Selain daripada itu, ada beberapa faktor yang juga wajib anda lihat. Terutamanya dari segi kondisi kediaman. Kalau tak dilihat, kelak dah beli baru lah tahu macam-macam masalah. Masa tu lah baru nak menyesal. Sebab tu pentingnya Pemeriksaan Hartanah (Site Viewing). Kalau anda kurang pasti, boleh ajak orang yang mahir untuk tengok sekali.
Pemerhatian anda terhadap kediaman bukan sekadar menjamin hak anda sebagai bakal pemilik, malah ciri-ciri ini juga yang akan menyebabkan ANDA BERHAK MENUNTUT DISKAUN ATAU POTONGAN HARGA daripada pemilik. Antara perkara yang perlu anda perhatikan adalah:
Dalaman Rumah
1. Periksa semua suis lampu dan kipas. Point elektrik kalau boleh cubalah periksa sama ada berfungsi atau tidak.
2. Periksa air. Adakah ia keruh. Aliran air perlahan atau laju.
3. Tandas. Mangkuk tandas tak tersumbat. Boleh flush.
4.Leasehold atau freehold. Jika leasehold, tengok berapa tahun tinggal.
5.Maintenance fees berapa. Kena buat anggaran.
Ads
6. Sebarang jenis hutang, bil air dan elektrik yang tertunggak.
7.Tombol pintu. Banyak rosak atau tak.
8. Air sinki dapur tak tersumbat.
9.Dinding retak. Ambil gambar sebagai bukti.
10.Keadaan cat. Baru atau lama. Dinding penuh dengan contengan perlu ambil kira.
Ads
11. Periksa tiles dan lantai ada retak atau pecah.
12. Kebocoran di bahagian dinding. Kebocoran jenis ini menelan kos baik pulih yang tinggi. Ambil gambar sebagai bukti.
Luaran Rumah
1. Kawasan sekitar. Kalau berdekatan dengan kawasan perkuburan ke, memang penyewa penakut atau gegadis tak nak.
Ads
2. Jalan. Adakah jalan sesak atau tak. Kalau sesak, penduduk ramai. Jadi, peluang nak dapatkan penyewa dengan cepat lebih cerah.
3. Tangga. Kalau tangga kotor, pengurusan memang kelaut.
4. Parkir. Ada ruangan parkir.
5.Kejiranan. Ini penting. Kalau majoriti kaum lain, fikirkan balik.
6. Berdekatan dengan sekolah, hospital, ataupun bangunan kerajaan dan sebagainya.
7.Kemudahan berhampiran, masjid, kedai makan, pasar raya dan sebagainya.
Sebagai pembeli memang ada benarnya kita perlu ambil tahu 100 peratus segalanya mengenai rumah atau hartanah yang bakal dibeli. Apatah lagi ia melibatkan amaun pembelian yang besar malah komitmen yang panjang. Ia juga bagi mengelakkan kita terlibat dengan ‘projek terbengkalai’ mahupun ‘projek sakit’ disebabkan pemaju yang tidak ‘competent’.
Baru ni kecoh cerita project sakit dekat Gombak. Jujurnya saya sedih. Tanah ‘Malay Reserve’. Yang beli bumiputera. Setakat hari ini ada dekat 114 project terbengkalai, 459 project sakit. Sekarang project ni dah isytihar project sakit.
Letak tepi undercon,subsale,lelong. Kita bukan beruk nak bergaduh setiap masa. Memang dah ditakdirkan undercon takkan bersetuju dengan subsale. Subsale akan memburukkan undercon. Lelong akan merasa terpaling untung.
Memang itu takdirnya tuan-tuan. Kena terima. Geng menyewa sekarang tepuk tangan. “Nasib baik aku menyewa”.
Yang buat rumah atas tanah sendiri nasib-nasib. Doa lebih sikit, rumah siap. Leka sikit, rumah jadi reban.
Tanggungjawab kita sebagai pembeli tahu 100% rumah yang kita nak beli.
1. Tahu harga yang dibeli tu harga patut atau tak. Dalam kes ni, harga sangat patut. Nothing wrong dengan pricing. Rumawip tuan-tuan.
2. Tahu developer project. Cari yang trusted. Track record bagus. Mostly project sakit developer yang bukan-bukan. Tak payah tunggu PRN. Developer tak competent ni kalau tukar pengetua sekolah pon silap-silap boleh jadi punca project terbengkalai.
Check developer dekat website kpkt (TEDUH). Tengok track record diorang. Kalau setakat baru ada 1 project tu tak payah la. Link nak check developer di sini.
Check track record at least 10 tahun kebelakang. Ini yang saya dan team buat.
Jangan sekadar compare 2,3 project yang kena dengan budget kita. Pemilihan hartanah kena betul-betul. Shorlisted kan 100 project, pilih 10, beli 1. Ini yang saya dan team buat.
Agent biar diorang uruskan proses jual beli sahaja.
Tanggungjawab saya untuk educate orang kita berhati-hati dalam pemilihan hartanah.
Biar kita untung dengan hartanah ni by design. Bukan by luck.
Sebarkan. Moga ada manfaat. Jangan ada lagi orang kita teraniaya.
IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ambil tahu betu-betul rumah atau hartanah yang kita nak beli supaya tak rugi apabila projek rumah terbengkalai dan tak dapat disiapkan pada waktunya.
Rumah lelong, selalu kita tengok pada papan tanda iklan di tiang-tiang lampu, tepi jalan atau di rumah itu sendiri. Nampak macam murah dan tak percaya sebab ada sesetengahnya berada di tengah-tengah bandar.
Jangan mudah terpengaruh dan mula bandingkan dengan harga rumah yang baru siap dibina dengan harga rumah lelong. Kena faham betul-betul. Takut nanti kita yang rugi.
Ada beberapa faktor dan perkara yang perlu kita ambil tahu sebelum nak beli rumah lelong. Inilah yang diterangkan oleh Dr Ahmad Samhan dalam perkongsiannya.
Rumah Lelong, Tinjau Dan Kaji
6 PERKARA PERLU TAHU SEBELUM BELI RUMAH LELONG
1. Duit Deposit Lesap
Ada dua jenis lelongan di Malaysia yang wajib tahu:
1)Loan Agreement Cum Assignment (LACA) – Ia bermaksud lelongan yang diuruskan oleh bank bagi hartanah tanpa individual atau Strata Title.
2)Non-LACA – Ini pula lelongan non-LACA diuruskan oleh High Court (Mahkamah Tinggi) bagi hartanah yang ada individual atau Strata Title.
Baki daripada keseluruhan harga rumah LACA perlu diselesaikan dalam masa 90 hari selepas bidaan yang berjaya. Manakala non-LACA dalam masa 120 hari.
Rumah lelongan LACA perlukan meletak 5% deposit, manakala bagi jenis non-LACA 10% deposit.
Jadinya, untuk beli rumah lelong kita perlu ada duit deposit dan perlukan peguam yang berpengalaman uruskan rumah lelong. Sebab kita terikat dengan masa untuk pastikan pinjaman kita dikeluarkan oleh bank pada bank pelelong.
2. Beli Rumah Mahal
Sebelum masuk bidding kena lihat/study dulu bakal rumah yang dilelong. Tahu berapa harga ‘market value’, barulah kita tak bidding membuta tuli. Orang naikkan harga bidding, kita lawan.Tapi tak tahu nak lawan sampai mana. Akhirnya kita beli rumah tu dengan harga lagi mahal dari market value. Itu belum masuk kos repair, kos guaman, kos bil tertunggak, takutnya lagi rugi teruk.
3. Merisik Dulu Sebelum Meminang
Rumah leong tak datang sekali dengan vacant possession. Dan boleh jadi penyewa yang menyewa dengan owner sebelumnya masih lagi menetap kat situ.
Kalau ikut undang-undang Malaysia, untuk menghalau keluar orang daripada rumah kita, kena ada bukti yang kita pemilik rumah tu terlebih dulu. Boleh upah peguam untuk beri notis kepada penyewa tadi untuk kosongkan rumah. Kalau tak keluar jugak, barulah boleh apply untuk court order.
Sudah tentu cara terbaik adalah untuk bercakap dan berbincang dulu dengan penyewa tadi. Boleh jadi penyewa ni akan faham dan mereka akan tinggalkan rumah tu dengan rela hati. Mungkin jugak mereka nak meneruskan menyewa di situ. Dan kalau kitamemang plan nak sewakan, bawalah berbincang untuk tetapkan kadar sewa yang baru.
4. Bil Tertunggak
Ini termasuk bil air, bil elektrik, bil maintenance, cukai taksiran, cukai tanah dan banyak lagi. Kos ni semua (kalau yang bertunggak bertahun-tahun lamanya) boleh cecah lebih RM10,000.
Untuk elakkan masalah macam ni berlaku, kita boleh pergi semak dulu segala bil tertunggak yang ada ni dekat pejabat-pejabat utiliti yang berkenaan.
5. Kos Repair
Kos repair jugak perlulah diambil kira sekali bila kita nak beli rumah lelong ni. Rumah yang rosak teruk dan tak dijaga boleh memakan belanja repair yang besar.
Kos repair ni pulak kadang-kadang boleh jadi lebih besar daripada duit deposit 10% yang kita keluarkan.
Pergi melawat dulu rumah tu sendiri dan tengok kalau-kalau ada sebarang tanda kerosakan yang teruk.Buat anggaran berapa total kos untuk repair barulah kita tahu nak anggarkan limit harga untuk bidding nanti.
6. Kaveat
Kaveat ni ringkasnya adalah notis yang sah dari segi undang-undang untuk menghalang proses jual beli hartanah.
Contoh:
Kalau satu rumah lelong tadi dimiliki oleh 2 pemilik dan salah seorang dari mereka letak kaveat dekat rumah tu untuk elak daripada rumah tu dijual.
Boleh jadi jugak, kaveat tu datang bila salah seorang daripada pemilik rumah tadi buat hutang dengan Ah Long dan letak rumah tu sebagai kolateral.
Ah Long tadi boleh letak kaveat untuk menghalang proses jual beli rumah tu tadi.
Pengalaman sendiri, awal-awal memang dah check status keveat. Bila dah menang lelong, rupanya owner lama dah ambil deposit untuk jual rumah ni. So,pembeli baru letak keveat. Memang leceh nak setel benda ni. Makan masa dan duit.
Kesimpulannya, harga rumah lelong memang murah, boleh cecah 30-40% below market value. Tapi banyak kos-kos tersembunyi. Kena tinjau dan kaji dulu rumah lelong yang kita target nak beli sebelum buat pembelian.
Membeli dan menjual hartanah adalah satu perkara yang besar, bagi yang gemar bermain dalam hartanah ini pasti mempunyai teknik bijak untuk meraut keuntungan. Di sini ingin saya katakan jika tiada ilmu dalam dunia hartanah jangan mengambil risiko untuk bermain jual beli rumah ni. Timba ilmu agar anda tidak menyesal kemudian hari.
Jika anda dah terbeli hartanah yang berisiko tinggi atau terlebih nilai, jagan risau anda masih boleh memperbaiki keadaan ini. Walaupun saat pasaran hartanah sedang merudum.
Dengan ilmu dan strategi yang betul, masalah ini pasti boleh diselesaikan. Langkah pertama yang anda boleh buat adalah dengan buang perasaan panik yang terlampau itu. Jangan sesekali mempunyai rasa negatif dalam situasi ini.
Di sini saya nyatakan ada enam langkah yang anda boleh anda lakukan jika anda berada didalam situasi begini.
Terima dengan hati yang tenang dan terbuka
Akui perkara ini adalah satu kesilapan dengan hati yang tenang dan terbuka, setiap manusia akan sentiasa melakukan kesilapan. Dari kesilapan ini anda mampu memperbaiki dan mempelajari dari kesalahan.
Kebanyakan orang tidak sedar dengan membeli hartanah yang berisiko tinggi dan akan menyedarinya kemudian hari, tetapi mungki saat itu anda akan berasa menyesal kerana membeli hartanah tersebut.
Dan kesilapan besar apabila anda berfikir keadaan ini tidak akan menjurus pada perkara yang lebih teruk daripada sediakala. Padahal, ia akan beri impak buruk pada pelabur akan datang.
Jual Hartanah tersebut dengan segera
Kita boleh jual hartanah yang kita tersilap beli itu pada harga rendah atau diskaun.
Biasanya, harga jualan rumah akan jadi tinggi pada 3 bulan pertama selepas VP (vacant possession). Secara personal, saya akan jual rumah ini dengan harga yang lebih rendah, supaya ia boleh dijual dengan cepat.
Saya pernah mengalami situasi di mana rumah yang saya miliki itu saya jual pada harga yang agak rendah dengan market jualan pada masa itu, ada rakan dan sahabat handai mempertahankan keadaan untuk saya jangan menjual rumah itu dengan kadar segera, kerana jika saya tunggu lagi dalam masa 2 hingga 3 tahun akan datang In ShaaAllah harga akan melabung naik.
Akhirnya, saya tetap menjual rumah itu dengan harga diskaun, dan membeli rumah lain dan mejual rumah yang baru itu dengan keuntungan yang berlipat ganda saat itu.
Siapa yang untung, dan siapa yang rugi?
Lebih Fleksibel
Maksud fleksibel kat sini adalah dari sudut rundingan. Kalau nilai rumah anda berharga RM400K, dan korang terpaksa menjual rumah itu pada harga RM360K, serta pembeli itu meminta untuk ‘mark up’, terima saja tawaran itu (selagi pembeli itu sanggup keluarkan duit untuk bayar segala kos tambahan untuk ‘mark up’ itu).
Semakin lama kita tunggu, semakin banyak unit rumah yang nak dijual muncul dalam pasaran. Dan ini jelas akan kacau peluang kita menjual unit yang kita salah beli itu.
Dah jadi asas permintaan dan bekalan (demand and supply). Kalau bekalan semakin tinggi, nilai unit ini akan terjejas. Bermakna, lagi susah kita nak jual pada harga yang berpatutan.
Tambah nilai untuk hartanah anda
Kalau orang lain jual sekadar unit kosong semata-mata, anda boleh berikan nilai tambahan seperti kabinet, almari atau sebagainya, dan jual rumah itu pada harga yang sama dengan pesaing anda.
Kalau unit kediaman anda itu dijual pada harga RM400K (harga yang sama dengan pesaing anda), pembeli akan lebih berminat kat unit anda dek nilai lebihan yang anda berikan.
Semua orang sukakan tawaran yang baik. Dengan tambahan dari sudut nilai ini, kita boleh wujudkan lautan biru (blue ocean) dalam lautan merah (red ocean).
Wujudkan kerjasam dengan ejen hartanah
Mula bekerjasama dengan ejen hartanah yang pakar dekat kawasan rumah yang kita beli itu. Ini akan tingkatkan peluang untuk menjual unit kita dengan lebih mudah. Pada masa yang sama, layan mereka dengan baik. Ramai pemilik rumah yang berperangai tak elok semasa berurusan dengan ejen hartanah, dan ini akan tipiskan peluang kejayaan untuk jual unit kita dengan mudah.
Berbaik dengan pengawal keselamatan ataupun pengurusan unit
Ia boleh tinggikan peluang kita menjual unit yang kita salah beli itu dengan lebih mudah. Tak rugi berbuat baik dengan orang yang sepatutnya. Selagi ia boleh tingkatkan peluang kita menjual rumah dengan lebih mudah, tak salah untuk kita gunakan strategi ini. Pada masa akan datang, tindakan ini jelas akan berikan kelebihan dekat diri kita sendiri. Fikirkan kelebihan yang kita boleh dapatkan untuk tempoh masa panjang.
Kita juga yang akan dapat untung. Bukan orang lain.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.