Laman

Petua Berkebun Dulu-dulu Untuk Cegah Serangga Perosak Tanaman

Share

Zaman nenek moyang kita dahulu mana ada racun serangga yang dijual secara meluas di pasaran seperti sekarang ni. Akan tetapi, tanaman mereka tetap optimum dan kurang masalah. Apa yang mereka lakukan? berikut adalah 4 masalah serangan serangga yang diselesaikan dengan amalan mampan. Hanya guna bahan-sekitar kita sahaja. Rugi kalau tak cuba.

MASALAH 1: CACING KUBIS

Bahan: Tepung naik sendiri
Cara: Masukkan tepung ke dalam beg kertas, kemudian buat lubang kecil sebesar hujung jarum pada beg berkenaan. Taburkan tepung tersebut ke atas tumbuh-tumbuhan yang diserang pada awal pagi, Ini kerana awal pagi merupakan waktu paling aktif cacing memakan tumbuhan. Apabila suhu meningkat, tepung ‘naik sendiri’ yang melekat pada badan cacing akan menyebabkan ia membengkak dan mati.

MASALAH 2: SERANGAN SIPUT

Bahan: Air dan ammonia
Cara: Campurkan air dan ammonia kemudian sembur pada siput. Air ammonia ini akan mengecutkan siput dan dalam masa sama, baik untuk tumbuhan kerana ia memberi sumber nitrogen
Alternatif: Bancuhkan kopi pekat – 10 sudu serbuk kopi untuk secawan air dan sembur sekitar tumbuh-tumbuhan atau atas daun. Kafein adalah pembunuh siput!

MASALAH 3: SERANGAN ULAT PADA AKAR POKOK

Bahan: Ubi kentang
Cara: Potong kentang dan letakkan sekitar akar pokok. Biasanya ulat akan beralih dari akar ke kentang kerana ulat lebih gemarkan akar dari jenis umbisi yang lazat. masa ni amat sesuai untuk memberi semburan racun pada ubi kentang tersebut untuk memusnahkan serangga tadi. Alternatif: Boleh gantikan kentang dengan lobak merah atau lobak putih.

MASALAH 4: KUTU DAUN, TERITIP DAN LALAT PUTIH

Bahan: Minyak daun semambu (Neem Oil)
Cara: Semburkan pada daun
Alternatif:
* Ekstrak daun semambu.
Cara membuatnya campurkan 2kg daun neem yang sudah ditumbuk lumat bersama dengan 30 gram sabun basuh. Tinggalkan semalaman dan tapis. Setiap 5 liter bahagian dicampurkan dengan 15 liter air dan semburkan ke pokok.

* Ekstrak bawang putih
Campurkan 100 gram bawang putih dicincang dalam 0.5 liter air. Tambahkan 10 ml minyak masak dan 10 gm sabun. Tinggalkan semalaman dan tapiskan. Untuk semburan, campurkan larutan campuran bersama air dengan nisbah 1:200

 

Published by
Impiana