Hartanah

Perunding Hartanah Kongsi 3 Sebab UTAMA Rumah Susah Nak Dijual

Share

Tak dinafikan rumah boleh menjadi aset hartanah yang menguntungkan apabila ia berjaya dijual. Namun ia juga boleh menjadi sebaliknya. Bukan semua rumah yang dimiliki mudah untuk dijual. Lebih-lebih lagi jika mempunyai 3 perkara asas ini yang menyebabkan rumah susah untuk dijual.

Baca perkongsian daripada Perunding Hartanah, Syakila Mokhtar ini sebagai panduan;

3 sebab utama kenapa rumah tu susah nak dijual.

Selalu orang ingat jadi perunding hartanah ni senang buat duit. Hakikatnya tidaklah semudah itu.

Kalau begitu mudah, pasti dah ramai perunding hartanah jadi jutawan.
Nak jual rumah bukanlah mudah. Lagi-lagi kalau tuan rumah punya perangai macam ni:

1.Rumah Buruk

Bila kami pergi tengok rumah dari luar pun kami dah geleng kepala. Cat dah berlumut, laman penuh lalang, grill besi dah senget, tingkap dah kopak.

Bila masuk dalam lagilah tak lalu. Nak ambil gambar pun fikir banyak kali, siapa ada selera nak beli rumah macam ni? Paling-paling pun kaki flip rumah busuk.

Kalau tanya tuan rumah sendiri dia tak lalu nak duduk rumah tu. Macam mana nak tarik pembeli bagi offer?

2.Permintaan Rendah

Bukan semua kawasan sama. Ada kawasan yang permintaan tinggi. Kalau rumah tu dalam kawasan yang permintaan rendah, memang lambat nak dapat pembeli.

Kawasan yang jauh dari kemudahan asas, sekolah, kedai, ada ramai pendatang asing dan jauh dari peluang pekerjaan biasanya memang susah nak jual. Lagi-lagi kalau tuan rumah buat hal kat bawah ni.

3.Minta Harga Tinggi

Ramai juga tuan rumah yang main petik je berapa harga dia nak. Selalunya dia akan petik sekali harga yang jiran-jiran lain dah jual. Entah betul entah tidak, saya tengok rekod transaksi takde pula jual harga macam tu.

Dengan kombinasi 3 in 1 kat atas ni, memang susah kami nak jual hartanah tu. Tapi kadang-kala tuan rumah tak nak faham. Dia ingat semua rumah berbaris orang nak beli.

Semoga Bermanfaat!

IMPIANA: Jadi buat pemilik rumah yang nak jual rumah, elakkan 3 perkara ini yang boleh menjadi punca rumah susah untuk dijual.

Mesti Baca: Rumah Dato’ Azril Di London Siap Sepenuhnya & Miliki 3 Lagi Hartanah Mewah!
Baca Lagi Di Sini:Pro & Kontra Buat Pinjaman Bersama Beli Rumah, Peluang Lulus Bank Tinggi Tapi…
Artikel Menarik:Usia Muda Sewa Dahulu Simpan Duit, Beli Rumah Pada Umur 40 Tahun!

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Binti Abd Wahab