Courtyard, atau laman dalam, bukan sahaja menambah nilai estetika kepada sesebuah kediaman, tetapi juga memberikan suasana santai dan menyegarkan.
Courtyard juga berperanan sebagai ruang terbuka yang boleh menyeimbangkan dan menyejukkan suhu dalam kediaman. Selain itu, ia juga memberikan aliran udara yang lebih sihat, privasi, dan ketenangan kepada penghuni. Jika anda sedang berkira-kira untuk mewujudkan sebuah kediaman yang harmoni dan dekat dengan alam semulajadi, inilah salah satu pilihan bijak yang boleh anda pertimbangkan.
Berikut merupakan kelebihan untuk kediaman yang memiliki courtyard :
Pencahayaan
Selain berperanan sebagai salah satu langkah mengurangkan penggunaan tenaga elektrik, limpahan cahaya matahari melalui ruang terbuka di courtyard juga dapat mempengaruhi faktor kesihatan penghuni.
Pengudaraan
Sumber ventilasi semulajadi yang membekalkan udara segar dari luar juga dapat meningkatkan kualiti oksigen. Pengudaraan di kawasan courtyard dapat menurunkan suhu kediaman menjadikannya lebih sejuk dan segar walaupun ketika musim panas.
Pembahagi Ruang
Ia juga bertindak sebagai pemisah ruang di dalam rumah. Contohnya, courtyard yang terletak antara ruang tamu dan bilik tidur dapat meningkatkan privasi di antara kedua kawasan ini dan sebagai pembahagi ruang makan dan dapur.
Persekitaran Nyaman
Dengan perancangan yang rapi dan tepat, sebuah courtyard dapat dijadikan satu ruangan santai yang selesa menepati segala aspek kehidupan yang memerlukan kesegaran alam semulajadi didalam rumah.
Gambar: Hasil Carian Google
Mesti Baca: Tip Profesional Suai Padankan “Throw Cushion”
Baca Lagi Di Sini: 5 Tip Cara Mencuci Untuk Pastikan “Throw Cushion” Agar Sentiasa Nampak Baru
Artikel Menarik:Bersihkan Sofa Bertompok Kena Kotoran. Ini Caranya Guna Air Panas!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI