Baru buka periuk nak ciduk nasi, tapi dah lembik dan berbau. Frust nya! Rasanya baru je masak pagi tadi, tak kan dah basi?
Pasti ramai yang pernah lalui situasi seperti ini. Jadi IMPIANA nak kongsikan beberapa cara yang boleh kita praktikkan supaya nasi yang dimasak tahan lebih lama.
CARA BUAT NASI TAHAN LEBIH LAMA
1. Cuci beras hingga bersih
Cuci dan bilas beras sekurang-kurangnya sebanyak 3 kali atau lebih. Ini kerana beras yang dicuci tidak bersih dan masih ada sisa air bilasan beras akan membuatkan nasi yang dimasak akan cepat basi. Lebih elok jika gunakan air tapis untuk mencuci beras.
2. Perahan limau nipis
Perahkan limau nipis kedalam periuk dengan beras yang sudah dibilas. Tidak perlu banyak pun, cukup sekadar setengah biji limau. Jangan khuatir, rasa nasi tidak akan berubah meskipun ia telah ditambah dengan perahan limau ini.
3. Bersihkan periuk
Sebelum memasak nasi pastikan dahulu periuk yang digunakan tidak mempunyai sebarang kotoran atau karat yang melekat. Kotoran nasi yang melekat pada periuk akan menyebabkan nasi mudah basi dan bakteria yang ada akan menjejaskan rasa dan bau pada nasi yang telah masak nanti.
4. Lap wap pada penutup
Mak-mak mesti selalu pesan agar jika nasi yang dimasak dengan menggunakan periuk nasi elektrik haruslah digempurkan dahulu sebelum ia masak sepenuhnya. Namun perlulah dilap dahulu wap air yang ada pada tudung periuk tersebut. Ini akan membuatkan nasi masak dengan elok berderai dan lembut.
5. Secubit garam
Cara ini adalah untuk melambatkan nasi untuk basi. Malahan akan membuatkan nasi lebih tahan lama dan tidak akan menjejaskan rasa atau kualiti nasi yang akan dimasak. Ada yang mengatakan bahawa nasi juga akan lebih rasa sedap dan kenyal.
Selamat mencuba!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Lebih 100 Kes Kebakaran Di Korea Berlaku Disebabkan Kucing
Lebih 100 Kes Kebakaran Di Korea Berlaku Disebabkan Kucing. Memang seronok memiliki haiwan peliharaan seperti kucing di rumah. ia berupaya mengurangkan tekanan terutamanya setelah pulang dari kerja. Namun, lain pula ceritanya di Korea Utara. Memetik keratan siaran dari CNN, Pihak Jabatan Bomba secara rasminya mengeluarkan kenyataan bahawa lebih 100 kes kebakaran sejak tahun 2019 berpunca dari kucing.
Jumlah terperinci keseluruhan kebakaran rumah yang berpunca dari tindakkan kucing antara januari 2019 hingga November 2021 adalah sebanyak 107 kes. Kenyataan rasmi ini telah dikeluarkan oleh Jabatan Bencana Dan Kebakaran Metropolitan Seol (Seoul Metropolitan Fire and Disaster Department)
Dari keseluruhan jumlah kes tersebut, 4 orang telah mengalami kecederaan. Manakala kebanyakan kes berlaku ketika pemilik haiwan peliharaan tidak berada dirumah.
“Kebakaran yang berpunca daripada tindakkan kucing masih terus meningkat,” kata Chung Gyo-chul selaku wakil jabatan tersebut. ” Kami menasihatkan pemilik haiwan peliharaan untuk memberi lebih perhatian terhadap kondisi rumah dan kucing kerana jika berlakunya kebakaran ia akan cepat dan mudah merebak,” Tambahnya lagi
Baca juga: 10 Tip Ini Dapat Hilangkan Bau Kucing Dalam Rumah
Pantau haiwan peliharaan anda melalui CCTV. Beli ejnis yang plug and play tu je murah kat link ni https://invol.co/cl8e4s7
Tambah pihak bomba lagi, kebakaran berpunca daripada kucing yang secara tidak sengaja tertekan butang dapur elektrik yang sensitif ketika mereka bermain dan melopat di atas permukaan dapur.
Untuk mengatasi masalah ini, pemilik haiwan peliharaan dinasihatkan agar tidak meletakkan sebarang objek mudah terbakar berhampiran dapur memasak seperti tisu dan kain buruk
Lebih 100 Kes Kebakaran Di Korea Berlaku Disebabkan Kucing
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Pakar Kongsi 16 Panduan Membeli Rumah Apartmen Yang Masih Ramai Tak Tahu
Proses membeli kediaman bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan dengan tergesa-gesa dan tanpa menitikberatkan beberapa aspek penting bagi menjamin masa hadapan. Perkara ini memerlukan perancangan dan penelitian yang mungkin mengambil masa yang agak lama. Kerana duit yang bakal dibelanjakan bukannya sikit, dan kalau tersalah beli, kesannya berpanjangan.
Untuk yang baru bercadang untuk membeli kediaman jenis apartmen, terdapat beberapa hal yang perlu anda pertimbangkan sebelum membuat keputusan.
Mari kita semak checklist yang disediakan oleh pakar hartanah yang juga pensyarah Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sri Iskandar, Dr. Azizul Azli Ahmad ini.
PANDUAN BELI APARTMENT
1. Beli apartment yang tak lebih dari 500 unit dalam satu bangunan. Semakin padat kediaman, semakin banyak masalah yang akan datang.
2. Elakkan beli unit yang bawah sekali, risiko kecurian dan kebersihan susah dikawal nanti.
3. Semakin tinggi kita beli semakin rendah tekanan air nanti.
4. Beli apartment yang status tanahnya kediaman dan bukan komersial. Bil utiliti, bayaran pengurusan jadi tinggi jika beli yang komersial nanti. Biasanya service apartments begini.
5. Jika dapat setiap tingkat tak lebih dari 10 unit rumah, semakin banyak rumah semakin banyak masalah aras tersebut nanti.
6. Unit kita jangan menghadap matahari petang (west) isteri kita akan seksi sepanjang malam. Untung masa depan
7. Semak tahap keselamatan ada berapa peringkat, sebaiknya tak kurang dari 3 peringkat.
8. Pastikan apartment kita yang 3 bilik dan 2 bilik jangan beli yang kurang dari itu. Elakkan beli Soho, Sovo, Sofo, soto!
9. Jangan beli yang rendah silingnya, sebaiknya lebih dari 8’kaki tinggi. Bila pasang kipas agar tak terputus jari.
10. Pastikan ada ruang ampaian yang sesuai, takkan baju nak hantar dobi dan sidai diruang tamu nanti.
11. Jangan ambik unit dekat lif, kawasan lift selalu bising dan tempat pertemuan seluruh dunia. “Woi cepatlah, lift dah sampai!”
12. Beli dari pemaju yang terkenal dan ada nama, jangan beli yang baru nak buat kali pertama. Lawat projek lepas mereka, kualitinya bagaimana?
13. Semakin banyak fasiliti yang disediakan semakin baik, ada ruang gym, dewan, library dan ruang kawin lagi.
14. Pelan yang bagus ada dua zon ruang, satu ruang tamu, makan dan dapur, satu lagi zon privacy iaitu bilik kita dan keluarga. Sebaiknya ruang ini terasing. Bilik tidur jauh dari pandangan tetamu atau umum. Ada apartment yang bilik tidur buka pintu tetamu nampak.
15. Pastikan dapat parking, jika dapat 2 parking percuma lebih baik. Satu parking boleh disewakan bagi bawar duit selengara.
16. Jangan cepat ghairah nak beli, ada banyak kediaman strata dah siap belum terjual. Waktu ekonomi begini lebih baik beli yang dah siap. Buat apa ambil risiko terbengkalai kalau dah ada yang siap.
Jangan lupa minta hadiah percuma, zaman sekarang tak semua orang ada kuasa membeli. Tanyakan apa barang percuma boleh dapat. Kabinet dapur lebih istimewa!
Selamat membeli kawan-kawan, jangan mudah putus asa. Cari sampai jumpa, lambakan apartment makin banyak.
Lelaki seksi ada rumah sendiri sebelum cari isteri, amacam ada berani?
Azizul Azli Ahmad
#BeliYangKecilDanSederhanaDulu
#MulaDenganApartmentBaruLanded
p/s : Kita tak akan jumpa kediaman sempurna. Capai 60-70% kriteria juga sudah memadai.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Nak Beli Rumah Tapi Takut Tak Mampu! Ni Jawapannya.
Ramai di luar sana takut untuk membeli rumah, mereka lebih sanggup menyewa bertahun-tahun dan membayar duit sewa dari bayar duit rumah sendiri setiap bulan. Ada pula yang bertanggapan gaji tak cukup nak buat loan rumah, semua masalah itu mampu diselesaikan jika anda mahu belajar dalam selok belok hartanah. Mulakan sesuatu sebelum terlambat. Wendy Lim, Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran Myra, ada berkongsi tip yang berguna untuk semua pembaca IMPIANA.
1) Wajarkah saya membeli sebuah rumah atau meneruskan sewa? Apakah faedahnya?
Tidak salah menyewa, asalkan keperluan dan kemampuan dipertimbangkan. Ada banyak faktor yang boleh menjadikan keputusan menyewa lebih baik daripada membeli.
Tetapi kita perlu ambil tahu bahawa apabila anda membayar sewa rumah, ia adalah kos. Apabila anda membeli rumah, bayaran bulanan adalah pelaburan buat masa depan anda sekeluarga.
2) Bagaimanakah untuk mengetahui jika saya bersedia untuk memiliki sebuah rumah?
Memiliki rumah adalah satu komitmen yang besar. Jangan sesekali membuat keputusan secara terburu-buru. Sekiranya anda mempunyai pekerjaan dan pendapatan tetap dan anda dapat membuat simpanan sebanyak ansuran rumah, ini bermakna anda sudah bersedia untuk memiliki rumah.
3) Bagaimanakah dapat mengambil tahu nilai rumah yang mampu saya miliki?
Secara kasar, setiap pinjaman sebanyak RM 100,000, bayaran balik bulanan adalah RM 500.
Kelulusan pinjaman bank adalah berdasarkan had peratusan DSR yang pada amnya tidak boleh melebihi lingkungan 65% – 70%. DSR adalah nisbah hutang terhadap pendapatan isi rumah. Formula untuk DSR adalah seperti berikut:
DSR = Hutang (termasuk bayaran balik pinjaman rumah yang hendak diambil)/ Pendapatan Bersih X 100
Contoh:
Pendapatan bersih Ali adalah RM 4,000. Ali mempunyai pinjaman kereta sebanyak RM 700 dan pinjaman peribadi sebanyak RM 300.
DSR 65% x RM 4,000 = RM 2,600 (Jumlah hutang yang boleh ditanggung oleh Ali)
Hutang sedia ada adalah RM 1,000, ini bermaksud Ali masih mampu menanggung hutang sebanyak RM 1,600 sebulan. Dengan itu, nilai rumah yang mampu Ali miliki adalah dalam lingkungan RM 300,000 dengan bayaran balik bulanan sebanyak RM 1,500. (Setiap RM 100,000 pinjaman perumahan, bayaran balik bulanan adalah RM 500)
4) Bagaimanakah saya boleh membuat keputusan atas tempat duduk yang saya hendak menetap?
Anda perlu mempertimbangkan beberapa perkara::
- Infrastruktur di kawasan yang ingin dipertimbangkan.
- Projek-projek pembangunan pada masa hadapan di kawasan yang dipertimbangkan
- Jarak perjalanan daripada tempat kerja, keperluan pendidikan seperti sekolah, dan kemudahan-kemudahan lain seperti hospital, pengangkutan awam, pasaraya, dll…
5) Apabila membeli sebuah rumah, apakah perkara-perkara yang saya perlu mempertimbangkan?
Dari segi kewangan, anda perlu mempertimbangkan kos tersembunyi seperti:
- Bayaran pendahuluan
- Duti setem
- Yuran guaman
- Insuran/ Takaful
- Bayaran faedah progresif
- Move-in cost, seperti kos pengubahsuaian dan peralatan rumah, bayaran deposit TNB dan Syabas, maintenance fee (sekiranya ada)
6) Berapakah jumlah yang saya perlukan untuk membuat bayaran pendahuluan?
Oleh kerana bank menyediakan margin pembiayaan/ pinjaman rumah sebanyak 90% sahaja bagi rumah pertama dan kedua (70% bagi rumah ketiga), maka seorang pembeli perlu menyediakan minima 10% daripada harga rumah sebagai deposit.
Terdapat juga bank-bank yang menyediakan pinjaman 100% untuk pembeli rumah pertama tetapi penawaran adalah tertakluk kepada tema dan syarat.
Kebanyakan pemaju menawarkan diskaun sebanyak 10% yang juga termasuk bumi diskaun bagi projek-projek baru yang dilancarkan, maka pembeli tidak perlu mengeluarkan deposit atau bayaran pendahuluan yang banyak.
7) Adakah saya perlu mencari seorang ejen hartanah? Di mana saya boleh mencari seorang ejen hartanah?
Tidak perlu. Pemaju hartanah akan menyediakan pegawai/ agen jualan untuk membantu anda. Sekiranya ingin membeli rumah subsale, kebiasaannya ejen dilantik oleh penjual untuk membantu mencari pembeli dan kos ejen adalah ditanggung oleh penjual.
Internet adalah kemudahan yang sangat membantu dalam pembelian dan penjualan hartanah. Terdapat pelbagai website jual beli hartanah yang memudahkan proses pembelian/penjualan rumah. Sebenarnya ejen hartanah yang lebih giat mencari anda.
8) Adakah skor kredit saya memberi kesan kepada keupayaan saya untuk membeli sebuah rumah?
Skor kredit akan memberi kesan kepada keupayaan anda untuk membeli sebuah rumah kerana keputusan skor kredit anda akan menentukan sama ada permohonan pinjaman perumahan anda diluluskan atau tidak.
Pembayaran balik yang konsisten, tiada rekod pinjaman yang mendadak, pekerjaan yang tetap dalam industri yang stabil, akan mempengaruhi skor kredit seseorang.
9) Apakah gadai janji yang perlu diketahui oleh pembeli rumah untuk kali pertama?
Anda perlu mengenal pasti jenis pinjaman perumahan yang sesuai dengan keperluan dan kemampuan anda. Berikut adalah jenis pinjaman perumahan yang perlu diketahui.
- Term loan – ini adalah jenis pinjaman perumahan yang paling konvensional dan asas. Secara umumnya, untuk pinjaman ini anda akan membuat bayaran ansuran bulanan yang tetap sepanjang tempoh perjanjian.
- Pinjaman semi flexi dan full flexi – Pinjaman jenis ini lebih flexible berbanding dengan term loan, dimana jika anda ada lebihan dana untuk pembayaran pendahuluan pinjaman anda (advance payment), anda boleh mengurangkan kadar faedah pinjaman dan menjimatkan wang dalam jangka panjang. Perbezaan di antara pinjaman semi dan full flexi adalah semasa pengeluaran lebihan dana yang dibayar. Pinjaman semi flexi akan dikenakan caj penalti manakala pinjaman full flexi tiada penalti dan boleh dilakukan bila-bila masa melalui buku cek atau transfer.
- Perbankan Islam – mempunyai tujuan yang sama dengan perbankan konvensional melainkan operasinya adalah berlandaskan prinsip Syariah, yang dikenali sebagai Fiqh al-Muamalat (peraturan-peraturan Islam di dalam urus niaga). Prinsip dasar perbankan Islam ialah perkongsian untung dan rugi dan larangan ke atas riba (faedah).
- Pinjaman perumahan kerajaan – ini adalah untuk kakitangan kerajaan sahaja dan menawarkan kadar faedah yang paling rendah.
10) Apakah kelebihan kewangan kepada pembeli rumah untuk kali pertama?
Terdapat pelbagai kelebihan kewangan buat pembeli rumah yang pertama melalui program-program bantuan seperti
- Myhome (Private Affordable Ownership Housing Scheme) – subsidi sebanyak RM 30,000 daripada Jabatan Perumahan Negara (JPN)
- Rumah Selangorku dan RUMAWIP – rumah kawalan harga
- Pinjaman 100% melalui Skim Rumah Pertamaku, Skim Perumahan Belia
- Subsidi duti setem untuk pembelian hartanah kurang daripada RM 500,000
11) Komitmen untuk pembelian sebuah rumah adalah begitu tinggi. Adakah fakta ini benar?
Kebiasaannya, semakin besar harga pembelian sesuatu yang diingini, semakin banyak masa yang diperlukan untuk membuat keputusan pembelian. Dan buat ramai, pembelian rumah akan merupakan perbelanjaan terbesar dalam hidup mereka.
Pembelian rumah adalah komitmen yang sangat besar dengan penglibatan jumlah wang yang tinggi serta jangkamasa komitmen yang berpanjangan iaitu pinjaman daripada bank.
Tetapi dengan perancangan yang rapi, memahami dan mengenal pasti kemampuan serta keperluan, komitmen ini akan membawa faedah yang besar kepada masa depan anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI