Petua Hilangkan Kesan Kunyit Pada Pengisar dan Pinggan Mangkuk Yang Paling Mujarab

Share

Kunyit, selesai menggunakannya tidak kira lah kunyit hidup mahupun serbuk akan meninggalkan kesan terutamanya pada tangan, periuk, besin, pinggan dan pengisar. Masalah ini kerap menghantui suri rumah. Kalau yang terkesan pada tangan tu, bila Encik suami ajak keluar mesti malu sbb ada kesan kunyit kan.

Ada yang sampai sanggup sediakan pengisar khas untuk tujuan mengisar bahan-bahan yang melibatkan campuran kunyit. Kalau kena pada pinggan dan sudu pula, Sakit mata dibuatnya. Dah guna pelbagai cara untuk mengatasinya. Rendam dengan air panas, guna sabun basuh pinggan yang mahal namun masih gagal.

Untuk atasi masalah ini, Impiana kumpulkan petua-petua mudah untuk menghilangkan kesan kunyit pada peralatan dapur, pakaian, tangan dan pengisar. Selamat mencuba.

the turmeric powder in spoon and roots on wooden plate

Hilangkan kesan kunyit pada baju

Petua 1
Jika anda baru perasan baju anda terkena kunyit malah kari, gunakan cuka dan lemon serta sedikit sabun pencuci baju. Letakkan sabun pencuci baju terus pada kesan kotoran dan biarkan selama 30 minit. Tambahkan cuka dan gosok dengan cermat. Apabila ia mula memudar, tambahkan perahan lemon agar menghilangkan bau cuka dan menyerlahkan seri pakaian. Pastikan kekotoran semua hilang barulah dimuatkan dalam mesin pengering.

Petua 2
Jika baju anda baru sahaja terkena serbuk kunyit, lekas-lekas tenyeh dengan serbuk pencuci. Sental dengan berus secepat mungkin dan bilas. Jemur di bawah panas terik.

Hilangkan kesan kunyit pada tangan

Petua 1
Bancuh soda bikarbonat sampai menjadi adunan seperti krim tangan atau ubat gigi. Lumurkan pada tangan dan sental perlahan-lahan.Kemudian bilas dengan sabun dan air bersih.

petua 2
Adakala rimas juga memasak menggunakan kunyit. Apatah lagi jika satu tangan kita menjadi kuning macam demam kuning pulak jadinya. Jangan panik. Gunakan minyak zaitun dan gosoklah dengan kain. Lebih bagus jika kain tersebut lembab jadi tidaklah terasa perit. Ada juga yang menggunakan scrub badan dan gosok perlahan-lahan.

Cara menghilangkan kesan kunyit Pada pengisar

Petua 1
Caranya, gunakanlah baking soda. Cara untuk membuatnya, campurkan baking soda dengan sedikit air dan gaul sehingga teksturnya menyerupai ubat gigi. Jika sudah siap, sapukan pes pada pengisar dan gosok, kemudian cuci dan bilas lah sehingga bersih.

Petua 2
Masukkan 1 cawan air panas dan 2 sudu makan cuka ke dalam pengisar dan biarkan 2 hingga 3 minit. Kisar air bancuhan cuka beberapa kali sehingga kesan kunyit tanggal.

Cara Hilangkan kesan kunyit pada periuk, pinggan, mangkuk dan sudu

Petua 1
Campurkan baking soda dengan air hingga menjadi pes atau seakan tekstur ubat gigi. Sental pinggan atau periuk yang ada kesan kunyit tadi dengan pes tersebut. Biarkan 1-2 minit baru dibilas.

 

 

Published by
Impiana