Bagi anda yang tinggal di kawasan perumahan dan perkampungan, pasti pernah berdepan dengan masalah untuk menghalau haiwan perosak seperti tikus dan cencurut di rumah. Malah, mesti ada juga di kalangan anda yang sudah melakukan pelbagai cara untuk mengatasinya namun masih tidak berjaya untuk menangani masalah tersebut.
Tahukah anda, sebenarnya ada petua dan cara mudah untuk menghapuskan haiwan perosak tersebut buat selama-lamanya daripada terus membiak dalam kediaman anda dengan hanya menggunakan satu bahan sahaja.
Bahan apa yang cuma anda perlukan adalah serbuk belerang. Umum mengetahui, serbuk belerang adalah merupakan salah satu bahan kimia yang beupaya untuk menghalau haiwan berbisa dan berbahaya seperti ular. Selain itu, ia berupaya untuk menghalau haiwan perosak seperti tikus dan cencurut ini.
Caranya, ambil satu atau dua sudu serbuk belerang dan bungkus ia menggunakan sehelai kain kecil. Lalu, diikat seperti seakan-akan sup bunjut yang selalu kita guna untuk memasak.
Apabila bunjutan serbuk belerang itu telah siap, letakkan ia di kawasan yang tersorok di sekitar dinding luar dan dalam rumah terutamanya di dapur.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Sudah 3 Bulan Tak Bayar Sewa Rumah, Penyewa Hujah Agama Dengan Tuan Rumah
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Himpunan Rekaan Langsir Terbaik Untuk Tingkap Anda
Kemasan lembut (soft furnishings) atau fabrik dalam sesebuah dekorasi bukan sahaja pada langsir, malah sofa, sarung kusyen, alas meja dan sebagainya. Ia adalah kemasan yang menyempurnakan keseluruhan dekorasi. Jika inginkan nafas baru dalam sesebuah dekorasi secara mudah dan cepat, tak perlu lakukan ubah suai yang menelan kos yang tinggi. Cukup sekadar tukarkan kemasan yang ringkas sahaja. Ia sudah cukup memberi impak yang menarik!
Namun, ia bukanlah sesuatu yang mudah. Tersalah pilih item atau corak, dekorasi anda akan kelihatan serabut, bercampur aduk dan tidak seperti yang anda inginkan. Hiasan rumah anda pula mungkin menjadi mangsa kritikan famili atau tetamu anda.
Untuk itu, apa kata anda dapatkan nasihat dari pakar hiasan fabrik seperti yang ditawarkan di ELYZA’S Window Covering Centre (EWCC). ELYZA’S merupakan pakar hiasan tingkap yang telah bertapak lebih 20 tahun di Malaysia. Cukup popular dan menjadi pilihan utama sejak dahulu. Pakar hiasan ini telah berjaya membantu ribuan hiasan dalaman rumah untuk tampil lebih cantik dan menawan.
Mulai bulan Februari hingga hujung bulan March 2020, ELYZA’S menjalankan kempen Jualan Pra-Renovasi. Kebanyakkan produk yang dipamerkan di EWCC akan dijual dengan potongan diskaun antara 30%-50%! Wah, bestnya! Segera datang untuk rebut hiasan tingkap yang anda inginkan!
EWCC dibuka setiap hari Isnin hingga Sabtu. 10.00pagi – 5.00 petang
Bertempat di Balakong Industrial Park, Seri Kembangan, EWCC menyediakan unit pameran serba lengkap berkeluasan lebih dari 30,000 kaki persegi yang dipenuhi dengan pelbagai produk berkaitan hiasan tingkap dan lebih 100,000 rekaan fabrik eksklusif. Unit pameran ini wajib dikunjungi terutamanya bagi anda yang tercari-cari idea dan sistem terbaik untuk tingkap kediaman anda.
Apakah produk dan perkhidmatan yang boleh diperolehi pelanggan dari EWCC?
Matlamat EWCC adalah bertujuan menjadi ‘ONE-STOP CENTRE’ yang menawarkan pelbagai rekaan hiasan tingkap yang berkualiti tinggi. Di samping itu, ia juga bertujuan memberi inspirasi kepada pelanggan yang sedang buntu mencari idea dan ingin tahu akan teknologi terkini yang ditawarkan dalam hiasan rumah. Selain langsir dan ‘blinds’, EWCC juga turut menyediakan perkhidmatan ‘custom-made’ bagi pelbagai produk termasuk padding dinding, sofa, kerusi, headboard, kertas hiasan dinding dan sebagainya. Wah, banyakkan? Semua ada di EWCC!
Apakah keunikan dan perbezaan yang terdapat pada EWCC jika dibandingkan dengan kedai langsir lain?
EWCC merupakan pusat setempat yang memberi sumber inspirasi kepada pelanggan. Oleh itu, sebelum melakukan sebarang pembelian, pengunjung sangat digalakkan untuk datang melihat, mencuba dan mengalami sendiri produk-produk yang tersedia di EWCC.
Untuk memberi lebih pengalaman dan idea kepada pengunjung, ruang pameran dibahagikan kepada beberapa ruang yang terdapat di dalam sesebuah kediaman. Antaranya termasuklah ruang makan, ruang tamu, bilik tidur dan sebagainya. Kami ingin pelanggan merasai kelainan membeli produk hiasan tingkap di EWCC
Apa harapan ELYZA’S kali ini untuk semua peminat yang disayangi?
Sebelum ini, produk ELYZA’S dibekalkan kepada pengedar seluruh negara. Mungkin ada antara pengedar yang dilantik tidak mahir tentang produk dan tidak memberi khidmat dan nasihat dengan baik dan tepat. Kini dengan adanya EWCC, pelanggan boleh datang untuk membeli terus produk ELYZA’S dengan harga yang lebih rendah dan perkhidmatan yang jauh lebih baik. Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam industri, memberi kelebihan kepada ELYZA’S untuk lebih mudah memahami kehendak setiap pelanggan.
Mudah sahaja untuk datang ke EWCC, just guna Waze atau Google Maps dan search ELYZA’S Home (M) Sdn Bhd yang berlokasi di Balakong ini. Untuk mengetahui pelbagai info ELYZA’S boleh layari laman web & facebook di bawah :
WEB PAGE: www.elyza.com
FACEBOOK: www.facebook.com/ElyzasHome
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
7 Pilihan Material Countertop Sesuai Dengan Gaya Masakan Orang Kita
Permukaan kaunter atau lebih dikenali sebagai countertop merupakan permukaan mendatar untuk membuat kerja di dapur atau kawasan penyediaan makanan. Kaunter selalunya akan berada di atas dan di sokong oleh kabinet. Permukaan ini mesti diletakkan pada paras yang ergonomik bagi memudahkan pengguna melakukan kerja-kerja penyediaan. Pelbagai jenis bahan atau material yang boleh digunakan untuk membina countertop mengikut kesesuaian dan penggunaan pada dapur masing-masing. Jadi apakah perkara yang paling penting untuk diambil kira sebelum memilih countertop?
Ya, bahan yang dipilih perlu tahan lama dan sudah tentunya perlu kelihatan cantik di dapur anda. Tetapi yang paling penting, ia mesti dapat menahan cabaran masakan Malaysia. Itulah sebabnya pilihan permukaan kaunter dapur adalah sangat penting. Bagi memilih material yang betul, anda perlu tahu dan peka tentang penggunaan dapur. Adakah anda meletakkan kuali panas terus ke atas kaunter? Atau menggunakan batu lesung di atas kaunter untuk menumbuk sambal? Ini material sesuai IMPIANA cadangkan untuk pertimbangan anda semua.
LAMINATE
Laminate diperbuat daripada plastik sintetik dengan permukaan licin yang mudah untuk dibersihkan. Kepingan laminate dipotong mengikut saiz tertentu selain mempunyai banyak pilihan warna dan tekstur. Bahan ini mudah untuk dijaga dan juga tahan lama tetapi jika terdapat sebarang calar ataupun kesan tercabut, itu adalah mustahil untuk dibaiki melainkan anda menukar semuanya kepada yang baru.
SOLID SURFACE
Solid surface datang dalam pelbagai rupa dan warna. Namun, bahan ini memerlukan penyelenggaraan dari masa ke masa, bagi membantu untuk mengekalkan ketahanannya. Walaupun kalis haba dan mudah untuk dibersihkan, solid surface boleh tercalar dan terbakar.
JUBIN SERAMIK
Jubin seramik adalah bahan yang tahan lama dan mudah dibersihkan. Tambahan pula harganya yang murah dan anda mempunyai pelbagai pilihan yang sesuai untuk countertop kediaman. Kerana ia mudah dipasang, anda boleh lakukannya sendiri bagi menjimatkan kos dan masa.
KONKRIT
Permukaan kaunter konkrit menawarkan kedua-dua fungsi dan kecantikan, memberikan anda keupayaan untuk mewujudkan permukaan dengan pelbagai warna, bentuk atau saiz. Tekstur dan kemasan disediakan untuk disesuaikan dengan gaya reka bentuk sama ada moden, kontemporari mahupun industri. Kemasan ini juga sememangnya tahan lasak dan mudah untuk dibersihkan dan dijaga.
KAYU
Santai, rustic dan tidak lapuk dek zaman; ini adalah tiga perkataan untuk menggambarkan countertop yang diperbuat daripada kayu. Bukan sahaja dari segi estetik, bahan ini juga kuat dan tahan sehingga bertahun-tahun lamanya. Selain itu, kayu juga merupakan bahan kalis haba, bermakna anda tidak perlu bimbang tentang periuk panas yang anda letakkan diatasnya.
MARMAR
Merupakan pilihan paling mudah jika anda seorang yang mementingkan kemewahan kerana marble akan membuatkan dapur anda tampak lebih elegan dan sesuai dipadankan dengan konsep kontemporari. Tetapi penjaan yang rapi perlu diberikan kerana material marmar ini berliang dan jika tertumpah bahan pewarna perlulah dibersihkan dengan segera agar tidak merosakkan keaslian kaunter marmar tersebut.
GRANITE
Jika anda mempunyai bajet yang banyak dan tidak kisah untuk berbelanja demi mendapatkan permukaan kaunter idaman, Granite adalah pilihan yang tepat. Ia serta merta akan menjadikan dapur anda lebih elegan dan ekslusif. Bahan yang tahan lama, kuat dan menarik ini juga kalis haba, susah untuk di calar dan kemek.
Kredit gambar : Google/ Pinterest
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Kemas Hasil Kerja Pelajar Tingkatan 4 & 5 Kemahiran (PVMA), Buat Kabinet Dapur Macam ‘Pro’!
Siapa sangka kabinet dapur rona hijau ini merupakan hasil kerja para pelajar kelas tingkatan 4 dan 5 kemahiran Program Vokasional Menengah Atas (PVMA). Meskipun baru pertama kali menghasilkan projek kabinet dapur ini namun berkualiti tinggi seperti professional.
Perkara ini dikongsikan oleh seorang cikgu PVMA Pembuatan Perabot, Saiful Bahrin berkenaan hasil kerja pelajar-pelajarnya.
Beliau merupakan seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kurau, Bagan Serai, Perak.
Hasil Kerja Pelajar PVMA Tingkatan 4,5
Menurut Saiful Bahrin, dia tidak menyangka pelajar-pelajarnya berjaya menyiapkan projek kabinet dapur dengan kualiti yang sangat baik dan mungkin hampir menyamai kualiti hasil kerja profesional.
Jelasnya lagi kabinet dapur yang disiapkan itu merupakan sebahagian daripada pendedahan kepada pelajar-pelajarnya tentang industri tersebut.
Selain itu, projek tersebut juga bertujuan untuk mengumpul dana dan membeli kelengkapan kamera untuk kegunaan aktiviti sekolah. Secara keseluruhan, projek berkenaan dapat disiapkan dengan modal dibawah RM10,000.
Menurut Saiful Bahrin, projek kabinet berkenaan disiapkan oleh 12 orang pelajar Tingkatan 4 dan 13 orang pelajar Tingkatan 5. Bagaimanapun, untuk kerja pemasangan di luar sekolah pula hanya melibatkan empat orang pelajar sahaja.
Beliau kemudian turut berkongsi hasil kerja projek tersebut di Facebooknya. Berdasarkan gambar-gambar yang dimuat naik, memang tidak dinafikan lagi kualiti tinggi hasil kerja pelajar PVMA.
Video hasil kerja pelajar PVMA tersebut turut dikongsikan oleh beliau di akaun TikTok miliknya.
@saifulbahrin08 Hasil pelajar2 tingkatan 4 dan 5 SMK kuala kurau #kabinetdapur #budaksekolah #fyppppppppppppppppppppppp ♬ Dj Balada Boa X Pika Pika Kawenimeri – DJ USUP
@saifulbahrin08♬ Day n Nite Crookers Remix – 777
Mesti Baca:Tip PENTING Buat Kabinet DAPUR Cantik & Praktikal Supaya Tak Menyesal
Baca Lagi Di Sini:Cipta Ruang Simpanan Tambahan Pada Pintu Kabinet Dapur, DIY Guna Barang RM2.40 Je!
Artikel Menarik:Kabinet Dapur Biarlah Binaannya Praktikal, Ini Layout Yang Betul Dan Ideal
IMPIANA: Tahniah buat pelajar tingkatan 4 dan 5 Kemahiran (PVMA) yang menghasilkan kabinet dapur ini. Memang cantik dan kemas, berkualiti seperti professional.
Sumber: Saiful Bahrin, 2
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
@impianamy Pelajar Tingkatan 4 & 5 Kemahiran (PVMA) Buat Kabinet Dapur Macam ‘Pro’! Siapa sangka kabinet dapur rona hijau ini merupakan hasil kerja para pelajar kelas tingkatan 4 dan 5 kemahiran Program Vokasional Menengah Atas (PVMA). Tahniah buat pelajar tingkatan 4 dan 5 Kemahiran (PVMA) yang menghasilkan kabinet dapur ini. Memang cantik dan kemas, berkualiti seperti professional. #impiana #projekkabinetdapur #impianakongsi #pelajarkemahiran #pelajarPVMApembuatanperabut ♬ Full success for corporate VP and video – Red Blue Studio
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI