Berita

Peti Sejuk Ada Calar & Kemek, Tutup Segala Cela Dengan Menggunakan ‘Fridge Magnet Miniature’ Yang Comel Ini!

Share

Apabila peti sejuk di rumah sudah lama digunakan, mungkin akan meninggalkan kesan calar atau pun kemek pada permukaan luar badan peti ais anda. 

Jika anda mahu menukar peti sejuk yang baharu pula, tetapi ia masih lagi elok untuk diguna pakai. Sayang dan membazir kalau tukar peti sejuk yang baharu kan oleh hanya kerana terdapat kesan calar serta kemek pada permukaan luar badannya, betul tak? 

Tidak dinafikan, jika ada kesan calar dan kemek pada permukaan luar badan peti sejuk ini memang boleh membuatkan ‘sakit mata’ melihatnya. Tetapi kini anda tidak perlu lagi berdepan dengan situasi sedemikian kerana ada cara mudah untuk mengatasi masalah anda tersebut. 

Bukan sahaja memudahkan malah ia sangat menjimatkan dan anda tidak perlu berbelanja besar pun bagi untuk menutupi segala cela pada permukaan luar badan peti sejuk anda. Apa yang hanya cuma anda perlukan adalah ‘Fridge Magnet Miniature’ yang comel ini. 

Lihatlah hasilnya, bukan sahaja ia dapat menutupi segala cela pada permukaan luar badan peti sejuk anda malah ia membuatkan ia tampak lebih menarik dan unik. Jangan ada yang tidak tahu, ia ada bermacam-macam bentuk yang menarik tau!

Sekiranya anda ingin memiliki ‘Fridge Magnet Miniature’ ini, anda boleh mendapatkannya dengan membuat pembelian secara dalam talian di aplikasi Shopee. Klik di sini untuk pembelian. 

Sumber: Facebook Pemburu Tiket Murah

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.

Baca artikel berikutnya: Tampak Lebih Unik & Comel, Pengikat Langsir Ini Sangat Sesuai Untuk Bilik Anak-Anak!

 

Published by
Nazar Rafiqhi