Kedua-dua daun ketumbar dan daun sup merupakan antara bahan yang dapat boleh menjadikan masakan lebih enak jika dicampur. Lauk pauk seperti sup, masak stim dan tomyan yang dimasak akan mengeluarkan aroma yang menyegarkan dan amat enak dimakan.
Sayangnya, jangka hayat bagi kedua dua jenis daun ini tidak panjang. Ia mudah lembik dan layu. Sudahlah satu ikat yang dibeli dari kedai boleh tahan banyaknya. Yang nak diguna pula sikit saja. Jadi apa nak buat dengan lebihan daun tu? Kalau disimpan dengan betul, minggu depan boleh guna lagi dalam masakan. Petua ini amat mudah malah tiada pembaziran yang berlaku. Jom ikut cara menyimpan ini!
CARA SIMPAN DAUN SUP DAN KETUMBAR AGAR TAHAN LAMA
Bahan yang diperlukan :
1. Daun sup/ daun ketumbar yang sudah dicuci bersih
2. Bekas kecil
3. Air
Cara-caranya :
1. Ambil daun sup/ daun ketumbar yang telah dibersihkan dan racik halus seperti biasa
2. Letakkan daun yang sudah dipotong kedalam bekas bersesuaian dengan saiz
3. Isi air kedalam bekas tadi sehingga daun-daun tenggelam
4. Tutup bekas dan simpan ke dalam peti sejuk beku
5. Apabila mahu digunakan, masukkan saja ke dalam sup
Selamat mencuba!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Hapuskan Kutu Beras Dengan 7 Cara Ini! Sangat Berkesan.
Kehadiran kutu beras dalam beras adalah disebabkan cara anda menyimpan beras yang tidak betul atau beras sudah terlalu lama dan berbau hapak. Risiko beras yang dicemari kutu ini menyebabkan kualiti nutrisi beras menjadi kurang kerana kutu ini akan menebuk sebutir beras untuk memasukkan sebiji telur kutu.
Risiko beras yang tercemar dengan kutu menyebabkan nutrisi berkurangan, alergi, dan kualiti beras yang berubah. Jadi disini IMPIANA ingin berkongsi dengan anda 7 cara untuk hapuskan kutu beras ini.
BAWANG PUTIH
Kutu beras tidak menyukai bau bawang putih kerana baunya yang tajam. Anda hanya perlu meletakkan bawang putih tanpa kulit di dalam dan permukaan bekas simpanan beras.
DAUN BELIMBING BULUH
Daun belimbing buluh sangat efektif untuk mengusir kutu beras. Taburkan sahaja daun belimbing buluh kedalam bekas simpanan beras.
LADA KERING
Bau lada kering amat tidak disukai kutu beras. Letakkan beberapa biji lada kering ke dalam beras.
CILI KERING
Cara yang mudah, anda hanya perlu letakkan cabai kering kedalam bekas simpanan beras anda. Pasti kutu beras tidak akan masuk ke bekas simpanan tersebut.
JEMUR DI TEMPAT PANAS
Masukkan beras ke dalam periuk atau dulang ‘stainless’ kemudian jemur di tempat panas lebih kurang 15 minit. Tutup permukaan bekas itu dengan kain putih. Hasilnya nanti anda akan dapat lihat semua kutu-kutu beras akan keluar melekat pada kain.
SUHU BAWAH 17 DERAJAT CELSIUS
Simpan beras pada suhu dibawah 17 derajat celsius dimana kutu beras tidak suka dengan suhu tersebut. Kebanyakkan kutu beras hanya membiak pada suhu ruang 27 – 30 celsius.
BATANG KAYU MANIS
Kutu beras juga tidak suka akan bau kayu manis. Bau kayu manis akan menyebabkan si kutu betina sukar untuk bertelur, jadi kutu tersebut akan meninggalkan beras anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
“Makeover” Bajet Pagar Lama Atau Kosong Macam Ni Lebih Privasi, Beli Barang Online Je
Beberapa hari lepas, IMPIANA ada kongsikan cara jimat, mudah untuk DIY cantikkan pagar biasa-biasa menggunakan shera plank. Hasilnya, bukan sahaja cantik, malah memberi lebih privasi kepada penghuni. Kali ni, Impiana nak kongsikan pula idea En. Abdul Qayyum Jalal menggunakan ALLUMINIUM BOARD PANEL pula. Katanya lebih tahan lama. Jom kita lihat makeover pagar rumah yang dilakukan oleh En. Qayyum
Asal nya pagar biasa saja. Cari ilham ada yang guna shera board. Tapi ramai komen board ni agak berat. Saya tak pasti sebab tak pernah lihat secara fizikal.
Artikel Berkaitan:
Projek “DIY” Bilik Anak, Beli Barang-Barang Online Je
Buat “Feature Wall” Ruang Makan Guna Shiplap RM 2, Beli Online Je
Dok godek, jumpa la aluminium bar panel ni dekat shope. Ukur siap-siap dekat lubang pagar tu. Masa beli terus mintak potongkan ikut saiz. Standard saiz lebar dalam 4 inci, memang ngam dekat lubang pagar tu.
Benda kedua pulak, nak fikir cara apa paling mudah dan kemas untuk lekatkan dekat pagar. Kalau nak welding bracket ni, takut comot sebab tak mahir welding. Datang pula idea guna aluminium plate, dan skru terus dekat pagar. Aluminium bar panel tu pula skru kan pula pada aluminium plate..
Make sure guna kan self driving screw..guna cordless screw driver murah je dekat shopee dah setahun lebih guna tetap padu,takat kerja-kerja ringan macam ni tak ada hal.
Untuk beli Aluminium board ni, boleh klik link yang disediakan https://invol.co/cl55oqg
Beli terus aluminium flat bar di link yang disediakan https://invol.co/cl55os0
Pagar asal
Lepas cat hitam, untuk ngam kan dengan warna aluminun bar panel. Guna hammerite paint utk nampak kasar2 dan kilat texture pagar tu Ikat aluminium plate dekat pagar. Skru direct je di situ. Memandangkan setiap level kat palang2 pagar ni x seragam jaraknya. Guna kotak je utk centre kan aluminium bar panel. Visual inspect je.
Ni final produk..view dr dalam.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
6 Trik Pereka Dalaman Yang Mampu Buat Kediaman Anda Cantik Macam Showroom
Apabila pergi ke pusat jualan perumahan, jualan perabot serta perkakas rumah, anda perasan tak kenapa semuanya nampak sempurna, cantik dan orang kata apa tu, instaworthy. Tapi bila balik rumah, kita rasa rumah kita macam tiada aura yang menaikkkan semangat seperti mana berada di tempat-tempat yang disebutkan tadi.
Ini kerana mungkin anda terlepas pandang segala rahsia disebalik idea, susun atur yang telah dibuat oleh para Interior Designer (ID) berpandukan beberapa garis panduan. Kali ini IMPIANA akan bantu anda bagaimana nak make sure rumah anda juga instaworthy malahan layak untuk dimasukkan dalam mana-mana majalah dekorasi.
Pilihan warna yang betul
Seperti kita semua maklum, pilihan warna dalam kediaman memainkan peranan yang penting seperti contoh, warna cerah seperti beige (warna kuning air) akan membuatkan pangsapuri kecil nampak luas. Fakta ini benar, tetapi warna tersebut warna yang pudar serta akan cepat terhakis dimakan masa, mungkin anda boleh cuba aplikasikan warna seperti biru muda, lavender, mint, dan kelabu. Kesemua pilihan warna ini menampakkan elemen segar dalam kediaman dan nampak mewah.
Gunakan warna accent (warna timbul) dengan cermat
Dalam satu ruang, pasti akan ada penggunaan warna serta aksesori yang sepadan serta setona ataupun warna mono (satu hala). Kalau dinding kelabu, perabot pun ikut turut warna kelabu. Ianya jelas menunjukkan kediaman anda berada dalam keadaan sendu. Jadi gunakan warna accent (timbul/highlighter) untuk membezakan tarikan yang berlainan dalam ruangan tersebut. Contoh lain, warna accent boleh diterapkan kepada karpet, anda akan nampak kelainannya.
Jangan takut untuk mencuba idea segar
Dalam menata rias rumah, anda perlu berani mengambil risiko untuk try n error segala idea baru yang telintas di fikiran serta dari rujukan online. Selain itu, jangan hadkan percubaan anda hanya kepada perabot serta aksesori sahaja, lantai anda juga boleh menjadi salah satu cubaan untuk mencantikkan lagi hiasan dalaman rumah. INGAT, tiada siapa boleh mengawal imaginasi kecuali diri anda sendiri.
Main dengan ruang
Selain daripada permainan pilihan warna untuk membuka ruang lebihan di rumah, terdapat satu lagi alternatif mantap yang berupaya menberi ruang yang banyak iaitu pemasangan cermin. Cermin akan membiaskan cahaya serta memantulkan semula segala imej yang berada dihadapannya. Hasilnya, voila, ruang baharu di dalam rumah.
Guna lampu yang betul
Lagi banyak lampu, lagi bagus. Anda boleh gunakan pelbagai lampu dalam kediaman untuk menaikkan lagi seri serta keindahan dalaman rumah. Antara lampu hiasan yang bagus adalah lampu utama di tengah kediaman, lampu recess (selalunya tertanam dalam siling), lampu accent, lampu meja, dan lampu lantai.
Jangan over
Dalam dekorasi juga ada hadnya, ya anda bebas untuk mencurahkan segala idea dan imaginasi, tetapi sesuatu perkara akan jadi buruk kalau ianya terlampau banyak. Disini anda boleh aplikasikan apa itu, cukup sekadarnya, tidak perlu terlebih-lebih, kalau anda rasa sudah cukup, cukup setakat itu, rujuk gambar di bawah ini, anda akan faham penjelasan ini.
Kredit penghargaan gambar: bright side
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI