Perabot Kayu Menjadi Buruk Setelah DiCat! Ikuti Teknik yang Betul Ini. “Baru-baru ini saya mengecat sebuah almari kayu lama bagi kelihatan lebih menarik. Namun hasilnya tidak begitu memberangsangkan, ia semakin kelihatan seperti perabot murah. Terdapat kesan cat yang tidak begitu kemas, bagaimanakah cara sebenar bagi mengecat perabot jenis kayu?”- Pembaca IMPIANAPernah tak anda mengalami situasi seperti ini? Niat asal hendak cantikkan perabot lama tapi hasilnya amat mengecewakan. Jadi, jika anda ingin mengelak daripada situasi ini, Anda harus mengetahui langkah yang betul. Kita berfokus kepada perabot jenis kayu. Sekiranya anda mempunyai struktur kayu di laman seperti gazebo, dek kayu, perabot, pagar kayu dan sebagainya, anda wajib membuat rawatan kayu dalam tempoh dua atau tiga tahun sekali. Bagi proses seperti merawat perabot kayu kesayangan, anda harus mengetahui beberapa tip dan info mengenainya. IMPIANA berkongsi kepada anda bagaimana struktur yang kelihatan usang boleh kembali baru dengan teknik mengecat yang betul. - Pemilihan jenis cat haruslah bersesuaian untuk kayu. Cat jenis ini kebanyakan tidak mengeluarkan bau seperti cat yang lain. Bahan asasnya iaitu air memudahkan anda untuk tidak menggunakan terpeting.
- Sebelum proses mengecat, anda harus gosok dahulu permukaan perabot dengan kertas pasir halus supaya tiada sebarang kotoran. Permukaan yang bebas daripada kotoran memudahkan proses mengecat dan lapisan cat dapat melekat dengan baik pada perabot. Lap permukaan dengan kain basah bagi meresap debu dan biarkan mengering.
- Gunakan berus sebagai medium sapuan. Sebaiknya sapuan tersebut mestilah dua atau tiga lapisan kerana andai hanya sekali sapuan maka ia kurang berkesan dalam memberi perlindungan pada permukaan perabot.
- Cat permukaan yang telah disapu dengan primer kayu atau primer serbaguna ( gunakan primer serbaguna jika anda ingin mengecat pada permukaan cat lama).
- Biarkan kering sepenuhnya lalu gosok sekali lagi menggunakan kertas pasir yang halus secara perlahan dan bersihkan debu dengan kain basah.
BACA: Guna 2 Bahan Dapur Ini Untuk Polish Perabot Kayu Dengan Mudah