Situasi anak kencing malam mungkin boleh diatasi dengan menggunakan lapisan pelindung tilam tetapi secara jujurnya, pasti ada hari yang kita terlepas pandang dan tumpas juga akhirnya. Jadi untuk pastikan tempat tidur sentiasa bersih dan tidak berbau hancing, boleh gunakan beberapa bahan ini

Tips mudah untuk hilangkan kesan dan bau hancing pada tilam

Sabun pencuci baju
Cara yang paling mudah adalah menggunakan sabun pencuci dan ratakan ke bahagian yang terkena kencing itu. Kemudian serapkan kembali menggunakan tuala kering. Pastikan anda tekan tuala kering itu dengan kuat bagi memastikan ia dapat menyerap lebih banyak lembapan. Jika perlu, gosokkan sedikit tuala itu untuk tujuan mengelap bahagian yang terkena air kencing.

Tips: Untuk kesan yang terbaik, gunakan sabun pencuci baju berasaskan enzim kerana ia akan menguraikan asik urik yang menjadi punca kesan kotoran dan bau hancing pada tilam anda.

Cuka

Cuka yang biasa digunakan di dapur? Biar betul? Ya, anda boleh cuba saja cuka untuk menghilangkan kesan dan bau hancing yang terdapat pada tilam anda. Kadangkala, sabun tak cukup kuat untuk hilangkan bau hancing akibat daripada bau hancing yang terlalu kuat. Jadi, cuka adalah pilihan lain kerana ia mempunyai tahap keasidan yang sesuai untuk membunuh kulat, dan bakteria.

Ads

Tips: Untuk cara yang lebih berkesan, gunakan cuka putih (white distilled vinegar) dan campurkannya dengan air suam. Goncangkan dan tekapkan cuka ini pada kain kemudian kesatkan pada tompokan air kencing itu selama 10-15 minit.

Soda penaik

Soda penaik boleh digunakan selepas anda mencuci tilam anda dengan sabun atau cuka. Taburkan soda penaik atau soda bikarbonat pada tompokan air kencing tersebut, tutup kawasan tompokan kencing itu dengan plastik atau balutkannya dan biarkan ia semalaman. Pada keesokkan harinya, buang plastik itu dan vakum untuk membersihkannya.

Tips: Lebih banyak anda gunakan soda penaik lebih baik kerana ia akan ‘menarik’ bau dan kotoran yang masih tertinggal.

Ads

Hidrogen peroksida

Mungkin ada di antara anda yang tidak tahu kegunaan hidrogen peroksida atau mungkin anda tak pernah dengar pun tentangnya. Sebenarnya ia adalah salah satu formula bagi menghilangkan kotoran, kesan kekuningan dan bau hancing. Antara bahan-bahan yang boleh anda gunakan adalah seperti berikut:

8oz hidrogen peroksida
3 sudu besar soda penaik
Setitik sabun pencuci
Campurkan hingga soda penaik itu larut dan masukkan ke dalam botol spray yang kosong. Semburkan ia ditompokan air kencing, gosokkan sedikit dan biarkan ia mengering. Jika sudah kering sepenuhnya, bersihkan sisa habuk atau kesan soda penaik yang tertinggal. Selepas itu, lihatlah hasilnya!

Ads

Tips: Antara campuran bahan lain yang anda boleh gunakan jika anda tidak mempunyai bahan di atas ialah campuran antara hidrogen peroksida, cuka, dan air suam. Hasilnya adalah sama seperti bahan sebelumnya.

Semburan penyegar
Semburan penyegar boleh digunakan selepas cucian dilakukan. Ia boleh menambahkan bauan segar pada tilam anda yang pasti akan membuat anda tidur dengan lena. Caranya, anda boleh titiskan minyak aromaterapi dan campurkan ia dengan soda penaik. Sembur pada tilam atau kawasan tompokan air kencing dan biarkan selama 10 minit. Selepas itu, vakumkan hingga bersih.

Tips: Langkah ini juga berkesan dan boleh dilakukan untuk membuang bau hapak serta menyegarkan tilam anda, walaupun tilam anda tidak terkena air kencing.

 

SELAMAT MENCUBA!

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI