Langkah-langkah Yang Wajib Anda Lakukan Sebelum Hias Ruang Sempit

Share

Bagai tidak ada penghujungnya jika kita bualkan tentang perkara hias dan memilih perabot di ruang sempit. Bukan apa, kini kediaman yang ada tidak lagi seluas dahulu dan banyak perkara yang tuan rumah perlu peka agar tidak membuat kesilapan dan mengigit jari. Apakah langkah yang boleh kita rancang sebelum menghias kediaman kecil sebelum menjelang hari lebaran?

MEMILIH PERABOT TEPAT!

Perkara yang paling utama adalah kenal pasti kedudukan ruang tamu anda. Adakah ia sesuai untuk menempatkan perabot sofa 3, 2, 1 atau cukup buah sofa 3 tempat duduk bersama sebuah sofa? Atau sebuah sofa L shape yang memaksimakan ruang yang ada?

1. Ukur ruang tamu anda terutama dinding utama

2. Ukur pula panjangnya ke hadapan terutama menghala ke dinding televisyen.

3. Laraskan konsep kediaman dengan saiz rumah. Elakkan memilih perabot untuk rumah agam atau rumah besar di kediaman kecil.

4. Pastikan reka bentuk dan materialnya tidak mencederakan kita. Maklumlah kalau dah kecil adakala tergeser.

PILIHAN SOFA MODEN KONTEMPORARI BANYAK YANG DIREKA SELARAS DENGAN SAIZ RUMAH HARI INI. WARNA BEIGE SEMEMANGNYA SESUAI UNTUK RUANG TERHAD.

SOFA DUA TEMPAT DUDUK SELALUNYA PALING SESUAI BAGI RUANG KEDIAMAN KECIL. RONA BIRU TERANG CUKUP HANYA PADA SEBUAH KERUSI SEBAGAI GANTI KEPADA FEATURE WALL.

5. Warna dan corak. Adakah ia tahan lasak atau pun sarat berbunga?

6. Dalam menghias tidak semestinya kita menghias sofa lengkap setnya. Adakala cukup sebuah sofa utama dan yang lain adalah kusyen kecil.

 

Jadi anda sudah boleh mencari-cari perabot yang sesuai untuk ruang tamu anda menjelang hari raya ini. Jangan tersilap pilih ya.

 

 

 

Published by
Faizal Yunus