Berbudi pada tanah banyak manfaatnya. Berhadapan risiko kelaparan yang semakin meningkat di Gaza telah mendorong petani muda berpengalaman, Yousuf Abu Rabea, melakukan inisiatif untuk memulakan ladang di atas bumbung sambil mempersiapkan tanah pertanian yang rosak akibat perang.
“Sayur-sayuran, buah-buahan, daging, malah makanan dalam tin yang biasa kami terima sebagai bantuan kemanusiaan sudah habis,” kata lelaki berusia 24 tahun dari Beit Lahia di utara Gaza kepada Xinhua.
Usahanya dianggap berisiko tinggi kerana serangan udara yang tidak dijangka, kemarau, dan kekurangan baja akibat sekatan ketat Israel mengancam untuk memusnahkan segala usaha untuk menghasilkan sayur-sayuran bagi memberi makan kepada jiran-jiran yang kelaparan.
Rakyat Palestin yang terpaksa berpindah akibat konflik yang berterusan telah terbiasa hidup di bawah garis kemiskinan.
Elak Kelaparan
Titik tolak bagi Yousuf untuk meneruskan pertanian adalah apabila mengetahui bahawa tiga jirannya meninggal dunia akibat kelaparan.
Bimbang bahawa keluarganya juga akan menghadapi nasib yang sama, Yousuf mula membersihkan bumbung untuk mencipta petak pertama tanaman sebaik sahaja tentera Israel membenarkan dia dan penduduk lain yang berpindah kembali ke bandar mereka.
Tanah suai tani sama ada musnah dalam serangan atau diduduki oleh khemah yang menempatkan orang yang terpaksa berpindah. Sebanyak 63 peratus ladang tanaman tetap di Gaza telah rosak, menurut statistik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Julai.
Lebih buruk lagi, wilayah pantai yang terkepung itu mengalami kekurangan air. Kira-kira 67 peratus kemudahan air dan sanitasi telah dimusnahkan atau rosak akibat aktiviti berkaitan konflik, menurut statistik PBB pada bulan Jun.
Ads
Benih Tanaman Mudah Tumbuh
Malah, benih yang boleh digunakan juga sukar didapati. Yousuf berkata dia menjelajah tanah yang ditinggalkan dan berjaya “mengumpul benih lada hijau, terung, selada air, dan tanaman lain yang cepat dan mudah tumbuh.”
Yousuf dan abangnya kemudian mengeringkan benih selama dua hari sebelum menanam semula. Kumpulan pertama anak benih sayuran mereka berjaya dan menggalakkan orang lain untuk menyertai dan memperluaskan skala kebun mereka.
“Kami kini sedang bersiap sedia untuk menanam beberapa sayuran musim panas untuk memastikan bekalan minimum produk pertanian untuk orang kami,” katanya.
Israel telah melancarkan serangan besar-besaran ke atas Gaza sejak 7 Oktober 2023. Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel yang berterusan di Gaza meningkat kepada 38,983, kata pihak berkuasa kesihatan Gaza pada Ahad.
Malnutrisi Penduduk Gaza Meningkat
Dua juta orang, hampir keseluruhan penduduk Gaza, mengalami tahap ketakjaminan makanan yang kritikal dan malnutrisi semakin meningkat, kata Program Makanan Sedunia (WFP) di platform media sosial X pada akhir Jun.
Ads
“Penduduk Gaza tidak mempunyai makanan yang mencukupi untuk terus hidup. Ramai daripada mereka tidur dalam keadaan lapar, hanya mendapat satu hidangan sehari jika mereka bernasib baik.
Kebuluran bukan sekadar mengenai makanan. Orang ramai memerlukan nutrisi. Mereka memerlukan akses kepada penjagaan kesihatan. Mereka memerlukan air bersih, dan mereka memerlukan tempat perlindungan,” kata WFP.
Walaupun jika perang berakhir dengan segera, Yousuf berkata: “Kami tidak akan dapat kembali kepada kehidupan normal kami dengan cepat.”
Daripada duduk diam dan menunggu sumbangan tiba, bertani adalah seperti satu lagi usaha, menurut petani muda ini.
Ads
Kini dia menggalakkan petani lain untuk mengusahakan tanah mereka walaupun perang berterusan. “Ia akan berakhir lambat laun, jadi kami perlu bersiap sedia untuk hari itu,” katanya.
IMPIANA: Tahniah atas inisisatif petani muda ini memulakan tanaman sayur-sayuran ini, meskipun bukan mudah dalam situasi perang namun tetap berusaha untuk meneruskan kehidupan. Terbaik.
Ramai yang melompat dan terkesan dengan harga sayur naik sehingg berlipat ganda. Apakah punca perkara ini berlaku. Ramai yang membuat spekulasi yang mengatakan harga tidak dikawal oleh pihak berkuasa dan sebagainya. Harga Sayur Melambung Tinggi, Warganet Tanya Nak Makan Apa Pula?
Rata-rata warganet menzahirkan rasa kecewa apabila harga beberapa jenis sayur-sayuran di pasaran didapati naik sehingga 200 peratus sejak dua minggu lalu.
Ramai yang meluahkan perasaan dan berkongsi senario kenaikan harga bahan mentah bermula harga ikan, ayam, sardin, telur dan sayur. Menurut warganet ketika harga ikan naik ramai yang merungut, jadi mereka disarankan untuk makan ayam yang dikatakan lebih murah daripada ikan.
Kebun Komuniti Presint 14 Putrajaya
Sedarkah anda perkara ini berlaku kerana pelbagai faktor lain yang membuatkan perkara ini berlaku. Kesan dari ekonomi negara dan palitan dari faktor politik negara sebelum ini. Usah kita cepat menilai dari dasar luaran, lihat dari setiap segi dan segenap perkara pasti ada penyelesaiannya. Ingin IMPIANA tegaskan disini , sudah lama kerajaan menyarankan agar kita bercucuk tanam dan menjana pendapatan dari hasil tanaman. Bukan sahaja boleh dimakan untuk keluarga boleh buat duit sampingan jika anda tahu cara dan teknik yang betul dalam bercucuk tanam ini.
IMPIANA banyak kongsikan cara bercucuk tanam dan menekan kelebihan pokok yang ditanam dengan kehidupan harian kita. Jika anda selalu ikuti Sembang Laman setiap Sabtu di FB live dan juga di Youtube IMPIANA TV. Dengan sokongan Jabatan Pertanian banyak petani-petani mahupun individu yang betul-betul minat dalam pertanian ini mendapat sokongan dan dibantu sehingga berhasil. Lihat sahaja hasil dari kebun-kebun komuniti ini.
Dalam situasai begini ayuh bangkit dan sahut cabaran bercucuk tanam mula hari ini tanpa alasan. Hasilkan tanaman sayuran segar dari laman ada mahupun balkoni kediaman anda. Tiada sebarang halangan lagi untuk bercucuk tanam masa kini. Pelbagai cara dan teknik anda mampu hasilkan tanaman segar dan sihat. “Tepuk Dada Tanya Selera”
Tonton Video Menarik Di Youtube IMPIANATV (KLIK DI SINI)
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sejak kebelakangan ini, situasi hujan sudah mula dilihat semakin kerap berlaku hampir setiap hari di seluruh tanah air. Jadi, mungkin ada yang di kalangan anda yang sudah mula berasa bimbang dengan keadaan sekarang yang boleh mengakibatkan bencana banjir kilat berlaku.
Tambahan pula, Jabatan Mateorologi Malaysia (MetMalaysia) telah meramalkan negara bakal mengalami hujan lebat yang berterusan mulai pertengahan November in sehingga penghujung bulan berkenaan.
Sudah pasti, dengan ramalan yang diwar-warkan pasti akan menimbulkan kegusaran orang ramai khususnya bagi mereka yang pernah berdepan dengan situasi masalah banjir sebelum ini. Jadi, tidak hairan lah kalau ada yang berasa trauma sekiiranya bencana alam tersebut berlaku lagi, betul tak?
Bagi anda yang berasa trauma dan pernah menjadi salah seorang mangsa banjir sebelum ini amat disarankan untuk membuat persediaan lebih awal supaya masalah buruk yang tidak diingini dapat dielakkan. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.
Sebagai permulaan, antara persediaan awal yang anda boleh lakukan adalah melindungi barangan elektrik dan kelengkapan rumah seperti peti ais, mesin basuh, televisyen dan perabot daripada rosak terjejas akibat bencana banjir yang berlaku.
Bagaimana caranya? Apa kata anda melindungi kesemua barangan elektrik dan kelengkapan rumah anda menggunakan plastik tiub kalis air khas ini. Sebenarnya produk ini dicipta untuk melindungi kenderaan seperti kereta dan motorsikal daripada rosak akibat air banjir.
Jadi, tidak salahkan kalau kita menggunakan plastik tiub kalis air ini bagi melindungi kesemua barangan elektrik dan kelengkapan rumah. Dengan cara ini, sudah pasti barang pun tidak mudah rosak, duit pun jimat.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Pernah terkilan dengan kata-kata ‘kau gagap, tak boleh jadi Interior designer’ untuk berjaya, tidak mematahkan semangatnya untuk terus maju dan berjaya sehingga kini.
Mengenali peribadi beliau hampir 12 tahun dalam industri hiasan dalaman. Sikap, perwatakan dan semangatnya sentiasa kuat malahan lebih bertenaga.
Pengarah Urusan Kreatif EA ALAMREKA Sdn Bhd, Amin Yussoff tidak pernah berputus asa untuk terus maju dalam industri Reka Bentuk Dalaman ini. Seorang yang rendah diri dan tidak pernah jemu untuk mendidik pemilik rumah rancang dahulu dalam mencapai kediaman impian masing-masing.
Beliau bukan sahaja berbakat di dalam Seni Reka Bentuk Dalaman, namun beliau berjaya bangkit dengan mampu menjadi the one and only speaker didalam industri rekabentuk berbangsa melayu.
Beliau juga seorang penulis yang telah mengeluarkan sebuah buku pertama dalam industri rekabentuk dalaman iaitu buku 60 Panduan Reka Bentuk Dalaman Untuk Pemilik Rumah. Buku hasil penulisan beliau yang memberi tip untuk pemilik rumah tahu bagaimana untuk mendapatkan sebuah rumah yang baik dan sempurna.
Amin Yussoff, bijak dalam percaturan perniagaan sikap yang memandang kedepan tanpa ada presepsi negatif dalam apa jua yang dilakukan boleh dijadikan contoh yang baik dalam perniagaan. Tidak pernah sesekali gentar untuk mencuba sesuatu bagi membangkitkan semangatnya untuk terus mara kehadapan.
MamyHome Interior Design adalah satu cabang perniagaan yang sama dibawah satu bumbung EA ALAMREKA Sdn.Bhd. MamyHome banyak memberi perhatian kepada pemilik rumah persendirian, manakala EA ALAMREKA Sdn.Bhd pula lebih kepada komersial dan juga projek mega.
Beliau tidak pernah berputus asa untuk mengajar dan memberi peluang kepada pemilik rumah diluar sana. 20,000 unit kediaman sehingga tahun 2025 menjadi tumpuan visi Amin Yussoff dan MamyHome untuk menyelesaikan masalah pemilik rumah yang ada di Malaysia.
Siapa menyangka tuah anak kelahiran Ipoh, Perak ini dari hari ke hari masa ke masa beliau berjuang berhabisan sehingga berada di aras ini, ‘tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu’.
Dalam apa jua perniagaan bukan mudah untuk seseorang itu berada ditakuk atas. Tetapi dengan berkat usaha dan dorongan yang betul ia mampu menjadi satu realiti untuk terus berjaya. Menariknya tentang peribadi Amin Yussoff ini ialah beliau tidak pernah tahu erti berhenti untuk menimba ilmu.
Bagi beliau belajar biar lah sehingga hujung nyawa, nescaya ilmu yang penuh di dada mampu memajukan seseorang itu dari sudut yang berbeza.
Kini, Amin Yussoff sudah mampu menarik nafas lega apabila ramai yang sudah mula sedar dan mengenali MamyHome sebagai solusi masalah renovasi rumah. Itulah harapan beliau 10 tahun yang lalu. Berkat dan kesabarannya dalam menjalani perniagaan dalam Industri Reka Bentuk Dalaman ini.
Hasil Projek
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.