Tidak dinafikan dalam bahagian ruang rumah, meja makan memainkan peranan penting dalam membentuk sesebuah keluarga yang harmoni dan berjaya. Jangan pandang remeh, ia hanya sekadar tempat menikmati makanan & minuman, malahan fungsinya sebenarnya lebih daripada itu. Ada sebabnya meja makan ini layak dijadikan ‘pusat pentadbiran’ dalam setiap rumah.
Jemput baca perkongsian ilmu yang bermanfaat daripada Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan ini, semoga menjadi panduan buat mak ayah dalam membina keluarga.
Berikut antara perkongsiannya;
MEJA MAKAN
Ni meja makan di rumah saya. Anda lihat susun atur atas meja tu. Pinggan plastik dan cawan plastik itu anak saya yang berumur 2 tahun yang susun.
Dulu, Ibubapa saya latih kami adik-beradik beberapa perkara.
1. Tempat Wajib Berkumpul
Bila tiba masa makan, tak kiralah kami lapar atau tidak, dah makan atau belum, kami kena berkumpul di meja makan di dapur. Pada hari minggu, minum petang dan makan malam adalah waktu wajib berkumpul. Pada hujung minggu, semua waktu makan adalah waktu wajib berkumpul.
2. Laporan Harian
Masa makan, adalah masa beri laporan harian. Belajar apa di sekolah, makan apa di sekolah, tonton kartun apa petang tadi, keputusan peperiksaan, dan sebagainya. Masa itu jugalah nak sampaikan pesan apa-apa. Cikgu suruh bawa kertas warna, tarikh mesyuarat PIBG, dan lain-lain.
3. Makan Apa Yang Dihidangkan
Apa sahaja yang dihidangkan, kami kena makan. Tak ada istilah, kalau lauk tu saya tak suka, saya akan dapat lauk gantian (contoh:telur goreng). Jangan berangan. Kalau kami keluar makan pula, kami selalunya akan order makan hidang, jarang ala-carte. Jika order ala carte, kami order makanan lain-lain, tapi pasti kami kongsi supaya semua orang dapat rasa.
Ads
Nampak macam ibubapa saya rigid, tapi sebenarnya ada banyak kebaikan dalam amalan yang mereka budayakan ini.
Kebaikan Amalan Ini;
[0] Adik beradik saya, semuanya jadi doktor(seorang masih pelajar perubatan).
[1] Jimat masa dan tenaga. Semua orang makan serentak, jadi perlu makanan hidang sekali dan cuci pinggan mangkuk juga sekali harung.
Di samping itu, waktu makan juga jadi teratur. Ini baik untuk kesihatan tubuh badan.
[2] Ada masa bersosial yang tetap. Aktiviti dan peristiwa harian dilaporkan kepada ibubapa setiap hari. Kerana laporan-laporan ini, ibubapa saya kenal hampir semua kawan-kawan saya dan adik-adik saya. Kami juga sentiasa sepakat dalam membuat keputusan.
[3] Adik-beradik saya tiada yang cerewet bab makan. Kami makan semua aneka lauk-pauk, kuih-muih, buah-buahan, sayur-sayuran, asalkan halal. Ketika anak saya berumur 6 bulan, ibubapa saya dah ajar anak saya rasa(bukan makan) makanan harian yang kami makan. Hasilnya, kini anak saya tak cerewet sangat bab makan. Peria pun dia makan.
Ads
Selain itu,
[4] Anak saya membesar lihat atok nenek dia, pakcik makcik dia, ibubapa dia makan pakai tangan dan pakai sudu garfu, jadi pada umur dia 1 tahun, dia dah mula belajar gunakan peralatan. Kawalan motor halus mula dilatih pada usia itu.
Umur dia 2 tahun, dia dah pandai pegang pensel dengan cara yang betul(macam orang dewasa pegang). Saya tak ajar bagaimana nak pegang, saya cuma perlihat macam mana saya pegang pensel.
[5] Pada umur 2 tahun setengah, anak saya dah tahu meja makan adalah tempat untuk berkumpul. Dia tahu bagaimana nak susun atur pinggan dan cawan di atas meja. Setiap hari, jam 10 pm, bila saya balik dari pada kerja. Anak saya akan teman aku makan malam. Tak kiralah dia dah makan ke belum, dia akan makan bersama, atau teman saya makan.
[6] Saya ada pembantu rumah. Selepas makan, pembantu rumah akan kemas meja. Jadi, selepas makan, anak saya akan ambil tisu dan lap meja. Kalau makan di luar pun, selepas makan, dia nak lap meja. Dia lap tak bersih pun. Yang penting dia faham konsepnya.
Pada saya, dalam setiap rumah, meja makan adalah pusat pentadbirannya. Di situlah, rezeki dinikmati. Disitulah diskusi dan perbincangan di lakukan. Disitu jugalah, budaya, disiplin dan sahsiah dibentuk.
Ads
Oleh itu, pastikan meja makan di rumah anda sentiasa kemas, bersih dan teratur. Semoga kita semua sukses!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Aktivis Meja Makan
Nota: Jika tiada meja makan, gantikan dengan tikar. Sama sahaja mujarabnya.
Di Bumi kita duduki sekarang ini, ada 70& air lautan dan selebihnya adalah tanah, pokok, gunung, dan lain-lain lagi. Akan tetapi, hanya 1% daripada air di planet ini boleh digunakan untuk minum, memasak, membersihkan dan menyiram tumbuhan. Bakinya ialah air masin laut dan ais dari kutub utara dan selatan. Oleh kerana itu, apabila populasi manusia bertambah, semakin ramai individu berusaha untuk menggunakan sumber yang terhad ini.
Akibatnya, mengurangkan penggunaan air adalah penting untuk mengekalkan keseimbangan alam sekitar dan keselesaan manusia. Malah mengurangkan penggunaan air boleh mengurangkan kos bulanan pembersihan air yang dilihat dalam bil air. Jadi, saya ingin memberitahu dan menasihat anda, kita seharusnya jimat dalam penggunaan air di rumah. Maka dengan itu, saya akan memberi cara-cara itu berjimat dalam penggunaan air.
Pertama sekali adalah, membasuh pinggan, mangkuk atau segala peralatan makanan dalam satu baldi. Membasuh menggunakan satu baldi yang penuh air pun sudah mencukupi sahaja kerana peralatan makanan ini, tidak susah sangat pun untuk membasuhnya. Kedua, mengambil air hujan yang telah ditadah pada waktu hujan, digunakan untuk menyiram pokok dalam rumah, membasuh kereta ataupun menggunakannya untuk mandi. Ketiga, kurangkang masa memandi. Ada sesetengah orang melayu kita ni, suka nak mandi lama-lama lepas itu, menyanyi dalam tandas itu. Itu yang menyebabkan lama sangat mandi dan air pun membazir. Bila dah bazir, mula lah bil air naik mendadak. Ke-empat, dan yang terakhir adalah jika anda suka menanam pokok di rumah, lagi bagus jika menanamnya, berdekatan dengan tempat air hujan sering turun. Dari situ, kita dah boleh menjimat air untuk menyiram pokok menggunakan air biasa.
Baiklah, itu sahaja tips-tips yang saya boleh berikan untuk menjimatkan penggunaan air di rumah. Selepas ini, berjimat cermatlah dalam penggunaan air. Bukan sahaja di rumah, di mana-mana sahaja.
Cuaca mungkin boleh berubah-ubah, tetapi warna hijau sentiasa menjadi salah satu pilihan popular apabila tiba masa untuk mendekorasi semula kediaman. Warna yang sinonim dengan alam semulajadi ini merupakan simbol pertumbuhan, keharmonian, kesegaran, dan kesuburan. Dari sudut hiasan dalaman, warna hijau sentiasa boleh diguna pakai tidak kira apa gaya dan bajet anda. Bermacam pecahan warna hijau yang kita pernah dengari contohnya, hijau pucuk pisang, hijau zaitun serta hijau lumut. Dengan pilihan yang luas ini anda hanya tinggal pilih mana satu yang sesuai dengan ruangan anda. Satu fakta menarik, mata manusia boleh membezakan warna hijau lebih banyak berbanding warna-warna yang lain. Hebat kan?
Walaupun begitu, janganlah terlalu ghairah menghias dengan warna hijau tanpa meletakkan sebarang limitasi kerana jika keterlaluan sakit juga mata nak melihatnya. Jadi jika anda sedang memikirkan bagaimana untuk menghiasi kediaman dengan warna hijau, anda telah datang ke tempat yang betul. Sudahkah anda bersedia untuk membawa makna baru pada kediaman dengan idea-idea reka bentuk menarik digabungkan bersama warna hijau yang menawan.
MENGAPA PILIH WARNA HIJAU?
Hijau adalah warna yang paling sesuai untuk dibawa ‘masuk’ ke dalam rumah kerana ia adalah warna yang melambangkan keseimbangan dan keharmonian. Ia juga warna yang memberi tenaga dan menjanjikan pembaharuan. Untuk benar-benar menikmati kesan positif warna hijau ini pada interior anda, pilihlah warna hijau yang bersesuaian dengan mood yang ingin dikecapi.
RUANG TAMU
Cukup hanya dengan memfokuskan kesebuah perabot kerana dalam ruangan ini ia mampu menjadi tumpuan dan juga sebagai focal point ruang tamu. Biarkan dinding polos tetapi berkarakter bagi mendapatkan latar belakang yang sempurna. Lengkapkan gaya ruang tamu dengan memilih aksesori seperti pasu dan tumbuhan botani agar lebih menyerlah dan nyaman.
RUANG MAKAN
Langsir hijau digantung buat penambah seri ruang makan yang dipenuhi warna-warna neutral kayu. Tumbuhan hijau dalam vase kaca yang polos diletakkan diatas meja sebagai aksesori tambahan.
DAPUR
Dua rona hijau digabungkan pada kabinet dan dinding dapur. Aksesori dan kemasan putih buatkan dapur nampak lebih rapi serta menjamin kesegaran yang mampu bertahan seiring trend semasa.
Kabinet hijau dengan counter top putih amat sepadan digandingkan dengan pemegang berwarna emas. Selain itu karpet oriental vintaj dihamparkan memberikan lebih tekstur pada dapur anda.
BILIK TIDUR
Bilik tidur memerlukan aura yang menenangkan serta nyaman dan ia memang mudah untuk dicapai sekiranya anda mengambil kira penggunaan warna hijau. Kepala katil hijau baldu ini di neutral kan dengan meja sisi kayu dan pasu berbelang hitam putih.
BILIK MANDI
Umumnya, tandas atau bilik mandi adalah tempat yang terkecil dalam keseluruhan rumah. Jadi ia merupakan ruang yang paling sesuai buat anda yang ingin bereksperimentasi dengan warna. Warna hijau digabungkan dengan dinding bata merah dibiar kasar agar tampak jelas kontras antara dua permukaan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Mop dengan menggunakan air panas rupanya kotoran cepat hilang, lantai licin berkilat dan tak berbau! Bukan apa jika selalu kita mop menggunakan air biasa, boleh cuba guna air panas pula dan campurkan dengan cuka dan pencuci lantai seperti biasa.
Ini tip dan pengalaman mop lantai licin berkilta yang dikongsikan oleh UMe Cikin ini sebagai panduan.
Sedikit tips untuk lantai licin berkilat lepas mop, Aku punya style. Korang punya style, entahlah mana Aku tahu.
Masa mop, gunakan air panas+ sedikit cuka+ cecair pencuci lantai macam Ajax (tapi kalau taknak letak pon takpe). Air panas tu yang betul-betul panas tau. Lepastu moplah macam biasa and dah siap. Tak perlu bilas.
Tak sampai 5 minit lantai dah kering, sebab kita mop guna air panas.
Cuka tu pulak untuk kilatkan lantai, itu Aku terbaca dekat FB lah dulu. Bila Aku try memang betul lantai kilat. Nak guna soda bikarbonat pon boleh, tapi tak boleh letak banyak-banyak. Nanti bila ko pijak lantai dengan kaki basah, lantai rasa licin walaupon lantai tu kering.
Bila mop guna air panas, lagi senang kerja ko sebab kotoran cepat hilang.
Lagi satu, kalau mop guna air panas ni lantai tak berbau bila dah kering. Aku tak tahulah orang lain pernah kena ke tak, tapi Aku dulu kalau mop guna air biasa lepas kering mesti ada satu bau hanyir.
IMPIANA:Menarik juga tip mop lantai guna air panas dan cuka ni. Lantai elok licin berkilat, cepat hilangkan kotoran dan paling penting tak lagi berbau.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.