Petua Mengharumkan Dapur

Share

Ruang dapur merupakan salah satu ruang utama dalam sesebuah kediaman. Para ibu mesti pernah menghadapi masalah bau dapur yang kurang menyenangkan. Di sini, IMPIANA kongsikan petua mudah menghilangkan bau hanyir atau kurang enak di dapur.

Bahan-bahannya:
Kulit kayu manis
Bunga cengkih
Cuka biasa

Caranya mudah saja. Rebuskan ketiga-tiga bahan di atas, kemudian sembur atau lapkan air rebusan tersebut pada kabinet, jubin, dan sekitar dapur. Selamat mencuba!

 

 

Published by
Nor Nabilah