Daging, tak kira lah jenis panas mahupun sejuk beku, memang makan masa untuk empuk. Selain teknik pemotongan yang memainkan peranan penting dalam penyediaan daging, Teknik memasak juga turut memberi kesan. Namun, mesti ramai yang tak tahu teknik masakan daging supaya cepat empuk yang digunakan oleh Norsazenny Ariffin.
Teknik ini telah menerima lebih 14k perkongsianCara macam ni yang selalu saya buat time nak masak daging. Nak masak sup daging sup tulang kejap je tak payah lama. Rebus dulu daging tu 20 minit ke 30 minit (Sempatlah kita sediakan bahan-bahan lain ). Masa air tengah mengelegak kuat tu masukan ketul ais. Kejap je daging tu empuk. Petua ni saya dapat dari tukang masak thai.