Limau atau nama botani Citrus adalah sejenis limau yang sangat digemari di negara ini untuk kegunaan sebagai air minuman dan juga untuk dicampur dalam masakan. Buahnya kecil dan bulat, berukuran 2.5cm – 5 cm garis pusat. Kulitnya berkilat dan licin dan isinya berwarna hijau kekuningan, berair tetapi masam. Pokoknya pula adalah lebih kurang 5 m tinggi.

Tanaman limau  sesuai ditanam pada iklim panas dan lembap. Manakala ia sesuai ditanam pada tanah jenis lom berpasir. Limau senang dibiakkan melalui biji tetapi biasanya ia dibiak secara tampang iaitu secara tut. Jika dibiak secara ini pokok-pokok mengeluarkan buah lebih awal. Jarak tanaman yang dilakukan ialah 6m x 6m diladang.

Penyiraman boleh dibuat 1-2 kali sehari selama 2-3 bulan pertama. Selain daripada itu, pembajaan juga dilakukan dengan menggunakan baja organan seperti tahi lembu. Sebanyak 30- 40kg/pokok setahun boleh digunakan bagi peringkat tumbesaran (umur pokok 1-3 tahun) dan 40-60 kg/pokok setahun selepas pokok-pokok mula berbuah. Cantasan perlu dilakukan bagi membuang tunas air dan menggalakkan pengudaraan yang baik.

Bagi pokok-pokok muda, kerja-kerja merumput hendaklah dilakukan dengan mencabut atau menggunakan cangkul dikeliling pokok. Bila pokok sudah cukup besar dan matang, kawalan rumpai secara kimia boleh dijalankan dengan menggunakan racun rumpai.

Pokok mula berbuah antara umur 2-3 tahun iaitu bagi pokok-pokok yang ditanam dari anak tut. Hasil antara 20-25 kg/pokok setahun boleh diperolehi. Jangkamasa ekonomi bagi pokok yang ditanam dari anak tut adalah dalam lingkungan 10 tahun.

Ads

Masalah tanaman limau purut

Serangan serangga oleh:
• Aphids (serang tunas baru dan pucuk muda akan menjadi cacat dan berkerinting dan menyebabkan pertumbuhan terbantut)
• Thrips(menghisap cecair daun, pucuk dan bunga menyebabkan tunas daun hitam, kering dan gugur lalu pertumbuhan terbantut)
• Hamama (menghisap cecair dari tangkai, daun dan buah lalu menjadi tompok kuning)
• Lalat Buah(Bactocera spp)
• Psylids (Diaphorina citri) merupakan vektor penyakit greening limau

Cara Atasi Penyakit Yang Kerap Mengancam Pokok Limau Kasturi

Ads

Cara Atasi Penyakit Yang Kerap Mengancam Pokok Limau Kasturi

Cara Atasi Penyakit Yang Kerap Mengancam Pokok Limau Kasturi

Ads

Kawalan:
1. Kutip serangga perosak jika dijumpai pada pokok yang ditanam dan musnahkannya.
2. Semburan racun perosak jenis sistemik bagi sesetengah serangan perosak digalakkan dengan penggunaan dan cara yang betul.

Serangan penyakit:
Citrus Greening Disease(CDG) (Liberobacter asiaticum) menghisap cecair daun terutama daun muda
Penyakit Keruping (Elsinoe fawcetti)
Virus Tristeza
Phythopthora (Phyrthopthora spp)

Kawalan:
• Kawalan kultura seperti pengudaraan yang sempurna dan pengairan yang baik
• Cantas ranting yang menunjukkan tanda penyakit dan rawat bahagian yang dicantas dengan racun kulat yang sesuai

Sumber: http://myagri.com.my

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI