Seronok bila bercucuk tanam, menjadi hasilnya. Lebih-lebih lagi jika cubaan kali pertama menyemainya. Bagi anda yang suka gunakan daun ketumbar dalam masakan, boleh cuba semai biji ketumbar yang dibeli timbang kilo di pasaranya je. Pokok ketumbar tetap boleh hidup dan besar merimbun sepasu. Malah tak perlu ruang luas, semai di kawasan tepi balkoni rumah pun boleh.
Mudah je boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Puan Ahalinda Darjanini sebagai panduan;
“Saya nak share cara menanam pokok ketumbar menggunakan biji ketumbar timbang kilo kat pasaraya je. Tak perlu susah-susah beli benih paket tu.Biji ketumbar dia sikit je. Beli timbang kilo puas menanam nanti..sebab dapat banyak harga pun murah je dan puas menanam nanti.”
“Pada yang pernah cuba tanam pokok ketumbar tapi asyik tak hidup je, boleh la cuba ikut cara saya ni. Saya kongsi sekadar yang saya tau je. Boleh baca penerangan di setiap gambar”.
Sedikit Penerangan :
Medium saya gunakan adalah tanah hitam yang di campur dengan cocopeat sikit. Pembajaan pula saya ada guna baja biji yang dibeli kat eco NPK 8:8:8 dan ada juga siraman baja ab..kadang-kadang saya siram guna air basuhan beras atau air rendaman perut ikan je. Siraman air setiap pagi atau petang atau 2 kali sehari bergantung pada cuaca.
Pencahayaan pula dari pukul 8.30am-11am sahaja sebab saya letak kat balkoni. jadi pencahayaan pagi sahaja kena matahari kejap.
Penjagaan dia sangat senang dan mudah hidup kalau kena dengan caranya. Tapi tak panjang usianya. Ke sebab saya tak rajin guna selalu.
Selamat mencuba ye buat sahabat kebun. Saya takde ruangan yang luas. Bercucuk tanam di balkoni je. Jadi la untuk manfaatkan ruang yang sedia ada. Rajin menanam hasil puas hati.
Saya guna ketumbar timbang je. Nak beli yang paket untuk benih, biji dia sikit je dapat. Ni boleh semai berbulan kalau tanam dalam pasu macam saya ni. Tak sampai 50 sen pon boleh tanam puas-puas.
Pastikan biji ketumbar warna dia cerah kekuningan. Kalau dah warna kelabu asap, biasa payah nak hidup.
Biji ketumbar ni saya akan rendam semalaman sebanyak sesudu makan je. Dah boleh penuh pasu dia hidup nanti. Sebab saya rendam, memudahkan biji ketumbar lembut dan pecah untuk senang bercambah. Rendam guna air paip je tau.
Selepas dah rendam semalaman, saya akan curah dalam pasu je. Pastikan medium dia lembab je. Ni selepas seminggu baru nampak anak dia meliar naik. Alhamdulillah.
Ads
Dari sebiji benih ketumbar boleh jadi 2 anak pokok sebab bila dia pecah dua. 2 belah hidup elok je. Ingat memula biji dia dah rosak..sekali dia hidup walaupun pecah 2 bahagian.
Ni la hasilnya..pertama kali semai biji ketumbar, tak sangka merimbun dia membesar sepasu. Masa ni nak pindahkan boleh dah tapi saya biarkan je..sebab bekas dan tempat terhad sangat.
Ni dia bila tak rajin petik daun dia, elok dia bertukar daun halus-halus..tanda dah makin tua kot.
Ads
Petik setakat yang perlu je, sedap buh dalam masakkan lagi-lagi tomyam, sup, paprik. Dulu tak suka sangat bau dia, macam bau kumbang busuk, sekarang dah minat sebab ada orag ajar makan tomyam Thai. Jadi terpikat dah dengan bau dia.
Ni pokok bila dah makin tua.Dia mula kuarkan putik bunga.
Ads
Taraaaaa….. Comel kan bunga dia dah jadi biji ketumbar balik. Boleh petik dan keringkan buat masak atau semai balik.
Selamat Mencuba!
Baca Lagi Di Sini: Banyak Kali Tanam Selalu Mati, Ini Kaedah BETUL Semai Daun Sup!
Mesti Baca:Gunakan Bekas Khas Ini Untuk Simpan Daun Ketumbar Supaya Segar & Tahan Lebih Lama
Baca Lagi Di Sini:Tanam Ketumbar Tak Guna Tanah Dan Tak Perlu Siram Tapi Menjadi
Artikel Menarik:Teknik Betul Tanam Pokok Sup, Pokok Tahan Lama Kalau Ikut Cara Ini
IMPIANA:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat anda yang nak berjimat, boleh tanam sendiri pokok ketumbar di rumah cuba cara mudah dan tip yang dikongsikan ini.
Dapur kaca meletup, elak lakukan perkara ini untuk keselamatan diri. Ada bermacam jenis dapur gas seperti stainless steel dan yang paling popular sekali adalah dapur gas kaca yang jenis built-in. Tarikan utama dapur jenis ini ianya nipis dan kelihatan bergaya, ramai surirumah yang memilih untuk menggunakannya. Memang tidak dapat dinafikan dapur jenis ini cantik tetapi hakikatnya ia agak berbahaya.
Terdapat beberapa insiden di mana dapur gas kaca meletup dan pecah berderai. Memang sayang bila beli dapur mahal-mahal dan pecah tetapi lagi sayang kalau keselamatan diri tergadai kan? Oleh itu, IMPIANA ingin berikan beberapa tips penjagaan dapur kaca dan kebanyakkan insiden yang berlaku adalah atas kecuaian diri sendiri. Hati-hati!
BAHAYA JIKA PERIUK TERLALU BERAT
Kena faham yang dapur gas sebegini tidak mampu untuk menampung berat yang melampau. Anda perlu mengelak daripada menggunakan periuk yang besar dan memasak sesuatu dengan kuantiti yang banyak dan berat. Jangan pakai lenjan je letak periuk yang berat-berat atasnya. Jenis dapur gas kaca ni selalunya dia ‘ ditanam’ dalam kabinet jadi mana boleh tampung berat yang melampau sangat.
JANGAN LAP DAPUR MENGGUNAKAN KAIN BASAH
Selepas aktiviti memasak, pasti terdapat sisa-sisa makanan yang tertumpah atas dapur. Bagi mereka yang menggunakan dapur gas kaca ini, jangan terus serta merta mengelap dapur anda selepas menggunakannya. Terutamanya jika anda menggunakan kain basah kerana ia amat berbahaya. Tunggu permukaan dapur gas sejuk terlebih dahulu barulah lap.
PASTIKAN ADA RUANG PADA BAHAGIAN BAWAH DAPUR
Perlu ketahui yang dapur kaca jenis ini ianya direka khas mengikut saiz kabinet agar terdapat ruang pengudaraan di bahagian bawahnya. Amatlah berbahaya jika anda letakkan di atas kabinet sebegitu sahaja tanpa ada ruang udara pada bahagian bawah dapur. Bahang panas memasak yang terkumpul dan ia boleh menyebabkan kaca retak kerana suhu yang panas.
JANGAN MASAK TERLALU LAMA
Jangan masak terlalu lama jika anda menggunakan dapur kaca. Dapur jenis ini mempunyai tahap limit penggunaanya. Apabila anda masak terlalu lama dapur akan menjadi over heat dan boleh menyebabkan ia meletup.
PASTIKAN DAPUR KACA BERKUALITI
Jika ingin membeli dapur kaca pastikan dahulu kualiti rekaannya dan diiktirafkan. Biar mahal asalkan keselamatan anda terjamin berbanding membeli yang murah dan tidak berkualiti, mampu membahayakan anda.
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana:https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Jubin pada lantai atau dinding yang kotor dan berlumut adalah perkara turn off yang dapat merosakkan imej tandas anda. Bukan itu saja, jika tetamu lihat pun pasti mereka berasa geli nak masuk. Malu nya!
Memang tidak dapat dinafikan, nak memastikan tandas sentiasa dalam keadaan tip top dari segala aspek adalah satu hal yang memenatkan dan merumitkan tetapi ia penting untuk menjaga kebersihan dan juga bagi memastikan keharmonian rumah tangga yang berpanjangan. Salah satu bahagian paling susah nak di maintain adalah pada jubin serta grouting kerana jika kita lalai sedikit pasti lumut dan kotoran mula melekat dan kalau dibiarkan lama-lama nanti susah nak tanggal. Tapi jangan risau, anda tak perlu lakukan renovasi besar besaran di tandas pun. Hanya perlu jadikan tugas mencuci tandas sebagai rutin. Yang menariknya, tak perlu guna sebarang sabun. Hanya dengan bahan dapur sahaja.
Serbuk Penaik
Untuk sesi pembersihan minor seperti tompokan air, saki-baki tumpahan shampoo dan debu, serbuk penaik adalah bahan yang sesuai menggantikan sabun pencuci lantqi. Celupkan span lembap ke dalam mangkuk serbuk penaik dan gosokkan pada jubin, grout atau mana-mana permukaan yang kotor. Bilas dengan teliti menggunakan air suam. Cucian seperti ini ideal dilakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Cuka
Antara bahan dapur yang sesuai dijadikan sebagai bahan pembersih jubin adalah cuka. Sifat berasid cuka mewujudkan persekitaran yang menghalang pertumbuhan kulat, cendawan dan bakteria. Ia juga bahan yang boleh menembusi buih sabun, deposit mineral, bintik-bintik air dan banyak lagi.
Campurkan cuka dengan air ke dalam botol dengan nisbah yang sama kemudian semburkan saja bancuhan tersebut ke permukaan jubin. Biarkan campuran tadi di permukaan selama beberapa minit sebelum menyental dengan berus atau span. Untuk kotoran yang degil, tambahkan serbuk penaik ke dalam bancuhan cuka.
Cuka juga boleh berfungsi sebagai agen pencegahan untuk kegunaan setiap hari. Jadi anda boleh semburkan campuran ini pada jubin dan permukaan kaca sebelum anda keluar dari bilik mandi.
Garam
Garam berkuasa untuk membunuh organisma sel tunggal, seperti kulat dengan cara menegringkan mereka. Tapi jangan terkejut, untuk memastikan cara ini berkesan, kawasan kulat perlu dibiarkan lembap, barulah dapat lihat kebolehan garam yang sebenar. Untuk jubin lantai atau permukaan rata yang lain, anda boleh lapkan kawasan itu dengan kain lembap dan taburkan garam, sebelum menyental ke dalam bahagian-bahagian tertentu. Biarkan ia semalaman sebelum menyambung kerja-kerja pembersihan disebelah pagi keesokan harinya. Sebarang jenis garam kasar, termasuk garam Epsom, boleh digunakan.
Jus Lemon
Jus lemon kegemaran di kalangan pencinta bahan semula jadi kerana keupayaannya untuk membersihkan kotoran serta meringankan masalah kulit dengan efektif. Begitu juga tindak balasnya terhadap jubin. Seperti cuka, jus lemon segar mengandungi asid yang agak kuat menjadikan nya sebagai musuh utama buat kulat dan cendawan. Ia juga berfungsi dengan baik apabila digabungkan dengan serbuk penaik.
Itulah antara bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk kerja pembersihan jubin. Anda boleh lakukan semuanya sendiri, tidak perlu runsing lagi. Selamat membersih!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Rak terbuka adalah idea terbaik untuk anda yang mencari ruang pengstoran tertutup. Sebenarnya banyak faedah penggunaan rak atau ruang pengstoran terbuka. Antaranya ialah ia mengurangkan kadar pembiakkan bakteria atau serangga perosak berbanding almari yang tertutup. Bagi barang dapur seperti bawang dan buah-buahan, ia menjadikan stok simpanan anda tahan lebih lama kerana terdapat aliran udara yang membantu mengurangkan kadar kelembapan di ruang simpanan.
Impiana Nak kongsi DIY rak cantik dari bakul bajet
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.