Bagai ada yang tidak kena, di celah-celah tata hias sofa indah di segenap ruang, munculnya sebuah peti usang dijadikan meja kopi utama? Kegilaan apakah ini? Adakah selari estetika perabot yang ada dengan sebuah peti usang ini? Apakah relevannya ia di tempatkan di situ?
Sebenarnya idea menempatkan beg atau bagasi besar, peti lama dan sebagainya merupakan salah satu idea kreatif dalam menghidupkan suasana shabby chic, yang menggunakan apa yang ada di dalam sebuah kediaman dan diganti fungsinya. Selalunya ia dicat kembali bagi memberikan satu kelainan dan ada juga yang dibiarkan bebas tampil lusuh penuh tanda tanya juga cerita.
Mungkin bagi kita ia nampak ganjil tetapi ia sebenarnya merupakan idea yang menarik malah unik. Ruang nampak tersendiri dan hadirnya objek misteri tersebut boleh juuga memancing pandangan serta menjadikan ruang penstoran jika masih boleh digunakan. Simple-simple je di IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Hanya 5.5 Meter Persegi, Kediaman Sempit Ini Tampak Selesa & Moden
Saiz tanah yang sempit bukanlah penghalang untuk mewujudkan kediaman impian. Walaupun ruang yang terhad, namun dengan perancangan yang bijak dan kreativiti yang mencukupi, kita masih boleh mencipta sebuah tempat tinggal yang selesa dan memenuhi kehendak kita
Hal ini telah dibuktikan dengan sebuah kediaman di negara jiran yang dibina atas tanah dengan keluasan 5.5 meter persegi sahaja! Walaupun ruang nya terhad, rumah ini masih lagi mampu kelihatan selesa dan lengkap.
“Trow House ini dibina di Jakarta Barat atas tanah seluas 5.5 meter.
Dibina dengan konsep Top Ceiling iaitu siling ditinggikan agar dapat cipta lapisan void antara setiap ruang. Kediaman akan dapat pengudaraan dan pencahayaan yang baik dan nyaman bila siling dibina tinggi begini.
Arkitek yang memimpin kerja ini adalah Hezby Ryandi. Mari kita lihat setiap ruang dan rumah yang menarik ini.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sumber : Archdaily & Azizul Azli Ahmad
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Cari Idea Menghias ‘Laundry Area’
MARI KITA BASUH KAIN! adakala pening kepala juga mana nak diletak mesin basuh. Dapur yang ada kecil, ruang balkoni pula sesak. Jadi bagaimana boleh kita manfaatkan ruang yang ada untuk penyediaan ruang mencuci baju?
Kita mungkin agak keliru mana nak letak mesin masih di rumah. Di dapur atau di pinggir bilik mandi mahupun di luar sahaja area dapur basah? Sebenarnya mesin basuh perlu ditempatkan di kawasan khas untuk membasih. Namun kediaman kita tidak punya ruang luas untuk membasuh, ia dlihat lebih sesuai ditempatkan pada area dapur basah atau di kondomonium sekarang, ia ditempatkan di luar,khas untuk dapur basah.
Jika anda sudah mempunyai ruang untuk mencuci baju, jangan lupa sertakan sama beberapa kelengkapan seperti rak untuk menempatkan segala sabun dan cecair pencuci. Begitu juga bekas cucian atau bekas kain kotor dan bersih. Termasuk ampaian kecil atau papan penggosok jika anda menggosok di ruang membasuh ini juga.
Benar setiap kali membasuuh kawasan ini agak sibuk dan mungkin sahaja lembab tetapi kelebihan menempat segala keperluan di kawasan separa terbuka ini memberi kita kitaran udara yang bagus dan segar. Anda boleh menjemur atau memilih mesin basuh muatan depan. Hias dengan kreatif dan anda yang mempunyai sudut membasuh yang luas mungkin juga boleh membina kabinet bina dalam untuk memastikan ia kemas dan tertutup.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
“Pretty In Pink”, Rona Lembut Di Kediaman Istimewa
Pemilihan warna yang sesuai buat ruang merupakan proses yang signifikan dalam membina identiti kediaman. Pastikan setiap pemilihan rona pada cat dinding, perabot, langsir serta aksesori kecil yang lain berupaya membentuk sebuah harmoni dalam sesebuah kediaman.
Kecintaan dan minat mendalam Puan Suhaila terhadap warna merah jambu telah beliau terjemahkan dengan jelas dalam dekorasi kediaman miliknya. Rona putih dan element kayu diselit bersama merah jambu bagi menambah keharmonian dalam setiap ruang. Pemilik juga bijak menyuai padan perabot dalam pelan lantai terbuka agar ruang tampil lebih luas tetapi dalam masa yang sama, kemas tersusun.
Rumah jenis superlink 2 tingkat ini telah didiami bersama suami dan 2 ekor kucingnya sejak beberapa tahun yang lalu. Walaupun terletak agak jauh dari tempat kerja, hal ini tidak menjadi masalah buat Puan Suhaila kerana baginya, pengorbanan yang datang bersama kediaman impian beliau ini amat berbaloi untuk ditempuhi.
PESONA WARNA HARMONI
Merah jambu merupakan cerminan tepat personaliti Puan Su sendiri. Tutur kata yang tertib serta tingkah laku tuan rumah yang lemah lembut membuatkan penulis selesa beramah mesra bersamanya. Berpandukan cita rasa, fungsi serta praktikaliti ruang, Puan Su sememangnya amat teliti dalam menata rias setiap sudut di mahligai mewah ini.
Tingkat bawah kediaman di lengkapi dengan ruang tamu, ruang makan, dapur serta sebuah bilik tidur tetamu. Selain itu, disebalik pintu gelangsar juga terdapat ruang balkoni yang cukup luas buat tuan rumah bercucuk tanam dan mendekatkan diri dengan alam sekitar yang nyaman.
Sebagai warna dominan, rona merah jambu telah di’lembut’kan oleh padanan rona putih serta palitan elemen kayu yang menjadikan setiap sudut lebih tenang dan tidak kelihatan terlalu memaksa. Sebaliknya, pengunjung akan merasa lebih santai apabila berada di ruangan kediaman ini.
RUANG PENYIMPANAN PRAKTIKAL
Kebanyakan kediaman dengan pelan terbuka sering menghadapi masalah membahagikan antara satu ruang dengan satu ruang yang lain. Pelbagai teknik boleh digunakan tetapi pemilik memilih untuk membinakan kaunter pulau yang besar bagi membahagikan ruang tamu dan ruang makan dengan dapur.
Penulis sekali lagi kagum dengan ketelitian pemilik memilih warna bagi setiap perkakas dan perabot di dapur. Dari kabinet, permukaan kaunter hinggalah periuk belanga, semuanya pasti mempunyai sentuhan warna campuran merah dan putih itu.
Di satu sudut, Puan Su juga mempunyai sebuah pantri di dapurnya bagi memudahkan beliau menyimpan stok barangan kering serta makanan dengan lebih kemas dan tersusun. Ruang penstoran sebegini adalah lebih praktikal kerana pengguna mudah melihat dimana letaknya setiap bahan selain dapat menjimatkan masa di dapur.
SANTUARI NYAMAN DI BILIK TIDUR
Menjengah ke bilik tidur utama di tingkat dua kediaman ini, dan seperti yang dijangkakan penulis, kamar beradu pemilik juga amat comel dihias dengan warna kegemaran beliau. Walaupun tampak ringkas dan moden, bilik tidur ini jelas mempunyai karakter tersendiri.
Bilik mandi di bilik tidur utama ini juga tidak kurang menariknya. Umpama melangkah masuk ke sebuah spa, ruang ini amat ideal untuk merehatkan fizikal dan mental setelah seharian penat di tempat kerja.
Bahkan, keseluruhan kediaman ini bagaikan menjemput tetamu untuk “take a step back, and relax” dengan suasana yang nyaman dan ceria.
+ INFO KEDIAMAN
Nama Pemilik: Puan Suhaila
Jenis Kediaman: Superlink 2 tingkat
Konsep: Moden Scandinavian
Keluasan: 2345 kaki persegi
Spesifikasi: 4 Bilik Tidur & 4 Bilik Air
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI