Bertemasya dengan rona merah jambu. Pilihan berani kepada anda yang berjiwa bebas dan penyayang. Mungkin bunyinya lucu, merah jambu merupakan antara warna yang menjadi kegilaan ramai sejak zaman berzaman. Anda yang mungkin mempunyai anak perempuan sudah pasti tidak asing dengan warna seumpama ini. Selalunya merah jambu dikatakan warna keanak-anakan dan warna ‘manja’
Namun dengan percaturan yang bijak, merah jambu boleh membawa pelbagai persepsi. Dari merah jambu pucat ke merah jambu lantang memancar. Kita boleh melihat gaya klasik menawan yang mempersonakan ibarat pemerah pipi klasik. Atau gaya sezaman 80an yang lembut tetapi mempunyai gaya pop era tersebut. 90an juga memperlihatkan kekuatan merah jambu pantang dengan idea baru menuju era tahun 2000. Rona neon dan warna lantang menjadi sesuatu yang popular di kalangan anak muda ketika itu.
Rona merah jambu klasik yang mengasyikkan memberi kita satu gaya feminin yang seksi dan pada masa yang sama kontemporari. Merah jambu memberi kita satu kepuasan dan adakala tidak perlu banyak cukup sebuah sattee sudah memberi satu pesona pada ruang. Inilah dia kuasa merah jambu yang mampu menukar ruang yang kusam menjadi cantik tak jemu dipandang.