tanah mendap

PERUBAHAN iklim yang ekstrem telah memberikan impak-impak yang buruk terhadap negara Malaysia. Malah perubahan tersebut telah menyebabkan beberapa kawasan terdedah dengan bencana alam termasuklah tragedi tanah mendap.

Terbaru, empat rumah di sebuah taman perumahan di Batu Gajah, Perak dilaporkan terkesan susulan tanah mendap.

Difahamkan, kejadian yang berlaku di Taman Teja, Tanjung Tualang itu dipercayai akibat hujan lebat dan kebocoran paip, lapor Sinar Harian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, V Bavani bagaimanapun menjelaskan bahawa punca sebenar insiden terbabit masih lagi dalam siasatan.

“Keadaan di lokasi terkawal dan penghuni rumah yang terlibat juga sudah dinasihati berpindah bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

“Pihak MDBG sedang mengemukakan permohonan daripada kerajaan negeri bagi mendapatkan peruntukan kecemasan untuk membaik pulih kawasan terjejas,” katanya.

Berdasarkan maklumat, taman perumahan tersebut telah wujud sejak 30 tahun lalu dan infrastruktur yang ada juga sudah lama. Sehubungan itu, beliau berharap isu ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin sebelum perkara yang tidak diingini berlaku.

Ads

Difahamkan, rata-rata penghuni rumah yang terjejas kini menetap sementara di rumah ahli keluarga masing-masing sehingga isu berkenaan selesai.

TANDA-TANDA AWAL KEJADIAN TANAH RUNTUH, ANDA KENA PERHATIKAN!

Perumahan Di Taman Batu Gajah Alami Tanah Mendap, Kenali Tanda-Tanda Awal Bencana Alam Ini
Tanah Runtuh. Sumber : Astro Awani

1.Persekitaran cerun

-Benjolan pada kaki cerun atau tembok penahan.
-Air keluar melalui permukaan tanah di lokasi baharu berhampiran cerun.
-Air keluar di kaki cerun.
-Pagar, dinding, tiang atau pokok kelihatan condong atau beralih.
-Terdapat rekahan pada cerun.
-Paip air pecah.

2.Persekitaran anda

–Rekahan pada tanah atau asas rumah,bangunan dan struktur lain.
-Pintu atau tingkap tersekat buat pertama kali.
-Struktur cerun beralih daripada posisi awal.
-Benjolan pada kaki cerun atau tembok penahan.
-Tebing jalan mendap atau jatuh.
-Rekahan pada tanah atau kawasan bersimen semakin besar.
-Pergerakan tanah dan runtuhan kecil.
-Dinding luar, kaki lima atau tangga bergerak dari tapak asal bangunan.

Ads

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN PERLU DIBUAT

1.Sebelum kejadian

-Pantau tanda-tanda awal tanah runtuh di persekitaran anda.
-Rancang pelan pengosongan kawasan untuk keluarga.
-Sediakan beg kecemasan untuk anda dan keluarga.
-Patuhi sistem amaran tanah runtuh untuk kawasan setempat.

2.Ketika kejadian

-Maklumkan jiran-jiran yang tidak sedar berlakunya bencana.
-Kosongkan kawasan dna jauhkan diri dari lokasi tanah runtuh.
-Tundukkan badan dan lindungi kepala sekiranya terperangkap.

Ads

3.Selepas kejadian

-Periksa jika terdapat sebarang kecederaan dan maklumkan pasukan penyelamat untuk rawatan segera.
-Elakkan berada berdekatan lokasi tanah runtuh kerana kejadian susulan boleh berlaku.

IMPIANA : Semoga kita dijauhkan dengan bencana alam sebegini ya!

Mesti Baca:5 Kesilapan Besar Yang Wajib Anda Jauhi Ketika Mengubahsuai Rumah
Baca Lagi Di Sini:Ubahsuai Rumah Flat 30 Tahun Dengan Sentuhan Kontemporari Dan Tropikal Ini menarik!
Artikel Menarik:Sebelum Pindah Masuk Atau Ubahsuai Rumah Baru, Wajib Periksa 10 “Defect” Ni Dulu

Sumber: Sinar Harian

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI