Dekorasi

Penyewa Sanggup Bayar MAHAL, Bila Rumah Ada 4 Perkara Ini

Share

Penyewa Sanggup Bayar MAHAL, Bila Rumah Ada 4 Perkara Ini. Memiliki rumah untuk disewakan mampu menjadi pendapatan pasif buat pemilik kediaman. Namun demikian, ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan supaya rumah yang ingin disewakan mempunyai nilai tambah dan mampu mendapat pulangan sewa yang berpatutan serta lumayan.

Selain lokasi rumah yang strategik, ada beberapa perkara yang membuatkan penyewa ‘tak berkira’ dan sanggup membayar mahal.

Perkongsian daripada Perunding Hartanah Firdaus Zainal ini boleh dijadikan panduan.

Rahsia yang saya pakai hingga penyewa sanggup bayar RM1000 untuk duduk 1 bilik.
Nak sewakan rumah bukannya mudah. Lebih-lebih lagi dalam kondo kita sahaja ada beratus-ratus tuan rumah yang beli rumah mereka untuk di sewakan.

Kadang korang mesti pelik, kawasan rumah dah strategik dah. Nampak macam ada potensi untuk letak harga mahal. Tapi nak dapatkan orang bayar rm1200 untuk rumah pun susah. Apa tah lagi untuk bayar rm1000 untuk dapat bilik sahaja.

Ini saya share 4 tips yang korang boleh guna pakai supaya penyewa sanggup bayar mahal:

1🔺INTERNET

– Sediakan internet wifi dekat dalam rumah. Zaman sekarang internet dah jadi benda paling wajib kena ada. Tapi, pastikan lah internet tu laju, jangan slow macam kura-kura pulak.

2🔺FULLY FURNISHED

– Sekarang semua benda orang nak mudah. Pindah masuk rumah pun orang nak mudah. Bila kita dah sediakan rumah fully furnished, tak adalah menyusahkan penyewa nak kena beli wardrobe, beli katil, beli tilam, dan sebagainya.

3🔺DESIGN

– Bila nak hias rumah, pastikan design dalam rumah dan bilik adalah design yang moden. Bukan design yang asal boleh ataupun bermacam-macam warna dekat dinding, sampai pening penyewa tengok. Bak kata omputeh, “less is more”.

4🔺WASHING MACHINE

– Bila ada washing machine dekat rumah, tak ada lah menyusahkan penyewa untuk pergi ke dobi dan habiskan duit. Dekat situ pun dah banyak jimat duit diorang kan. Kalau ada dryer, lagi bonus untuk rumah korang.

Saya pakai 4 elemen ni je dalam rumah sewa saya.

Dan memang result yang saya dapat memang memberangsangkan dan membanyakkan duit rental saya. Hehe

Saya tak paksa untuk korang ikut tips saya ni. Tapi kalau ikut, saya pasti korang boleh naikkan harga bilik dan penyewa pun sangat happy untuk bayar lebih.

Nota premium:
Bila dah buat design premium dan cantik-cantik ni susah jugak ye. Saya ingatkan lepas penyewa habis kontrak, boleh lah saya tengok muka penyewa yang baru. Rupanya sampai ke sudah muka sama sebab penyewa asyik nak sambung kontrak je. Haha!

Info Ektsra!

1. Pastikan ‘fully furnished’ namun mengikut kesesuaian penghuni di dalam rumah sewa. Sebagai contoh penghuni 5-6 orang, jangan beli peti sejuk 1 pintu. Mudahkan penyewa, jangan beli mesin basuh manual sebaliknya beli mesin basuh automatik.

2. Boleh tambah ‘Monthly Cleaning’. Sebagai contoh harga sewa termasuk cuci bilik air dan dapur sebulan sekali. Selain memudahkan penyewa, malah rumah yang disewakan juga terjaga bersih.

Semoga Bermanfaat!

Mesti Baca: 6 Trik Rumah Sewa Tetap Cantik Macam Rumah Sendiri
Baca Lagi Di Sini: Rumah Sewa Macam Longgokan Sampah. Para Penyewa Sila ‘Take Note’!
Artikel Menarik: Penyewa ‘Mekap’ Rumah Sewa Bagi Nampak Elok, Barulah Tak Sakit Mata Memandang

IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat bagi pemilik kediaman yang ingin menaik tambah nilai rumah yang ingin disewakan.

Sumber: Firdaus Zainal

Published by
Suhaidah Wahab