Cara Jadikan Sudut Ruang Bacaan Tampak Lebih Menarik Di Rumah. Mempunyai perpustakaan mini atau sudut ruang bacaan di rumah sangat penting dalam menanamkan budaya membaca di kalangan anak-anak dan seisi keluarga. Ruang bacaan ini tak semestinya memerlukan bilik besar. Ruang yang kecil boleh dijadikan sudut bacaan yang menarik dan rapi di rumah.
Bergantung kepada keluasan rumah. Jika mempunyai rumah berkeluasan besar dan bilik yang banyak, boleh jadikan satu bilik khas untuk ruang bacaan atau ‘perpustakaan’ mini. Pilih bilik yang paling sunyi bagi memberi ketenangan sewaktu membaca.
Sebaliknya jika kediaman mempunyai ruang yang terhad, perlu lebih kreatif untuk mewujudkan ruang bacaan ini. Manfaatkan ruang seperti di bawah tangga, ruang keluarga, ruang tingkat atas dan sebagainya.
Lupakan bentuk rak yang konvensional. Pilik rekaan rak buku yang lebih moden dan nampak segar. Seperti berbentuk bulat, serong, asimetri dan sebagainya. Bentuk rak buku yang menarik di kediaman dapat dilihat berbeza dengan perpustakaan yang ada di luar.
Gunakan warna yang menarik perhatian pada sudut, rak buku dan kelengkapan yang berkaitan di dalam perpustakaan mini. Penggunaan warna yang sesuai dan menonjol dapat membuatkan anak-anak dan keluarga serta sesiapa sahaja yang menggunakan perpustakaan ini akan duduk lebih lama untuk menikmatinya.
Pilihlah suatu sudut di dalam rumah yang memiliki pencahayaan yang cukup terang tidak kira pada waktu siang ataupun malam. Apabila ruangan yang dipilih gelap, maka aktiviti membaca akan menjadi tidak menyeronokkan dan dalam masa yang sama ia juga tidak baik untuk kesihatan mata.
Untuk menambahkan keselesaan, letakkan kerusi yang empuk atau meja yang besar supaya aktiviti membaca akan terasa lebih selesa dan menyamankan. Boleh juga cukup sekadar meletakkan karpet dan bantal yang empuk untuk dijadikan sandaran bahu dan alas duduk.
Catat setiap kali kita membeli buku yang baru. Gunakan sampul pada buku supaya tidak cepat rosak dan kemudian labelkan buku mengikut warna, abjad ataupun nombor bagi memudahkan kita mengetahui jenis dan jumlah buku yang telah dimiliki.
Tak susah untuk membuat perpustakaan mini di rumah. Jadi, mulakan langkah untuk membina sebuah perpustakaan mini di rumah anda sekarang.
Semoga Bermanfaat!
IMPIANA: Semoga tip ini dapat memberi inspirasi buat pemilik kediaman dalam mewujudkan sudut ruang bacaan yang menarik di rumah. Sekaligus dapat memupuk dan menggalakkan budaya membaca bermula dari rumah.
Mesti Baca : Ciri-ciri Ruang Belajar Yang Boleh Tingkatkan Fokus Anak-anak
Baca Lagi Di Sini: Wujudkan Ruang Membaca Mini Di Rumah Mampu Semai Budaya Membaca Anak
Artikel Menarik: Indah Dipenuhi Buku, Jom Cedok Idea Dekorasi Inggeris Kediaman DIAN SASTRO!
Sumber: UMPSA Library
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.