
Daging, tak kira lah jenis panas mahupun sejuk beku, memang makan masa untuk empuk. Selain teknik pemotongan yang memainkan peranan penting dalam penyediaan daging, Teknik memasak juga turut memberi kesan. Namun, mesti ramai yang tak tahu teknik masakan daging supaya cepat empuk yang digunakan oleh Norsazenny Ariffin. Teknik ini telah menerima lebih 14k perkongsian
Cara macam ni yang selalu saya buat time nak masak daging. Nak masak sup daging sup tulang kejap je tak payah lama. Rebus dulu daging tu 20 minit ke 30 minit (Sempatlah kita sediakan bahan-bahan lain ). Masa air tengah mengelegak kuat tu masukan ketul ais. Kejap je daging tu empuk. Petua ni saya dapat dari tukang masak thai.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Trend Cermin Rotan Yang Menjadi Idaman

Jika dulu, perabot rotan dianggap lapuk. Namun kini, ia mula mendapat hati bagi peminat-peminat dekorasi. Yang sentiasa menjadi idaman adalah Wing Chair burung merak. Ada seketul kerusi ini dalam kediaman sudah cukup menjadi salah satu focal point pada keseluruhan dekorasi. Tidak kira konsep moden, boho, tradisional mahupun eclectic ia sesuai dipadankan. Selain perabot, ornamen dekorasi turut menjadi rebutan seperti cermin ini
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tiada Ruang Untuk Bercucuk Tanam? Ini 5 Kaedah Untuk Kediaman Dengan Ruang Terhad

Seringkali warga bandar mengeluh macam mana nak bercucuk tanam kalau ruang yang ada pun sempit dan muat-muat untuk keperluan keluarga saja. Sebenarnya ada banyak cara yang sesuai cuma mungkin mindset kita dah terbiasa kalau nak tanam pokok mestilah di atas tanah. Dengan panduan daripada Jabatan Pertanian ini, mereka yang tinggal di flat, apartment, rumah teres lot tengah dan sebagainya boleh amalkan menanam sayur cara ini. Mudah dan dapat memberi manfaat buat keluarga kita.
1. EDIBLE GARDEN
Kebun edible adalah satu konsep yang menggabungkan penanaman antara tanaman edible atau tanaman yang selamat dimakan dan tanaman hiasan mengikut nisbah 70:30 iaitu 70% tanaman makanan dan 30% tanaman hiasan. Gabungan ini, selain menjadikan persekitaran kelihatan menarik, ia juga boleh menjadi sumber makanan segar, berkhasiat dan selamat dimakan.
Tanaman edible yang dipilih dan ditanam seharusnya dapat menampung secukupnya untuk satu hidangan dan tanaman hiasan pula berfungsi sebagai agen biologi kawalan serangga perosak. Kebiasaannya jenis tanaman yang boleh ditanam adalah sayuran jenis daun seperti sawi, pak choi, kangkung, bayam dan jenis sayur buah seperti cili, terung, bendi, peria. Tanaman herba seperti serai, kunyit, kari, pandan dan pokok limau sesuai ditanam kerana ia adalah tanaman yang lasak dengan penyelenggaraan yang mudah.
2. Penanaman dalam Bekas/ Pasu
Bagi kawasan rumah kediaman yang mempunyai ruang persekitaran yang agak sempit seperti rumah pangsa atau flat, penanaman sayuran dan herba sesuai di tanam di dalam pasu, bekas terpakai atau polibeg. Selain mudah dari segi penyelenggaraan tanaman seperti menggembur media, membaja, merumpai dan menyiram, penanaman dalam pasu juga menghasilkan keseragaman reka bentuk di halaman rumah yang sempit.
Terdapat pelbagai jenis pasu yang berbeza dari segi bentuk dan saiz yang ada dijual di pasaran. Pemilihan jenis tanaman yang sesuai ditanam di dalam pasu adalah bergantung kepada saiz pasu. Jenis tanaman sayur-sayuran yang sesuai ditanam di dalam pasu bersaiz sederhana kecil (±10”x10”) adalah dari jenis akar serabut, semusim, tidak menjalar dan ketinggian pokok di bawah 1 meter.
Kebiasaan sayuran jenis daun yang ditanam di dalam pasu adalah seperti sawi, pak choi, kangkung, bayam, salad, kuchai manakala kailan dan jenis sayur buah seperti cili, terung dan bendi.
Bagi tanaman herba yang sesuai ditanam di dalam pasu adalah seperti kunyit, kari, pandan, lidah buaya, rosemary, kesum, pegaga, stevia dan pokok limau. Walau bagaimanapun, penuaian yang kerap perlu dibuat memandangkan tanaman ini mudah membiak.
3. Bekas Recycle
Konsep guna semula bahan terbuang/terpakai sesuai dipraktikkan di kediaman dengan menjadikan botol plastik, bekas air minuman, tong drum plastik, tin, bekas kaca, kain dll. sebagai bekas tanaman. Terdapat pelbagai ciptaan boleh dihasilkan dari bahan terbuang/terpakai seperti menara botol, mini aquaponik, bekas siraman dll. Tambahan lagi, dengan sedikit sentuhan kreativiti dalam inovasi ini boleh menjadi pendapatan sampingan kepada penduduk bandar.
Bahan buangan sisa dapur seperti sayur, buah, ikan dan ayam boleh diproses menjadi baja semula jadi dan sebagai bahan untuk kawalan serangga manakala bahan buangan makanan jika ditambahkan dengan tanah bermikrob boleh pula dijadikan baja kompos dan digunakan semula pada tanaman. Selain aktiviti ini dapat menjimatkan kos input pertanian, mengurangkan sisa buangan rumah, menjamin keselamatan dan kesihatan makanan itu sendiri malah dapat menggalakkan penduduk bandar untuk bersosial dan berkreativiti.
4. Vertical Farming
Penanaman vertical dihasilkan di atas permukaan yang menegak dengan cara pokok tumbuh di atas permukaan tersebut yang disokong oleh struktur tertentu dengan mengandungi medium tanaman mencukupi. Konsep ini sesuai untuk diaplikasikan di kawasan terhad dengan mengambil kira faktor seperti ruang, kesuaian tanaman, jenis medium tanaman dan tarikan graviti. Selain itu, penyiraman tanaman diberi secukupnya sahaja.
Jenis tanaman sayur-sayuran yang sesuai ditanam menggunakan konsep ini adalah dari jenis akar serabut, semusim, tidak menjalar, batang lembut dan ketinggian kurang dari 1 kaki. Kebiasaannya adalah sayuran jenis daun seperti sawi, pak choi, kangkung, bayam, salad dan kuchai.
Bagi tanaman herba yang sesuai adalah dari jenis akar serabut, merayap dan renek seperti rosemary, kesum, pegaga dan stevia.
5. Hidroponik
Selain penanaman terus ke tanah atau penanaman menggunakan pasu, beberapa teknologi dalam pertanian boleh diaplikasikan di kawasan kediaman yang sempit seperti teknologi mini fertigasi, Nutrient Film Technique (NFT) dan piskiponik. Teknologi fertigasi adalah satu kaedah penanaman dimana baja dalam bentuk larutan disalurkan melalui sistem pengairan, manakala NFT adalah teknik hidroponik (tanaman sayur-sayuran tanpa tanah) di mana baja dalam bentuk larutan dialirkan melalui satu kitaran saluran bersambung dan piskiponik adalah kombinasi aktiviti akuakultur (ternakan ikan dalam kurungan) dan hidroponik. Dengan sedikit pengubahsuaian, semua teknologi ini boleh diaplikasikan di kawasan kediaman yang terhad, sempit dan tiada tanah untuk bertani.
Jenis tanaman sayur-sayuran yang sesuai ditanam menggunakan teknologi NFT dan piskiponik adalah dari jenis akar serabut, semusim, tidak menjalar, batang lembut dan ketinggian kurang dari 1 kaki. Kebiasaannya adalah sayuran jenis daun yang ditanam seperti sawi, pak choi, kangkung, bayam, salad dan kuchai.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
11 Cara Berkesan Buang Habuk Pada Kipas, Cermin dan Tingkap Yang Anda Tak Tahu

Mengemas rumah, perkara yang paling kita rimas adalah habuk. Sapu sana, terbang sini. Buang sana, datang sini. Jangan ingat dengan menggunakan vacuum boleh buang semua habuk di rumah. Salah cara, benda yang mudah pun boleh jadi susah. Jadi ikut 11 langkah yang telah disediakan ini untuk memudahkan tugas-tugas mengemas dan membersihkan rumah anda.
1. Buang habuk pada mentol lampu menggunakan kain microfiber yang bersih dan kering.
Tapi sebelum anda lap habuk yang menyelaputi mentol anda, tanggalkan terlebih dahulu bagi tujuan keselamatan
2. Bersihkan kipas dengan menggunakan sarung bantal lama.
Kebiasaanya, kita akan gunakan penyapu atau kain untuk buang habuk yang melekat pada kipas kan? Tapi akhirnya habuk tersebut bertaburan di lantai dan perabut. Dah satu hal nak menyapu balik. Dengan kaedah ini risiko habuk bersepah tu kurang lah.
3. Berus gigi dan baju t-shirt lama untuk buang habuk pada tanaman dan bunga
Kaedah ini boleh dan sesuai digunakan sama ada untuk tanaman artificial ataupun yang hidup. Tapi berus gigi yang digunakan harus lah yang jenis lembut dan digosok perlahan-lahan. Kalau ada kotoran degil, boleh basahkan sikit berus dan kain tu.
4. Guna mayo untuk kilatkan daun
Bila dah memberus atau lap habuk dari daun, anda ambil sedikit mayo dan sapu kan pada permukaan daun. Kaedah ini sesuai untuk tanaman yang mempunyai daun lebar dan permukaan daunnya kelihatan macam ada lapisan lilin seperti fig plant atau adik beradik pokok ficus.
5. Guna multi-purpose Dust untuk exhaust fan
Kadang-kadang, exhaust fan lah benda yang selalu diabaikan terutamanya di dalam bilik air. Almaklum lah, alasan sebab tinggi, orang tak nampak dan pelbagai lagi. Tahu kah anda, jika dibiarkan lama kelamaan warna nya akan menjadi kuning dan buruk. Kalau tak ada multi-purpose dust ni, boleh gunakan vacuum lebih mudah. KALAU SAMPAI LAH.
6. Tutup penyaman udara dan kipas ketika membuang habuk dan vacuum
Dalam habuk terkandung partikel kecil yang kita tak nampak. Bila anda melakukan aktiviti menyapu, membuang habuk mahupun vacuum,partikel halus ni tadi akan bertebaran terbang. Jadi tutup kipas dan penyamanan udara jika anda nak pastikan semua habuk tadi berjaya dikumpulkan atau disedut oleh vacuum.
7. Gunakan pelembut pakaian untuk permukaan perabot plastik
Perabot plastik seperti meja makan, table top, kerusi plastik akan mempunyai satu lapisan untuk kelihatan kilat. Lama kelamaaan, lapisan tersebut akan mengelembung dan ada yang koyak dan kusam. Mengatasi masalah ini, setelah anda lap bersih permukaan plastik tersebut, sapukan dengan pelembut pakaian sedikit.
8. Guna lint pada permukaan perabut kain
Untuk membuang habuk pada permukaan perabut kain kebiasaannya anda gunakan vacuum kan? tapi sebenarnya kaedah tersebut kurang bersih. Gunakan lint untuk lebih mudah dan jaminan bersih.
9. Stokin lama untuk membersih blinds
Selain menggunakan span, anda boleh gunakan stokin lama untuk membuang habuk pada permukaan blinds. Secara tidak langsung, kedua-dua permukaan dapat dibersihkan serentak.
10. Kilatkan cermin dengan menggunakan akhbar lama
Kebiasaanya orang menggunakan kain yang dibasahkan. Tapi bila lap guna kain ia akan meninggalkan kesan terutamanya cebisan benang fabric yang halus. Penyelesaian mudah, gunakan akhbar lama yang di sembur dengan pencuci cermin atau memadai air.
11. Lap lantai, perabut, ceiling dan ruang yang mudah dicapai dengan menggunakan microfiber yang diikat pada penyapu.
Tak perlu beli penyapu khas untuk membuang habuk di bahagian yang sukar dicapai. Guanakan penyapu yang diikat bersama microfiber dengan hanya menggunakan getah. Habuk yang halus akan melekat pada kain tadi dan yang besar jatuh ke lantai. selesai.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI