Kunyit, selesai menggunakannya tidak kira lah kunyit hidup mahupun serbuk akan meninggalkan kesan terutamanya pada tangan, periuk, besin, pinggan dan pengisar. Masalah ini kerap menghantui suri rumah. Kalau yang terkesan pada tangan tu, bila Encik suami ajak keluar mesti malu sbb ada kesan kunyit kan.
Ada yang sampai sanggup sediakan pengisar khas untuk tujuan mengisar bahan-bahan yang melibatkan campuran kunyit. Kalau kena pada pinggan dan sudu pula, Sakit mata dibuatnya. Dah guna pelbagai cara untuk mengatasinya. Rendam dengan air panas, guna sabun basuh pinggan yang mahal namun masih gagal.
Untuk atasi masalah ini, Impiana kumpulkan petua-petua mudah untuk menghilangkan kesan kunyit pada peralatan dapur, pakaian, tangan dan pengisar. Selamat mencuba.
Hilangkan kesan kunyit pada baju
Petua 1
Jika anda baru perasan baju anda terkena kunyit malah kari, gunakan cuka dan lemon serta sedikit sabun pencuci baju. Letakkan sabun pencuci baju terus pada kesan kotoran dan biarkan selama 30 minit. Tambahkan cuka dan gosok dengan cermat. Apabila ia mula memudar, tambahkan perahan lemon agar menghilangkan bau cuka dan menyerlahkan seri pakaian. Pastikan kekotoran semua hilang barulah dimuatkan dalam mesin pengering.
Petua 2
Jika baju anda baru sahaja terkena serbuk kunyit, lekas-lekas tenyeh dengan serbuk pencuci. Sental dengan berus secepat mungkin dan bilas. Jemur di bawah panas terik.
Ads
Hilangkan kesan kunyit pada tangan
Petua 1
Bancuh soda bikarbonat sampai menjadi adunan seperti krim tangan atau ubat gigi. Lumurkan pada tangan dan sental perlahan-lahan.Kemudian bilas dengan sabun dan air bersih.
petua 2
Adakala rimas juga memasak menggunakan kunyit. Apatah lagi jika satu tangan kita menjadi kuning macam demam kuning pulak jadinya. Jangan panik. Gunakan minyak zaitun dan gosoklah dengan kain. Lebih bagus jika kain tersebut lembab jadi tidaklah terasa perit. Ada juga yang menggunakan scrub badan dan gosok perlahan-lahan.
Ads
Cara menghilangkan kesan kunyit Pada pengisar
Petua 1
Caranya, gunakanlah baking soda. Cara untuk membuatnya, campurkan baking soda dengan sedikit air dan gaul sehingga teksturnya menyerupai ubat gigi. Jika sudah siap, sapukan pes pada pengisar dan gosok, kemudian cuci dan bilas lah sehingga bersih.
Petua 2
Masukkan 1 cawan air panas dan 2 sudu makan cuka ke dalam pengisar dan biarkan 2 hingga 3 minit. Kisar air bancuhan cuka beberapa kali sehingga kesan kunyit tanggal.
Ads
Cara Hilangkan kesan kunyit pada periuk, pinggan, mangkuk dan sudu
Petua 1
Campurkan baking soda dengan air hingga menjadi pes atau seakan tekstur ubat gigi. Sental pinggan atau periuk yang ada kesan kunyit tadi dengan pes tersebut. Biarkan 1-2 minit baru dibilas.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Menguruskan kain yang bertimbun-timbun adalah satu tugas yang sering membuat kita rasa malas, terutama jika ia dibiarkan terlalu lama sehingga menjadi seperti ‘bukit’ dalam bakul pakaian.
Kain yang tidak diurus dengan baik bukan sahaja menjejaskan ruang dalam rumah, tetapi juga menambah beban kerja yang boleh mengganggu rutin harian. Bagaimana cara untuk memastikan kain sentiasa kemas, teratur, dan tidak bertimbun?
Haaa… cuba amalkan 8 cara yang dikongsikan Bijen Mohd ini, mesti selesai masalah…
1. Basuh baju anda sendiri
Ini tip paling penting. Jangan harapkan pasangan basuh baju kita. Dia ada banyak lagi benda nak dibasuh. Jadi ringankan bebannya.
2. Tetapkan jadual membasuh
Buat jadual membasuh suami isteri. Barulah tak bertembung bila nak guna mesin dan ampaian pun tak penuh.
3. Asingkan pakaian mengikut warna dan jenis kain (kasar & lembut)
Supaya kain tak turun warna dan tak cepat rosak atau berbulu. Juga asingkan pakaian yang bernajis dengan yang bersih.
4. Pakaikan butang baju dan kemaskan zip seluar
Supaya butang tak mudah tertanggal jahitan dan gerigi zip tidak merosakkan kain lain. Kesian nanti berbulu baju lain.
5. Terbalikkan pakaian (inside-out)
Supaya warna kain tak cepat pudar di bahagian luarnya. Bahagian ketiak juga dapat dicuci bersih dan tak mudah berkarat.
6. Pakai detergen dan pelembut yang halal
Setakat ni yang halal adalah dari jenama Top. Jenama lain mungkin ada.
7. Terus sidai selepas siap basuh untuk mengelakkan bau hapak
8. Seni menggantung pakaian
Gantung pakaian guna hanger untuk jimat ruang dan kurangkan kedutan. Bagi kain saiz besar, boleh lipat dua secara memanjang dan sidai.
Gantung pakaian berwarna secara inside-out dan di tempat yang tidak kena cahaya matahari secara terus untuk mengelakkan pakaian cepat pudar.
Bagi pakaian putih, biarkan bahagian luar di luar. Gantung di bawah cahaya matahari terang supaya putihnya jadi melepak.
Susun pakaian mengikut warna, saiz dan jenis dengan tertib. Semua orang suka bila tengok benda tersusun dan seragam. Tapi tak semua orang boleh tengok benda yang berterabur. Jadi menyukakan orang tu adalah akhlak terpuji. Orang nak ambil jadi menantu pun senang hati.
IMPIANA : Sekarang bolehlah share ataupun tag bakal, pasangan, adik-beradik atau kawan serumah anda yang masih blur tak tahu macam mana nak basuh baju sendiri.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tak dinafikan ramai yang memasang impian untuk membina rumah bersara. Iaitu rumah yang akan didiami selepas tidak lagi bekerja dan menghabiskan hari tua. Sebenarnya banyak perkara penting yang perlu dipertimbangkan apabila merancang untuk membina rumah bersara ini.
Baca perkongsian daripada Perunding Hartanah, Dr Azizul Azli Ahmadini sebagai panduan.
1. Jika ada impian nak ada rumah bersara. Bina atau rancang 10-20 tahun sebelum bersara.
2. Jangan dah bersara baru nak bina rumah. Kita akan habiskan banyak modal waktu itu.
3. Apabila membuat keputusan untuk merancang reka bentuk dan dekorasi rumah, bina kediaman yang kecil atau mesra orang tua. Elakkan bertingkat. Paling bagus, satu lantai.
4. Kediaman sebaiknya jangan terlalu ke dalam kampung atau dalam hutan sangat. Bila kecemasan, hospital jadi susah. Sebagai persediaan, sebaiknya pintu masuk depan kena besar agar senang masuk katil hospital mahupun kerusi roda. Keluar masuk naik ambulance juga senang.
5. Jangan bina kediaman yang makan banyak kos selengara. Jika dapat antara 1500-2000kps dah cukup. Elakkan bina banglo 5000kps.
6. Jangan sebok bina bilik ikut jumlah anak yang kita ada. Cukup 3 bilik dan 2 bilik air sahaja. Belajar lepaskan memori silam.
7. Duit bina rumah sebaiknya bukan dari Dana Persaraan kita. Ia duit yang memang kita tabung untuk bina rumah.
8. Pilihlah kekemasan yan sustainable atau jimat tenaga dan kos selengara. Ia membantu persaraan kita. Bahan binaan yang mudah diselengara dan dijaga.
9. Pastikan kita ada sedikit ilmu seni bina bagi elak ditipu kontraktor atau binaan tak berkualiti yang makan banyak belanja lepas siap. Peluang dan risiko kena tipu juga tinggi, lantiklah arkitek bertauliah untuk memantau kerja pembinaan nanti.
Sekadar pandangan, semakin kita bijak. Semakin kecil risiko kita hadapi.
Moga bermanfaat!
IMPIANA: Ada benarnya, jika ada perancangan untuk membuat rumah bersara di kampung perlu pertimbangkan pelbagai perkara. Jadi perkongsian ini sebagai panduan asas.
Bagi anda yang berhasrat ingin membeli sebuah rumah baharu khususnya di bawah projek perumahan dengan pemaju, ada beberapa perkara penting yang perlu anda tahu sebagai seorang pembeli sebelum membuat keputusan untuk membeli kediaman tersebut.
Maka oleh itu, dalam episod Tip Impiana kali ini kami bawakan tetamu jemputan istimewa iaitu Cik Amaliena Mazlan yang merupakan salah seorang Perunding Hartanah dari MATRIX Concepts Holdings Berhad bagi berkongsi tip tersebut bersama para penonton.
Ketika sesi temu bual bersama hos segmen Tip Impiana, Raff dan tetamu jemputan telah memaklumkan ada beberapa perkara yang penting sebagai pembeli harus tahu sebelum mahu membeli rumah baharu dengan pemaju.
“Apa yang saya kongsikan ini sebenarnya adalah perkara asas yang pembeli harus tahu terutamanya kepada mereka yang pembeli rumah pertama yang masih tidak tahu beberapa perkara penting yang wajib anda tahu.
“Pertama sekali, anda perlu tahu mengenai pemilihan lokasi kediaman anda. Maksudnya di sini, anda perlu tahu di mana lokasi projek perumahan anda itu bakal dibangunkan dan sebagai pembeli anda kena tahu rumah yang anda mahu beli itu berada di lokasi mana dan sebagainya.
“Ini kerana sebagai pembeli anda kena tahu jarak dari lokasi perumahan anda ke tempat-tempat kemudahan awam seperti hospital, kedai ke tempat kerja dan sebagainya.
“Mengapa saya kata lokasi ada perkara pertama yang penting wajib anda tahu ini kerana kita lihat potensi projek kawasan perumahan kita itu sebab kita bukan beli rumah semata-mata, tetapi kita beli dengan persekitaran kawasan perumahan itu sekali,” jelasnya.
Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai perkara yang penting wajib anda tahu sebagai seorang pembeli rumah baharu dengan pemaju, anda boleh tonton video penuh pautan di bawah;
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.