Kalau anda betul-betul nak beli perabot yang menjadi idaman hati, terdapat beberapa langkah yang boleh diperhatikan dahulu. Ia merupakan satu langkah mudah agar anda tidak sesal setelah perabot tersebut dibawa masuk ke dalam kediaman anda. Selalunya perabot yang dipamerkan di kedai sudah disusun cantik dan sepadan dengan aksesori yang lain.
Ia bukan sahaja menyerlah rekaan perabot tersebut malah nampak cukup menarik. Ditambah pula dengan pencahayaan yang menawan, ruang dilihat begitu elegan dan mampu membeli hati kita dengan sekelip mata. Namun usah lupa diri jika berkenan sesuatu. Kaji dan lihat beberapa aspek yang serasi dengan gaya hidup atau kediaman kita.
1. Bertepatan dengan konsep
Pastikan perabot yang anda beli menepati konsep asal kediaman. Jika tidak ingin kediaman anda jadi rojak, tetapkan konsep reka bentuk perabot yang dicari dari awal. Perincianya juga perlu diperhatikan kerana ia juga mampu memberi impak kepada keseluruhan dekorasi kediaman anda.
2. Saiz perabot
Adakah saiznya serasi dengan ruang yang telah ditetapkan? Maklumlah adakala kita mempunyai keinginan yang menggunung tinggi tetapi ruang yang amat terhad sekali. Bukan sekadar ruangnya sempit tetapi perabot sedia ada juga tidak mengizinkan kita menambah kuantiti perabot yang ada. Jangan risau perabot kecil juga ada keselesaannya.
Jika tidak mampu berimaginasi, lukis pelan lantai kediaman anda dan perabot sedia ada. Atau ambil sahaja sekeping foto dan anda boleh rujuk pada gambar tersebut apakah jenis, rekaan, saiz perabot yang bersesuaian di ruang tersebut.
4. Padanan warna
Koordinasi warna! Jangan mudah lupa apakah kelompok warna perabot anda atau konsep keseluruhan kediaman. Adakah anda jenis yang suka menukar warna dinding saban tahun atau seorang yang lebih senang bermain dengan warna selamat? Inilah antara penyebab utama perabot yang dibawa balik gagal menyerlah bahkan menjadikan suasana kediaman bertambah serabut.
5. Kenal pasti materialnya
Jika anda seorang yang cermat dan tinggal pula di kawasan tidak berhabuk, anda boleh memilih apa sahaja material yang hebat. Tetapi jika anda menetap di kawasan yang berhabuk atau mempunyai anak yang sedang aktif membesar, material mudah dibersihkan seperti kulit atau pvc lebih sesuai. Anda sudah pasti tidak mempunyai masa untuk menyedut segala habuk dan kekotoran bukan?
6. Struktur perabot
Jangan lihat pada cantiknya rekaan sesuatu perabot sahaja. Ada perabot yang dibuat untuk kadar ekonomi. Cantik, tapi menggunakan stuktur atau kerangka yang diperbuat daripada papan lapis atau hampas kayu yang dimampat sahaja. Sedangkan struktur yang dibina tidak tahan keapda tenan atau beban tinggi. Jadi, tak kira sma ada anda beli perabot ekoni atau mewah, ia bukan jaminan keapda keupayaan struktur perabot tersebut. Jadi pastikan anda memilih perabot yang benar-benar tahan.
Benar adakala harganya agak mahal kerana bertepatan dengabn material yang diganakan. Jadi terserah pada anda memilih ketahanan atau mahu yang murah dan asal ada sahaja di rumah. Jangan pula anda main beli ikutkan hati. Kelak menyesal mengigit jari. Ini juga antara faktor kegagalan tata hias kita kerana tidak sebagaimana yang dirancang.