Berita

Pernah Jadi Penjara Ahli Sihir Zaman Pertengahan, ‘THE CAGE’ Rumah Berhantu Dijual RM1.4Juta

Share

Tidak dinafikan kewujudan dan gangguan makhluk halus khususnya di rumah sendiri dapat memberi kesan kepada pemilik kediaman dari segi fizikal dan emosi.

Akibat pemilik kediaman tidak tahan diganggu oleh makhlus halus, sebuah rumah didakwa berhantu di Britain diiklankan untuk dijual sekali lagi pada harga £250,000 (RM1.4 juta), lapor akhbar The Sun UK kelmarin.

Bekas pemiliknya, Vanessa Mitchell berkata, ketika mula berpindah ke rumah itu pada 2005 dan menjualnya pada 2020, dia diganggu secara fizikal dan mental.

Penjara Ahli Sihir Zaman Pertengahan

Rumah dikenali sebagai The Cage yang terletak di kampung St. Osyth, Essex itu dikatakan menjadi penjara untuk ahli sihir pada zaman pertengahan.Seorang ahli sihir terkenal ketika itu, Ursula Kemp, telah ditempatkan di situ sebelum dijatuhi hukuman mati pada tahun 1582.

Menurut Mitchell, dia pernah melihat kesan tompokan darah tiba-tiba muncul di dinding, selain pernah ditolak ketika hamil, menyebabkan wanita itu terpaksa menjual hartanah tersebut ekoran keadaan semakin buruk.

“Ia menghantui dalam cara yang membuatkan anda menjadi gila atau memaksa anda lari meninggalkan rumah itu. Gangguan tidak berhenti malah semakin teruk,” katanya ketika ditemu bual dalam dokumentari di saluran televisyen Channel 4.

Kini, The Cage dijual sekali lagi selepas menjalani kerja-kerja pengubahsuaian oleh pemilik lain.Ia mempunyai dua bilik tidur, sebuah bilik mandi dan dua tandas, ruang tamu, ruang makan serta dapur.

Mesti Baca: 5 Rumah Selebriti HOLLYWOOD Dikatakan Berhantu & Ada Aura Mistik!


Baca Lagi Di Sini:Rumah Banglo Yang Dikatakan ‘Berhantu’, Akhirnya Telah Berjaya Dilelong Dengan Harga RM4.4 Juta!
Artikel Menarik: Beli Rumah LELONG Memang Murah Tapi Kena Tahu Kos ‘Tersembunyi’, Kaji Dulu!

IMPIANA: Risau juga nak beli rumah yang ada gangguan begini, walaupun harga jauh lebih murah.

Sumber: Daily Mail,Kosmo

Published by
Suhaidah Wahab