Beruntung bagi pemilik kediaman yang mendapat penyewa bertanggungjawab dan menjaga rumah seperti milik mereka sendiri.
Namun, ada segelintir daripada penyewa ini yang bersikap sambil lewa malah ada yang tergamak menanam bayi sendiri di parking rumah sewa berkenaan.
Semalam, gempar apabila ada laporan berita mengenai penemuan mayat bayi yang ditanam di parkir berlantai simen sebuah rumah teres. Kejadian menyayat hati ini berlaku di Taman Sri Rokam, Ipoh, Perak.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, mayat bayi tersebut adalah perempuan dan dilahirkan tidak cukup bulan.
Dia juga menambah, berdasarkan keterangan pakar patologi, bayi itu lahir ketika kandungan berusia tujuh bulan dan siasatan tidak menemukan sebarang kecederaan.
Mayat bayi dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) petang tadi dan bedah siasat akan dilakukan jam 9 pagi esok.
Berdasarkan keterangan pemilik rumah tersebut, kali terakhir kediaman itu dihuni adalah oleh wanita warga Indonesia. Namun, dia telah melarikan diri sejak sebulan yang lalu.
IMPIANA : Pengajaran buat tuan dan pemilik kediaman, hati-hati apabila menyewakan rumah kepada penyewa. Selidik latar belakang penyewa dahulu.
Mesti Baca:5 Kesilapan Besar Yang Wajib Anda Jauhi Ketika Mengubahsuai Rumah
Baca Lagi Di Sini:Ubahsuai Rumah Flat 30 Tahun Dengan Sentuhan Kontemporari Dan Tropikal Ini menarik!
Artikel Menarik:Sebelum Pindah Masuk Atau Ubahsuai Rumah Baru, Wajib Periksa 10 “Defect” Ni Dulu
Sumber: BH Online