Cara Jadikan Sudut Ruang Bacaan Tampak Lebih Menarik Di Rumah. Mempunyai perpustakaan mini atau sudut ruang bacaan di rumah sangat penting dalam menanamkan budaya membaca di kalangan anak-anak dan seisi keluarga. Ruang bacaan ini tak semestinya memerlukan bilik besar. Ruang yang kecil boleh dijadikan sudut bacaan yang menarik dan rapi di rumah.

6 Tip Jadikan Sudut Ruang Bacaan Tampil Lebih Menarik

1. Lokasi Sudut Bacaan

Bergantung kepada keluasan rumah. Jika mempunyai rumah berkeluasan besar dan bilik yang banyak, boleh jadikan satu bilik khas untuk ruang bacaan atau ‘perpustakaan’ mini. Pilih bilik yang paling sunyi bagi memberi ketenangan sewaktu membaca.

Sebaliknya jika kediaman mempunyai ruang yang terhad, perlu lebih kreatif untuk mewujudkan ruang bacaan ini. Manfaatkan ruang seperti di bawah tangga, ruang keluarga, ruang tingkat atas dan sebagainya.

Perkara Penting Jadikan Sudut Ruang Bacaan Kediaman Tampak Lebih Menarik Perkara Penting Jadikan Sudut Ruang Bacaan Kediaman Tampak Lebih Menarik

2. Buat Rak Buku Dengan Rekaan Bentuk Yang Unik & Menarik

Lupakan bentuk rak yang konvensional. Pilik rekaan rak buku yang lebih moden dan nampak segar. Seperti berbentuk bulat, serong, asimetri dan sebagainya. Bentuk rak buku yang menarik di kediaman dapat dilihat berbeza dengan perpustakaan yang ada di luar.

Perkara Penting Jadikan Sudut Ruang Bacaan Kediaman Tampak Lebih Menarik Perkara Penting Jadikan Sudut Ruang Bacaan Kediaman Tampak Lebih Menarik

Ads

3. Cat Sudut & Rak Buku Dengan Warna Yang “Eye Catching”

Gunakan warna yang menarik perhatian pada sudut, rak buku dan kelengkapan yang berkaitan di dalam perpustakaan mini. Penggunaan warna yang sesuai dan menonjol dapat membuatkan anak-anak dan keluarga serta sesiapa sahaja yang menggunakan perpustakaan ini akan duduk lebih lama untuk menikmatinya.

Perkara Penting Jadikan Sudut Ruang Bacaan Kediaman Tampak Lebih Menarik Perkara Penting Jadikan Sudut Ruang Bacaan Kediaman Tampak Lebih Menarik

4. Pencahayaan Yang Baik

Pilihlah suatu sudut di dalam rumah yang memiliki pencahayaan yang cukup terang tidak kira pada waktu siang ataupun malam. Apabila ruangan yang dipilih gelap, maka aktiviti membaca akan menjadi tidak menyeronokkan dan dalam masa yang sama ia juga tidak baik untuk kesihatan mata.

5. Tambah Aksesori Yang Selesa

Untuk menambahkan keselesaan, letakkan kerusi yang empuk atau meja yang besar supaya aktiviti membaca akan terasa lebih selesa dan menyamankan. Boleh juga cukup sekadar meletakkan karpet dan bantal yang empuk untuk dijadikan sandaran bahu dan alas duduk.

Ads

Perkara Penting Jadikan Sudut Ruang Bacaan Kediaman Tampak Lebih Menarik

6. Buat Senarai Inventori Buku Yang Ada

Catat setiap kali kita membeli buku yang baru. Gunakan sampul pada buku supaya tidak cepat rosak dan kemudian labelkan buku mengikut warna, abjad ataupun nombor bagi memudahkan kita mengetahui jenis dan jumlah buku yang telah dimiliki.

Tak susah untuk membuat perpustakaan mini di rumah. Jadi, mulakan langkah untuk membina sebuah perpustakaan mini di rumah anda sekarang.

Semoga Bermanfaat!

Ads

IMPIANA: Semoga tip ini dapat memberi inspirasi buat pemilik kediaman dalam mewujudkan sudut ruang bacaan yang menarik di rumah. Sekaligus dapat memupuk dan menggalakkan budaya membaca bermula dari rumah.

Mesti Baca : Ciri-ciri Ruang Belajar Yang Boleh Tingkatkan Fokus Anak-anak
Baca Lagi Di Sini: Wujudkan Ruang Membaca Mini Di Rumah Mampu Semai Budaya Membaca Anak
Artikel Menarik: Indah Dipenuhi Buku, Jom Cedok Idea Dekorasi Inggeris Kediaman DIAN SASTRO!

Sumber: UMPSA Library

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI