Sekali kita terleka, buruk padahnya. Biasa terjadi, kalau kita panaskan makanan di dapur dan sambung buat kerja lain sampai terlupa nak tutup api. Habis rentung periuk! Nak hilangkan kesan hitam tu bukan mudah. Mungkin kita rasa lebih baik buang dan beli yang baru saja.

Tapi tunggu dulu! Jangan buang dulu periuk kaca anda yang dah terbakar tu. Ikut petua ini,mungkin ada peluang lagi nak selamatkannya..

Petua yang simple ini dikongsi Lia Johari melalui Kelab Kaki Deko di Facebook dan telah mendapat banyak feedback yang positif. Jadi jom kita cuba!

PERIUK KESAYANGAN RENTUNG!

Alkisah periuk Visions kesayangan yang hampir arwah! Just nak sharing kot jadi panduan pada yang lain.

Kejadian berlaku beberapa bulan yg lepas. Kalau time pagi kalut² nak siap pegi kerja tu tak payahla sibuk nak pi panaskan lauk kat dapur. Sebab kalau terlupa padamkan api buruk padahnya.

IKLAN

Ikut Petua Ini Untuk  Kilatkan Semula Periuk Kaca Yang Rentung, Mudah Je!Ikut Petua Ini Untuk  Kilatkan Semula Periuk Kaca Yang Rentung, Mudah Je!

Syukur Ya Allah,dapur/ rumah tak rentung di jilat api pd hari tersebut. Kuasa Allah yg melindungi kami anak beranak.

Tapi inilah kecuaian yg menjadi penyesalan seumur hidup! Tobat takmo buat dah..huhu

IKLAN

PETUA 3 BAHAN BERKESAN!

Periuk visions yang dah bertahun guna jadi hitam rentung. Ingatkan dah nak kena buang ke laut.

Tapi dapat petua dr perkongsian ahli KKD akhirnya periuk comel kesayangan dapat di selamatkan.

IKLAN

Petua : Rendam periuk dengan air + soda bikarbonat + cuka.

Lama juga saya rendam,sebab kali pertama buat kesan hangus hitam masih melekat. Try buat lagi sekali,rendam dekat sebulan (almost rasa tak berjaya) tapi setelah 1/2 jam menyental akhirnya berjaya periuk kembali ke asal. Alhamdulillah.

HASILNYA!

Ikut Petua Ini Untuk  Kilatkan Semula Periuk Kaca Yang Rentung, Mudah Je!

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI