Perabot Aksesori Diperbuat Dari Simen Mampu Sejukkan Suhu Kediaman Anda!

Share

Seni penataan berasaskan konkrit atau simen mempunyai tafsiran dan keindahan tersendiri yang mampu mewujudkan persekitaran segar dekorasi. Secara asasnya digunakan untuk menggantikan kayu untuk mendirikan kediaman, namun kini fungsi dan rekaannya dipelbagaikan dari binaan, rekaan perabot sehinggalah aksesori perhiasan kediaman.

Konkrit yang diadun daripada simen bersama air dan kemudian digaul menjadi seperti doh kini digunakan bahan elternatif bagi proses pembuatan perabot serta perkakasan kreatif. Kelebihan yang terdapat pada konkrit terletak pada ketahanan. Ia juga mampu mengekalakan imej moden klasik yang boleh digayakan bagi penataan formal dan tidak formal dalam sesebuah dekorasi. Jika dulu kita dapat lihat bahawa simen konkrit ini banyak digunakan untuk menghasilkan bangku mahupun taman mini di luar kediaman. Ada juga yang membentuk menjadi tumbuhan seperti cendawan, titi kecil serta kolam ikan.

Penggunaannya kini lebih meluas apabila ada pereka seni dekorasi yang menghasilkan pasu kecil untuk pokok kaktus, lampu perhiasan, kabinet, sinki dan macam-macam lagi. Anda tidak perlu berbelanja besar, luangkan sedikit masa dan gunakan kreativiti anda untuk menghasilkan aksesori daripada bahan binaan ini. Hasilnya bukan sahaja berbeza, unik tetapi juga dapat menyerlahkan konsep dekorasi rustik dan industrial yang ingin anda tonjolakan di dalam kediaman.

TIP IMPIANA

  • Usah gentar untuk mengekalkan warna asa konkrit pada kediaman anda kerana ia akan menyerlahkan keunikkan serta mempunyai tarikan tersendiri. Gabungan elemen konkrit dan tumbuhan hijau apada sesebuah kediaman mampu memberi impak natural dan segar.
  • Produk yang berasaskan konkrit init sememangnya mempunyai isipadu sangat berat dan kedudukan kekal. Maka anda perlu merancang dahulu sebelum mengenakan elemen ini pada dekorasi kediaman.

SONY DSC
Published by
Impiana