Dekorasi

Pesona ‘Entrance & Backyard’ Konsep Minimalist Clean, Serikan Kediaman Teres 1,680Kps

Share

Pesona ‘Entrance & Backyard’ Konsep Minimalist Clean, Serikan Kediaman Teres 1,680Kps. IMPIANA tertarik dengan dekorasi pada bahagian dapur, laman belakang (backyard) dan bahagian hadapan (entrance) kediaman jenis teres setingkat berkeluasan 1,680Kps ini. Cukup ringkas, namun menyerlahkan lagi pesona pada kediaman yang baru setahun didiami ini.

Pemilik, Nor Afiza memilih konsep ‘Minimalist Clean’ sebagai dekorasi pada rumahnya.
Proses renovasi dan menghias kediaman ini memakan masa selama hampir 14 bulan iaitu dari September hingga November 2023, dengan anggaran kos RM56K.

Entrance Kediaman
Dapur
Backyard

Definisi Rumah

Rumah seharusnya mempunyai definisi yang tersendiri dalam membentuk ‘acuan’ ruang dekorasi dengan cara yang tersendiri. Mengikut apa yang digemari, tanpa perlu terlalu mengikut pilihan dan citarasa orang lain.

“Rumah seharusnya mempunyai dekorasi cara yang kita suka sendiri sebab itulah ruang yang kita miliki tiap hari,” jelas Nor Afiza.

Bagi pemilik, dekorasi rumah hanyalah mengikut citarasa sendiri, tanpa melantik pereka dalaman. Instagram Duda Senna Arquitetura dari Brazil pula sering menjadi rujukan dan inspirasi idea dalam menghias rumah.

‘Favorite Spot’ Di Rumah

Bagi pemilik, ruang yang menjadi keutamaan sewaktu dekorasi ruang rumah adalah pada bahagian dapur, laman belakang (backyard) dan bahagian hadapan (entrance) kediaman, dengan menekankan pengudaraan dan pencahayaan semulajadi. Sekaligus ia menjadi ruang kegemaran buat pemilik.

“Favorite spot di ruang kediaman ialah pada bahagian ‘backyard dan entrance’. Sewaktu merancang renovasi rumah ini, saya teringin ada semi outdoor kitchen since saya suka dengan ruang yang cerah dan terang apabila memasak serta pengudaraan yang baik juga sangat penting,” jelas Nor Afiza.

Berkongsi perancangan masa hadapan, pemilik berhasrat untuk menukar lantai kemasan jubin yang digunakan sekarang kepada kemasan jenis SPC.

Semoga perkongsian dekorasi ini menjadi inspirasi buat pencinta dekorasi yang lain.

INFO KEDIAMAN:

Nama Pemilik: Nor Afiza
Usia Kediaman: 1 tahun (2023)
Konsep Hiasan Dalaman: Minimalist Clean
Lokasi:

Kuantan, Pahang
Keluasan Kediaman: 21’x80’ (1,680Kps)
Anggaran Kos Renovasi: RM 56k
Jenis Kediaman: Teres

Spesifikasi Ruang:
3 bilik 2 bilik air, 1 stor, backyard, Wet kitchen, Ruang Makan, Ruang tamu

Mesti Baca: Kecil Namun Selesa, Inspirasi Rumah Persinggahan Hujung Minggu Keluasan 600kps Kos RM80K
Baca Lagi Di Sini: Casa NH Kediaman Baru Neelofa & Haris, Syukur Lalui Proses Bina Rumah Bersama
Artikel Menarik: Cantik Villa Konsep Farmhouse Pinggir Kampung, Target Dijadikan Rumah Pencen

Published by
Suhaidah Wahab