Sepintas lalu, ia cuma kelihatan seperti habuk atau debu, dan tidak susah untuk dibersihkan. Lap sahaja dengan kain lembab dan ia akan dengan mudah hilang. Tetapi, selepas beberapa hari ia akan muncul kembali. Degilnya. Jika perkara ini berlaku, kemungkinan besar ia adalah kulat yang menyerang perabot dirumah anda!

Sekiranya anda tinggal di kawasan kelembapan tinggi, seperti di tepi sungai atau hutan, mungkin peratusan perabot anda diserang lebih tinggi, jadi apakah penyelesaiannya?

KENALPASTI KULAT PADA PERABOT

i. Tompok-tompok, pada lokasi yang rawak. Terdapat pelbagai spesis, maka warnanya tidak konsisten. Biasanya jika pada kayu putih, kelihatan tompok hitam, dan pada kayu hitam kelihatan tompok putih atau pun hijau
ii. Bau seperti tanah

Melalui posting di Facebook beliau, Puan Huda Zainal ada kongsikan bagaimana nak hilangkan kulat pada perabot untuk jangka masa yang lama. Tidak perlu lagi lap perabot setiap hari, dengan petua ini, selepas sebulan pun perabot masih bebas kulat! Mari kita semak.

Side table ni daripada mula beli masalah dia naik kulat dan kulapuk bahagian bawah. Bila dah bersihkan, bolehlah bertahan 3 hari. Lepas tu naik balik tompok-tompok kuning tu.

Dah cuba macam-maca cara. Dah cuba guna brand D, minyak baby, minyak zaiton, cuka semua tak menjalan. 3 hari akan naik balik kulapuk.

Bayangkan selama 10 tahun jadi member Amway, memang guna Pursue ni. Cuma guna untuk toilet je. Hujung tahun lepas baru tergerak hati nak baca tulisan halus belakang botol.

IKLAN

Oh rupanya, sesuai untuk guna dekat bahagian yang naik kulat dan kulapok. Plus, guna Pursue ni tak perlu sental atau tonyoh pun. Lap guna kain micro fibre je. Terus bersih.

Hari ni dah masuk hari yang ke-10. Serious bersih lagi. Kulat, kulapuk, tompok kuning semua tak naik. Masih suci bersih.

CARA MEMBERSIHKAN KULAT/KULAPAK ;

 

1. Bancuh pursue. Kalau guna spray botol Amway Home, masukkan air sampai aras 9/1.

2. Masukkan Pursue sampai tanda 500ml. (Ada bahagian tepi botol)

3. Kalau tak ada botol Amway Home, ambil air 500ml. Campurkan dengan separuh penutup Pursue.

4. Spray dekat bahagian kulat atau kulapuk atau kotoran yang menyakitkan mata memandang.

5. Biarkan sekejap dalam 10 minit. Fungsi biarkan sekejap ni supaya Pursue buat kerja. Tak perlulah kita nak menyental.

6. Lepas tu, lap dengan kain microfibre lembap. Memang tak payah nak sental. Senang kerja.

7. Lap sampai semua bersih.

8. Tak perlu bilas ye.

9. Dah bersih semua, spray lagi sekali. Biarkan kering sendiri.

10. Boleh deco dah