sape nak cuba??? Aktiviti cuti sekolah dengan anak anak riang. Sesuai untuk anak-anak umur 3 tahun hingga 12 tahun. Mak budak ayah budak pun boleh je isi masa lapang.

CARANYA: Susun penutup botol mengikut kreativiti anda dan lekat dengan menggunakan gam panas (hot glue). Terlebih rajin, buat lubang di bahagian cantuman dan ikat menggunakan dawai.  

Sumber: Cik anor nurwati 

Published by
Impiana